Tip:
Highlight text to annotate it
X
Subtitle by : Amir Barzagli
Edmund! Jangan pergi ke situ!
Peter! Kau tunggu apa lagi?
Peter, cepat, ke tempat perlindungan.
Sekarang!
- Cepat!
- Tunggu...
Cepat, tinggal jer!
Ibu!
Lucy, cepat!
- Cepat, cepat!
- Lari!
- Lari!
- Cepat!
- Ibu!
- Tunggu! Ayah!
- Ed!
- Edmund, jangan!
- Aku akan ikut dia!
- Peter, jangan pergi!
- Ed! Kesini!
Edmund! Menerap!
Cepatlah, bodoh, lari!
Keluar!
Cepat!
Cepat!
Kenapa kau tak fikir orang lain
selain diri kau sendiri?
Kau pentingkan diri sendiri!
- Kau boleh buat kita terbunuh!
- Cukup!
Sudahlah. Diam.
Kenapa kau tak buat apa yang disuruh?
Kau kena pakai benda ni, sayang.
Dah cukup hangat? Gadis baik.
Jika ayah ada disini,
dia takkan biarkan kami pergi.
Jika ayah disini, maknanya perang dah
berakhir dan kita tak perlu pergi.
Kau akan dengar cakap dari abang kau,
kan, Edmund?
Janji pada ibu yang kau akan
jaga adik-adik kau yang lain.
Saya janji, Ibu.
- Anak baik.
- Semua naik! Semua naik!
Susan.
Jadilah gadis dewasa.
Baiklah. Korang boleh pergi.
Hei, lepaskan. Aku tahu bagaimana
nak naik kereta api sendiri.
Lepaskan aku!
Boleh aku tengok tiket kau?
Peter.
Cepat, Lucy.
Kita kena pergi bersama-sama.
Semua akan okay.
Tiada apa-apa yang berlaku.
- Bye-bye, sayang.
- Kami akan merindukanmu! Jumpa lagi.
Stesyen Goosey. Stesyen Goosey
Profesor tahu yang kita akan datang.
Mungkin kita salah tulis.
- Puan Macready?
- Aku rasa tak.
Cuma yang ni saja?
Tak bawa apa-apa lagi?
Tak, puan.
Cuma kami.
Hal yang kecil.
Cepat. Kuda pandai. Cepat. Cepat.
Profesor Kirke tak biasa dengan
budak-budak di rumah ini.
Ada beberapa peraturan yang perlu
kita patuhi.
Jangan menjerit.
Atau berlari.
Jangan salah guna barang di sini.
Jangan sentuh barang bersejarah!
Dan paling penting,
jangan ganggu profesor.
Pesawat Jerman telah menyerang
Britain malam semalam.
Serangan selama beberapa jam...
Kaki aku gatal-gatal.
Perang akan berakhir, Lucy.
Kita akan pulang ke rumah nanti.
- Ya, jika rumah kita masih wujud.
- Sekarang waktu tidur kan?
- Ya, lbu.
- Ed!
Tadi kau nampak kan.
Tempat ni sangat besar.
Kita boleh buat apa saja yang kita suka.
Hari esok akan jadi indah.
Betul.
''Gastrovaskuler.''
Cepat, Peter. Gastrovaskuler.
- Bahasa Latin kan?
- Ya.
Bahasa latin untuk ''Permainan bodoh''?
Kita boleh main sorok-sorok.
Tapi kami dah seronok dengan permainan ni.
Cepat, Peter, bolehlah.
Bolehlah?
- 1, 2, 3, 4...
- Apa?
5, 6, 7, 8,
9, 10, 11...
24, 25, 26...
Aku sampai dulu!
75, 76, 77, 78, 79, 80,
81 , 82, 83, 84,
85, 86, 87, 88...
89, 90, 91 , 92,
92, 94, 95...
Kenapa kau sembunyi dari aku?
Tak.
Aku cuma...
Tak. Aku cuma...
Aku cuma...
Aku tak nak takutkan kau.
Boleh aku bertanya...
kau ini apa?
Sebenarnya aku...
Aku faun.
Kau pula?
Kau mesti orang kerdil tak berjanggut?
Aku bukan orang kerdil!
Aku seorang perempuan!
Sebenarnya, aku paling tinggi di dalam kelas.
Maknanya kau anak kepada Hawa?
Nama Ibu aku Helen.
Ya, tapi kau manusia kan.
Ya, sudah tentu.
Apa yang kau buat di sini?
Aku bersembunyi di dalam almari baju
di Spare room, dan...
Spare Oom? Maksud kau Narnia?
Narnia, apa tu?
Ya, kau berada di sini.
Bermula dari lampu ini...
hingga ke Istana Cair Parvel
di Lautan Timur,
setiap pokok dan batu yang kau tengok,
semua ini adalah Narnia.
Almari baju yang sangat besar.
Almari Baju? Maaf.
Biar aku perkenalkan diri aku.
Nama aku Tumnus.
Gembira berjumpa dengan kau, En. Tumnus.
Aku Lucy Pevensie.
- Kau kena berjabat salam.
- Oh...Kenapa?
Aku...aku pun tak tahu.
Orang akan buat begini bila berjumpa.
Baiklah Lucy Pevensie
dari bandar bercahaya War Drobe
di negara yang menakjubkan Spare Oom,
bagaimana jika kau ikut
dan minum teh bersamaku?
Terima kasih, tapi aku...
Aku harus balik semula.
Tak jauh pun dari sini.
Dan akan ada unggun api
dengan roti dan teh dan kek.
Dan, mungkin, kita akan makan
ikan sardin.
- Aku tidak tahu.
- Jom lah.
Bukan selalu aku dapat kawan baru.
Ya, aku rasa aku boleh datang sekejap.
Jika kau ada ikan sardin.
Penuh satu baldi.
Kau tak apa-apa?
Kita dah sampai.
Marilah.
- Kau masuk dulu.
- Biar aku tolong bawa benda tu?
- Terima kasih.
- Oh.
Itu...ayah aku.
Wajah dia tampan.
Nampak macam kau.
Tak.
Tak, aku tak nampak seperti dia pun.
Ayah aku pergi berperang.
Ayah aku pun pergi berperang juga.
Tapi itu dah lama, dah lama dah.
- Sebelum musim salji yang mengerikan ini.
- Musim salji tidak mengerikan.
Ada yang bermain ice skating dan baling bola salji.
- Oh! Hari Natal!
- Tidak disini.
Tidak, kami tak pernah meraikan Natal
dalam tempoh seratus tahun.
Kenapa? Tidak ada hadiah
selama seratus tahun?
Selalu musim salji,
tak pernah Natal.
Musim salji yang sangat lama.
Tapi kau mungkin akan menyukai Narnia
pada musim panas.
Kami menari dengan bidadari semalaman.
Dan tak pernah rasa letih.
Dan muzik. Oh, seperti muzik!
Kau nak dengar muzik tu?
Oh! Ya, boleh juga.
Kau pernah dengar...
lagu tidur di Narnia?
- Maaf, tak pernah.
Ya, tak mengapa.
Sebab...mungkin kau tak pernah dengar.
- Oh, aku kena pergi.
- Dah terlamnbat sebenarnya.
Aku faun yang jahat.
Oh, tak.
Kau faun yang baik yang pernah aku jumpa.
Kalau begitu kau dah nampak
sikap yang jahat.
Tidak. Kau tak mungkin buat
sesuatu yang jahