Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sari Kata Oleh:
Vimalan A/L Morgan
Masa depan masih belum ditulis.
Takdir tiada melainkan apa
yang kita buat untuk diri kita.
Aku berharap aku boleh
percaya semua tu.
Nama aku ialah John Connor.
Mereka cuba bunuh aku
sejak sebelum aku lahir lagi.
Semasa aku berusia 13 tahun,
mereka cuba bunuh aku lagi.
Mesin-mesin dari masa depan.
Terminators (Penghapus).
Mak aku sentiasa beritahu
aku yang ribut akan melanda.
Hari Pembalasan.
- Connor!
Permulaan perang di
antara manusia dan mesin.
Nyawa tiga bilion manusia
akan lenyap dengan sekelip mata.
Dan aku akan memimpin umat manusia
yang tinggal untuk kemenangan terakhir.
Ia belum berlaku lagi.
Tiada bom yang dijatuhkan.
Komputer tidak mengambil alih.
Kami dah hentikan
Hari Pembalasan.
Aku sepatutnya berasa
selamat tapi tidak.
Tiada telefon, tiada alamat.
Tiada sesiapa dan tiada siapa
yang dapat mencari aku.
Aku dah padamkan semua
hubungan dengan masa lampau.
Tapi sekeras mana
aku cuba...
...aku tak dapat padamkan
mimpi aku...
...mimpi ngeri aku.
Aku dapatkan masa depan
sedang memburu aku.
Masa depan yang
aku tak mahukan.
Jadi aku terus berlari...
...sepantas yang boleh.
Ke mana sahaja.
Tidak ada hala tuju.
Kau okey?
Kau nak aku hubungi 911?
Aku suka kereta ni.
Awak yang di dalam Lexus
warna perak . Perlahankan kereta.
Perlahankan kenderaan dan
berhenti serta-merta.
Cik, awak ada alasan kenapa
awak memandu laju?
Saya nak lihat lesen
dan pendaftaran awak.
Saya suka pistol awak.
Apa?
Benda bodoh ni
tak berfungsi.
Apa yang tak kena
dengan benda ni?
Aku benci mesin.
Helo?
- Kate, ini ayah kamu.
Ayah tipu saya lagi.
Ayah minta maaf. Ayah memang
nak jumpa kamu hujung minggu ni.
Tapi kami ada masalah komputer.
- Ayah tak perlulah cakap pasal tu.
Scott sangat mahu
bertemu ayah.
Katie, ayah nak sangat jumpa dia.
Tak mengapa. Ayah akan jumpa
dia di hari perkahwinan nanti.
Kamu tak perlukan ayah
untuk buat keputusan.
Kamu sentiasa buat sesuatu
yang betul sepanjang hidup kamu.
Kamu tak pernah buat silap.
Ayah adalah ayah yang
paling bertuah di dunia.
Ayah tak perlu risau
dengan anak ayah.
Ayah kena pergi. Datang jumpa ayah
nanti. Ayah janji ayah takkan batalkan.
Baiklah.
Selamat tinggal ayah, sayang ayah.
- Ayah sayangkan kamu juga.
Okey, apa masalahnya?
- Virus komputer baru ni agak rumit.
Ia menyerang separuh daripada Internet
orang awam, begitu juga aplikasi tentera.
Senarai gaji, inventori.
- Jaringan pertahanan pertama masih bersih?
Setakat ni firewalls
masih menahannya.
Tuan, Pentagon mencadangkan kita
gunakan Al bagi mengimbas infrastruktur.
Cari dan hapuskan
mana-mana petanda virus.
Selepas sambungan dibuat,
ia hanya perlukan beberapa minit.
Kita kena letakkan segalanya di bawah
kawalan sebuah sistem komputer.
Sistem paling pintar yang
pernah dibayangkan.
Saya tak pasti Skynet
dah bersedia.
Baiklah, tuan.
Terima kasih.
Kau sepatutnya berada
di belakang.
Hei, aku cakap kau sepatutnya...
Tanggalkan pakaian kau.
- Sabarlah, sayang.
Pelacur.
Tunggu giliran kau.
Pakaian kau.
- Bercakap dengan tangan.
Sekarang.
Selamat datang ke Jim's Burgers.
Boleh saya ambil pesanan?
Jose Barrera?
- Ya, saya.
Kebimbangan semakin menular
dalam rangkaian digital global...
...apabila tersebarnya khabar angin
tentang super-virus komputer baru.
Penganalisis Wall Street yakin...
- Yak guna! Mak aku dah pulang.
Sorokkan bir ni.
Cepat, cepat.
Elizabeth dan William Anderson?
Aku Bill. Kakak aku di tingkat atas.
Ada sesuatu yang tak kena?
Apa yang berlaku?
Saya kena pergi ke klinik.
Ia kecemasan.
Ia pukul 4:30 pagi.
Saya akan pulang sebelum
awak bangun.
Bertenanglah, ini aku.
Hari ni ada kucing sakit.
Bagus.
Dasar penagih.
Tolong jangan lakukannya.
Saya rasa awak yang mengenakan
kami minggu lepas.
Letakkan telefon.
Maaf.
Aku cuma...
Aku perlukan sedikit ubat.
Ada klinik kecemasan setengah
batu dari sini.
Aku tak boleh buat begitu.
Berapa banyak kau telan?
Sebotol.
Ini kami gunakan untuk
merawat anjing.
Lihatlah.
Kau tak boleh lakukan begini!
Lain kali bawa bukti,
bukan pistol cat warna.
Bukan ini yang kau fikirkan.
- Ya, betul tu.
Ini Hercules. Aku rasa dia menghidap pneumonia.
Dia mula batuk dan tak berhenti-henti.
Betsy, aku ada masalah di belakang.
- Masalah? Ini kecemasan!
Bunyinya seperti bola bulu.
- Aku tahu macam mana bunyi bola bulu.
Mana Dr. Monroe?
- Sekarang pukul 5:30 pagi.
Aku pasti dia tengah tidur.
Dia akan datang nanti.
Tunggu di dalam sini dengan Hercules
dan saya akan kembali sebentar lagi.
Kau John Connor.
Aku Kate Brewster.
Kita pernah bersama di
Sekolah Tinggi Junior West Hills.
Apa yang dah terjadi
pada kau, John?
Di pertengahan gred 8,
kau tiba-tiba hilang.
Dan ia berkaitan dengan
ibu bapa angkat kau.
Ya, mereka telah dibunuh.
Bukan aku lakukannya.
Ada seseorang dengan kau?
Katherine Brewster?
Bukan.
John Connor ada di sini.
Mana dia pergi?
Beritahu aku.
Ke mana dia pergi?
Katherine Brewster?
Apa yang kau buat ni?
Turunkan aku!
Turunkan aku!
Mana John Connor?
Kalau aku beritahu kau,
kau akan lepaskan aku?
Ya.
Dia...
...di dalam sangkar
di tempat anjing.
Kau cakap kau akan
lepaskan aku.
Aku tipu.
Tolonglah lepaskan aku!
John Connor.
Inilah masanya.
Kau ke sini untuk bunuh aku?
Tidak.
Kau perlu hidup.
Kenapa kau ke sini? Ke mana kita
nak pergi? - Teruskan berjalan.
Pergi dari sini.
Sekarang!
Tiada denyutan.
- Angkat dia.
Aku tak boleh.
Beratnya lelaki ni.
911.
- Saya telah diculik.
Di mana awak sekarang?
- Saya di dalam kereta saya.
Ia jenis Toyota Tundra.
Ada tertulis "Emery Animal Hospital"
di sebelahnya. Saya terkunci di belakang.
Helo?
Helo?
Tak guna!
Turun.
Keluarkan aku!
Apa yang kau buat di sini?
Kau penyebabnya.
Berhentikan kereta.
- Tak boleh.
Berhentikan kereta!
- Diamlah!
Anak haram.
Tak guna.
Lihat apa yang kau dah
buat dengan kereta aku.
Ini kereta syarikat akulah, bodoh.
Keluarlah.
Keluar dari kereta.
Sekarang!
Apa yang kau buat?
Kalau kau tiada insurans,
Aku akan tarik kemaluan kau.
Aku tak nak cari masalah, okey?
- Diamlah!
Tolong!
Siapa di belakang tu?
Bertenang.
- Diamlah!
Aku diculik! Hubungi polis!
Tolong!
Keluarkan aku dari sini!
Kembali ke sini, bodoh!
Itu polis!
Kau kena berhenti!
Ya, peluang pertama aku.
Bertahan!
Berhenti!
Aku akan pandu.
Keluar.
Ke tepi.
Tiada tanda trauma.
Ya, aku baik-baik saja.
Kau masih ingat aku?
Sarah Connor?
Letupkan Cyberdyne?
"Hasta la vista, baby. "
Bunyikan mana-mana loceng?
Itu T-101 yang lain.
Jadi kau datang dengan
barisan pemasangan?
Tepat sekali.
Nampaknya aku kena ajar
kau semula.
Katherine Brewster,
kau tercedera?
Berhenti!
Aku tak boleh mematuhi.
Kau nak bawa aku ke mana?
Ke tempat selamat.
Berhenti di jalan keluar seterusnya.
Lepaskan dia.
Negatif.
Katherine Brewster mesti dilindungi.
Saya ingatkan saya seorang saja
yang mereka buru. - Kau tak dapat dikesan.
Jadi T-X dihantar untuk
hapuskan leftenan kau.
Jadi dia akan jadi Penentang?
Tak, kau sepatutnya tak wujud.
Maksud aku, kami dah letupkan
Cyberdyne 10 tahun lepas.
Kami dah hentikan Hari Pembalasan.
- Kau hanya menangguhkannya.
Hari Pembalasan tak dapat dielakkan.
Aku perlukan alat pemotong.
Kau pandu.
Apa yang kau nak buat?
- Aku dijana oleh dua sel minyak hidrogen.
Sel primer aku dah rosak
disebabkan serangan plasma.
T- X dicipta untuk pertempuran ekstrem,
dibawa oleh reaktor plasma...
...dan dilengkapi dengan
senjata canggih.
Termasuklah transjektor nano-teknologi.
Maksudnya?
- Ia boleh mengawal mesin lain.
Cesi badannya dipenuhi baju besi
dan dapat menahan serangan luaran.
Kau akan cari cara untuk
musnahkannya. - Mungkin tidak.
Aku rekaan lama.
T- X lebih pantas, berkuasa
dan lebih bijak.
Ia mesin pembunuh yang
lebih efektif.
Oh, hebat.
Itu hebat.
Kewujudan aku pada garis
masa ini telah dijangka.
T- X telah direka untuk hapuskan
organisma sibernetik lain.
Jadi dia Terminator yang
anti-Terminator?
Kau pasti bergurau.
Aku tak bergurau.
Apabila pecah, sel minyak
akan jadi tidak stabil.
Rileks.
Keluarkan aku dari sini!
- Rileks!
Ini memang gila.
Hei! Kau akan bayar?
Bercakap dengan tangan.
Tolong aku!
Tolong!
Aku rasa lebih baik
kita pergi.
Kau menculik aku.
Kau memang budak jahat.
Dan lihatlah kau sekarang,
duduk di situ macam orang tak berguna.
Kau ni ahli geng mana-mana?
Macam mana dengan hidup kau?
Apa?
Beritahu dia siapa aku.
John Connor adalah ketua Penentang
Dunia dan harapan terakhir umat manusia.
Baiklah. Dan dia?
Dia robot dari masa depan.
Dipenuhi tisu hidup pada tulang rangka logam,
dihantar untuk melindungi aku.
Pergi jahanamlah.
Dia tak cederakan kau.
Aku ada tunang.
Dia akan cari aku.
Apa yang kau nak?
Cuma...
...bayangkan...
...kalau kau dapat tahu kau akan lakukan
sesuatu yang pernting dengan hidup kau.
Sesuatu yang hebat.
Mungkin perkara yang paling penting
daripada orang lain pernah buat.
Sesuatu yang teruk harus berlaku.
Kau takan dapat...
...hidup dengan diri kau kalau kau
tak cuba untuk hentikannya, tapi...
Apa yang kau cakap ni?
Ia cuma, nyawa...
...sesuatu yang kau
minta untuk ditunaikan...
...akan jadi yang terakhir.
Mike Kripke.
Kenapa kau sebut,
"pangkalan Kripke"?
Sebab rumah Mike Kripke ialah...
...tempat di mana budak-budak
gunakan untuk berasmara, kan?
Jadi kau dan aku...
Tunggu, adakah kita...?
Kita dah lakukannya.
Kita berasmara di pangkalan Kripke.
Aku tak percaya yang kau masih ingat.
Aku pasti dah berikan
tanggapan yang betul.
Aku nak berehat.
Aku cuma ingat sebab hari seterusnya
kau akan berada dalam berita.
Kita ditakdirkan berjumpa.
Kebetulan.
Ya.
Hon? Itu kau?
Hai, saya Detektif Edwards, L.A.P.D.
Ini ialah Detective Bell.
Kami sedang mencari Katherine
Brewster. Dia ada di sini?
Tiada.
Awak tunang dia, Scott Mason?
- Ya.
Ada satu insiden telah terjadi di
hospital veterinar tempat dia bekerja.
Kami bimbang ada sesuatu
mungkin telah terjadi padanya.
Di mana dia?
Kami ada terima laporan dari pekerja
stesen minyak berhampiran Victorville...
...tentang kemungkinan penculikan
dan mungkin ia ada kaitan.
Saya akan tolong awak
cari dia.
Ikut aku.
Jalan.
Ibu kau?
Aku tak pernah tahu
di mana dia dikebumikan.
Aku kemalangan pada hari
dia meninggal.
Kenapa kau bawa aku ke sini?
Jangan! Apa yang kau buat?
Hei, hentikan!
Biarkannya!
Sarah Connor telah dibakar
di Mexico.
Kawan-kawannya dah taburkan abu
mayatnya di laut.
Mereka simpan senjata-senjata
ni kerana wasiatnya.
Apa yang dah berlaku
pada dia?
Leukemia.
Aku minta maaf.
Kami tinggal di Baja
semasa dia didiagnosis.
Mereka hanya berikan dia
masa enam bulan.
Tapi dia bertahan sehingga
tiga tahun.
Cukup lama untuk memastikannya.
Memastikan?
Yang dunia belum berakhir.
"Setiap hari selepas hari ini
adalah anugerah. "
Dia beritahu aku,
"Kita berjaya. Kita bebas. "
Tapi aku tak percayakannya.
Aku rasa dia pun sama.
Kaulah satu-satunya yang paling
rapat dengan ayah aku.
Menyedihkan?
Jangan dekati aku!
Misi aku ialah melindungi kau.
Sudahlah.
Ke tepi atau aku akan
tembak kau!
Teruskan. Lihatlah apa yang
akan berlaku.
Jangan lakukannya.
Oh, Tuhan.
Ini polis.
Kami dah mengepung.
Lepaskan tebusan!
Tinggalkan aku di sini. Bukan aku yang
kau mahukan. Kau cuma membazir masa.
Salah. John Connor mengetuai
Penentang hingga menang.
Bagaimana?
Kenapa aku?
Kau ialah John Connor.
Mak selalu cakap macam tu
sejak dari aku dalam buaian lagi.
Lihat aku.
Aku bukan pemimpin!
Aku takkan pernah jadi...
Mari pergi.
Kau betul.
Bukan kau yang aku mahukan.
Aku cuma membazir masa.
Dasar mesin tak guna!
Lebih baik.
Oh, kau nak main-main dengan aku?
Kemarahan lebih berguna
daripada berputus asa.
Apa?
Psikologi asas adalah sebahagian
tugas tambahan aku.
Berita baik.
Tunang kau baik-baik saja.
Di mana dia?
Perkuburan Greenlawn,
lagi 5 lebuh raya.
Ia di sebelah kanan gurun.
Tapi mereka akan bawa dia...
Kau selamat sekarang.
Mereka dah tak dapat nak cederakan kau.
Kate, nama aku ialah Dr. Silberman.
Aku seorang kaunselor rawatan trauma
untuk jabatan polis.
Macam mana kau rasa?
Dia bukan manusia.
Dia memang bukan manusia.
Aku tahu bagaimana rasanya
dalam situasi tebusan.
Aku pernah jadi tebusan.
Ketakutan.
Kau akan terbayangkan
macam-macam.
Sesuatu yang mustahil.
Sesuatu yang gila.
Bertahun-tahun untuk
hilangkannya.
Letakkan senjata!
Dan keranda tu!
Tembak dia!
Terus menembak!
Kita mesti dapatkan semula
Katherine Brewster.
Kenapa? Apa yang buatkan
dia tu penting sangat?
Melalui dia, kau hubungi saki-baki tentera
dan belajar cara melawan Skynet...
...membentuk teras pihak Penentang.
Kemudian, anak kau akan
jadi lebih penting.
Apa?
- Dia isteri kau.
Masuk!
Kau nak hidup?
Dia Scott! Macam mana dia boleh
jadi Scott? - Tunang kau?
T-X adalah polimimetik, boleh berubah
kepada apa saja yang dia sentuh.
Tunang kau dah mati.
Oh, Tuhanku!
Buat sesuatu!
Tunduk.
Kita perlukan kenderaan lain.
Kita kena teruskan.
Dia bunuh Scott disebabkan aku.
Aku tahu ini takkan membantu...
...tapi kadang-kadang sesuatu yang
berlaku tak dapat diubah.
Ia bukan salah kau.
Kau pasti pasal ni?
Maksud aku tentang aku
dan dia.
Kekeliruan kau tak rasional.
Dia wanita sihat untuk pembiak baka.
Ia lebih dari itu.
Pangkalan data aku tidak melingkungi
dinamik pasangan manusia.
Jadi Terminatrix ni, berapa ramai lagi
yang ada dalam senarainya?
Dua puluh dua. Anderson, Elizabeth.
Anderson, William.
Barrera, Jose. Brewster, Robert.
Ayah aku?
Apabila gagal mendapatkan sasaran utamanya,
T- X akan teruskan dengan program lalai.
Dia akan bunuh ayah aku juga?
- Kemungkinan besar.
Tidak.
- Siapa dia? Apa yang dia buat?
Dia Tentera Udara. Pereka senjata,
barang rahsia. Aku tak tahu.
Jeneral Robert Brewster
adalah pengarah program CRS...
...Sistem Kajian Siber,
divisyen senjata berautonomi.
Skynet. Kau sedang bercakap
tentang Skynet.
Skynet iadalah salah satu sistem pertahanan
digital yang berkembang di bawah Brewster.
Ia memberi kesan sekarang.
Kalau kau tak kembali semasa aku
kanak-kanak, mengubah semuanya...
...aku dan dia pasti akan bersama.
Aku pasti dah jumpa ayah dia.
Kau faham?
- Aku tak faham.
Semua ni pasal ayah kau.
Dialah kuncinya. Ayah kau saja
yang boleh menutup Skynet.
Dia saja yang boleh.
Kita kena pergi kepada dia
sebelum T-X lakukannya.
Negatif. Aku tak boleh bahayakan misi aku.
- Ini misi kau, untuk selamatkan manusia!
Misi aku adalah untuk memastikan
John Connor dan Katherine Brewster hidup.
Aku sedang berikan kau arahan.
Aku tidak diprogramkan untuk
ikut arahan kau.
Selepas perang nuklear, kau berdua...
- Perang nuklear?!
Takkan ada peperangan!
Kita boleh hentikan!
Kesuntukan masa.
Pelancaran pertama akan
dimulakan pada pukul 6:18 p.m.
Apa? Hari ni?
- Ya.
John, apa yang dia cakap?
Hari Pembalasan.
Penamat dunia.
Tiga jam dari sekarang.
Lagi dua jam 53 minit.
Kita kena teruskan ke utara Mexico
untuk lari daripada zon letupan utama.
Tidak, kita kena bawa dia
kepada ayah dia.
Kawasan Mojave akan
mengekalkan penjatuhan nuklear.
Kau takkan hidup.
Maksud kau kita kena lari dan
bersembunyi semasa bom dijatuhkan?
Ia adalah takdir kau.
Pergi jahanamlah takdir aku.
- John.
Kau tak boleh hapuskan diri sendiri.
Kau yang tak boleh.
Aku boleh buat apa yang aku suka.
Aku manusia.
Aku bukan robot yang tak guna.
Organisma sibernetik.
- Apa-apa sajalah!
Sama ada kita suruh ayah
dia tutup Skynet...
...dan halang benda ni daripada berlaku
atau John Connor akan mati.
Sebab masa depan kau, takdir aku.
Aku tak mahu jadi sebahagian darinya.
Mengkut pembesaran anak mata kau,
suhu kulit dan fungsi motor...
...aku menghitung 83% kemungkinan
yang kau takkan menarik picu.
Tolong buat apa yang dia suruh.
Kau kena selamatkan ayah aku!
Kita boleh sampai ke CRS
kira-kira dalam satu jam...
...bergantung kepada keadaan trafik.
Tiada rangkaian.
Seluruh rangkaian telah ditutup.
Skynet sedang mengawal seluruh
komunikasi global...
...dalam persiapan untuk
serangannya.
Jadi kalau ini peperangan antara
manusia dan mesin...
...kenapa kau di sebelah
pihak kami?
Pihak Penentang menangkap aku
dan programkan semula CPU aku.
Aku sebenarnya dicipta untuk
misi pembunuhan.
Jadi...
...kau tak peduli kalau
misi ni berjaya atau tidak.
Kalau kami terbunuh,
adakah ia memberi kesan pada kau?
Kalau kau mati,
aku jadi tak berguna.
Tiada sebab untuk aku wujud.
Terima kasih sebab lakukan
semua ni.
Rasa terima kasih kau tidak
diperlukan.
Aku diprogramkan untuk
mengikut arahan kau.
Arahan dia?
Katherine Brewster mengaktifkan semula aku dan
hantar aku melalui medan pengalihan masa.
Siapa sebenarnya aku di masa depan?
Kau ialah pasangan John Connor
dan penolong pemerintah.
Tak, aku...
Apa?
Kau kusut.
Lagipun, kau bukan cita rasa aku.
Kenapa aku tak hantar
kau semula?
Aku tak dibenarkan menjawab
soalan kau.
Kenapa dia tak hantar kau semula?
- Dia dah mati.
Manusia tak dapat mengelak mati.
- Ya, aku tahu.
Mungkin aku tak mahu tahu.
Bagaimana dia mati?
John Connor dihapuskan pada
4 Julai, 2032.
Aku telah dipilih untuk penyambungan emosi
yang dia ada untuk nombor model aku...
...mengikut pengalaman masa budak-budaknya.
Ini dibantu dalam penyusupan aku.
Apa yang kau cakap ni?
Aku yang bunuh kau.
Ini pasti ada kesilapan. Pada jam 11,
semua sistem utama tentera perlu selamat.
Ia selamat. Hanya sektor orang awam
yang dijangkiti. Internet, trafik udara.
Beberapa minit lepas, komputer-komputer
bimbingan di Vandenberg telah rosak.
Kami rasa ia mungkin virus.
Amaran awal di Alaska dah lenyap.
- Isyarat satelit dah tak betul.
Macam mana dengan silo misil?
Kami kehilangan perhubungan.
Maknanya negara ni terbuka
sepenuhnya untuk serangan.
Pada teorinya, kita dah boleh
diserang.
Siapa yang lakukan ini? Kuasa asing
atau penggodam komputer di garajnya?
Kita tak dapat mengesan virus
atau mematikannya.
Ia semakin merebak dan berubah,
ia seperti hidup dengan mindanya.
Ini tak boleh terjadi.
Pentagon berada dalam garisan selamat.
Baiklah.
Lihat...
...tiada dari ini yang
akan berlaku.
Kita pergi pada ayah kau, suruh dia tarik
plag di Skynet. Bom tu takkan jatuh.
Dia pun tak perlu bunuh
aku suatu hari nanti.
Dia takkan wujud.
Kita boleh teruskan dengan
haluan masing-masing.
Kau tahu, pangkalan Mike Kripke.
Itu kali pertama aku
mencium lelaki.
Yakah?
Sikap sambil lewa kau
agak bagus.
Ia melepaskan tekanan dan
ketakutan pada kematian.
Kami harap kau ada
penyelesaian untuk kami.
Saya tahu tuan, tapi Skynet belum
bersedia untuk sambungan sistem.
Bukan itu yang rakan sejawat
kau beritahu aku.
Mereka cakap kita boleh hentikan
virus tak guna ni.
Aku tahu ada kebimbangan
pretasi...
...tapi budak kau cakap kalau kita
plagkan Skynet ke semua sistem kita...
...ia akan lenyek benda ni dan berikan
semula pada aku kawalan tentera aku.
Tuan Pengerusi, saya nak
buat diri saya jelas.
Kalau kami lakukan sekarang, Skynet
akan menjadi kawalan tentera tuan.
Tapi kau yang akan mengawal
Skynet, kan?
Betul tu, tuan.
Jadi, lakukannya.
Dan kalau ia berjaya...
...kau akan dapat semua
*** pertubuhan.
Baik, tuan.
Tuan?
Boleh saya?
Tidak.
Ia tugas saya sekarang.
Sistem Pertahanan Skynet
telah diaktifkan.
Kita dah melepasi firewall,
jaringan pertahanan, Minutemen.
Skynet beroperasi sepenuhnya,
sedang memproses 60 teraflop sesaat.
Ia akan mengambil masa kurang dari seminit
untuk mencari virus dan membunuhnya.
Mari berdoa agar ia
berjaya.
Kuasa gagal?
Saya tak tahu apa dia.
Apa yang sedang berlaku?
Ayah!
Apa yang kamu buat
di sini?
Ayah! Lari darinya!
Jaga-jaga!
Ayah, jangan bergerak.
Dia akan kembali.
Kita kena matikan Skynet.
Di mana teras sistem?
Dalam bangunan ni?
Virus dah jangkiti Skynet.
Skynet adalah virusnya!
Sebab itulah semua ni terjadi!
Skynet mula "hidup" sendiri.
Dalam masa satu jam ia akan memulakan
serangan besar nuklear terhadap musuhnya.
Musuh apa?
Kita!
Manusia.
Ia mesin.
Mereka mula mengambil alih.
Pejabat saya di tingkat ni,
kita kena pergi ke sana.
Kod aksesnya di dalam peti
selamat saya.
Kenapa mereka bunuh semua orang? - Untuk
musnahkan mana-mana ancaman pada Skynet.
Mana satu kodnya?
Sampul merah.
Kamu kena pergi ke Crystal Peak.
Apa yang dia cakap?
- Crystal Peak.
Fasiliti keras di gunung
Sierra Nevada.
Lima puluh dua batu timur laut,
bearing 0.5 darjah.
Itu teras sistem?
Itu saja peluang kamu.
Kamu perlukan pesawat. Pemecut
zarah menuju ke landasan kapal terbang.
Jaga anak saya.
Katie, ayah minta maaf.
Ayah dah buka kotak Pandora.
Tunduk!
Tiada apa yang kau
boleh buat lagi. Jom.
Kita kena pergi.
Dah tak selamat di sini.
Kate, kita kena pergi.
Kate!
Dia nak kau ikut aku.
Dia mahu kita tutup shut Skynet.
Jom.
Lari!
Mari pergi.
Itu dia. Kita boleh mengikunya
hingga ke landasan kapal terbang.
Apa?
Tiada apa.
Kau mengingatkan aku
pada mak aku.
Dia datang.
Apa yang kau buat?
Hidupkan kuasa.
Ia berkesan.
Mati sajalah, sundal!
Itu pesawat ayah aku.
Aku berlatih dengannya.
Ya! Dia berjaya.
Pergi jauh dari aku.
Pergi!
Sekarang!
Mari pergi!
Kau tak boleh lakukan ini.
Aku tiada pilihan.
T-X tu...
...dah rosakkan sistem aku.
Kau tak boleh bunuh manusia.
Kau sendiri yang cakap.
Lepaskan dia!
Kau sedang melawannya
sekarang ni.
CPU tak rosak.
Tapi aku tak dapat kawal
fungsi yang lain.
Kau tak boleh lakukan ini!
Keinginan tidak berkaitan.
Aku adalah mesin.
Apa misi kau?
Untuk pastikan John Connor
dan Katherine Brewster hidup.
Kau dah hampir gagalkan misi!
Aku tak boleh.
Kau tahu apa yang perlu
kau lakukan.
Kau tahu takdir aku.
Aku mesti hidup.
Kau okey?
- Apa yang dah berlaku?
Dia matikan diri dia sendiri.
Kau pandai pandu pesawat?
- Ya.
Okey.
015 darjah...
...52 batu, kelajuan udara
maksium ialah kira-kira 160.
Kita ada masa 32 minit lagi.
Hanya aku dan kau saja sekarang.
Macam mana kalau kita
tak dapat hentikannya?
Ada cukup C-4 di sini untuk
letupkan 10 super-komputer.
Kita akan berjaya, Kate.
Masa depan bergantung
pada kita.
Itu pasti tempatnya.
Skynet.
Pasti ada banyak lagi darinya.
Ini pasti pintu letupan.
Kita takkan dapat letupkan
benda ni.
John, lihat.
Sekarang apa?
Ia ada kod.
Taip "Dakota 775."
"Red 176."
Kita kena buka benda ni.
Ia "Avalon 412."
Taipkannya!
Cepat!
Aku kembali.
Pergi! Sekarang!
Terima kasih.
- Kita akan bertemu lagi.
Pergi!
Kau telah dihapuskan.
Lif itu.
Aku akan setkan peletup
untuk lima minit.
Ini akan berikan kita cukup
masa untuk dapatkan bantuan.
Tempat apa ni?
Komputer ni dah berusia 30 tahun.
Ini bukan Skynet.
Tiada apa di sini.
Ini adalah tempat tinggal
untuk para VIP.
Hanya mereka yang tak
dapat amaran.
Tak guna!
Tiada apa di sini!
Kenapa dia tak beritahu kita?
Kenapa dia suruh kita
ke bawah sini?
Untuk hidup.
Itulah misinya.
Tiada apa yang dapat
hentikannya.
Kita kena biarkannya pergi.
Helo?
Helo? Ada sesiapa boleh dengar?
Ini Pertahanan Sivil Montana.
Sesiapa tolong jawab.
Ada sesiapa di sana?
Ada sesiapa dengar?
Over.
Kahabar angin tentang pelancaran.
Arahan dan kawalan dah rosak.
Ada sesiapa menerima?
Sesiapa tolong jawab.
Ada sesiapa di sana?
Ada sesiapa di sana?
Ini ialah John Connor di Crystal Peak.
Connor? Apa yang sedang berlaku?
Siapa yang bertanggungjawab?
Saya.
Connor, boleh awak tolong kami?
Ini ialah Pertahanan Sivil Montana.
Di mana awak?
Tiba-tiba Skynet
hidup sendiri...
...ia telah tersebar ke berjuta
peservis komputer di dunia.
Komputer biasa di pejabat,
bilik asrama, dimana-mana.
Ia adalah perisian dan
ruang siber.
Tiada teras sistem.
Ia takkan mati.
Serangan bermula pada 6:18 p.m.,
seperti yang dia kata.
Hari Pembalasan.
Hari di mana bangsa manusia
hampir dihapuskan...
...oleh senjata yang mereka
cipta untuk melindungi diri mereka.
Aku sepatutnya sedar takdir kita
takkan dapat hentikan Hari Pembalasan.
Cuma perlu hidup bersama.
Terminator tahu.
Dia cuba beritahu kami...
...tapi aku yang tak mahu dengar.
Mungkin masa depan telah tertulis.
Aku tak tahu.
Apa yang aku tahu hanya
apa yang Terminator tu ajar aku.
Jangan berhenti berlawan.
Dan aku takkan berhenti.
Pertempuran baru saja bermula.
Sari Kata Oleh:
Vimalan A/L Morgan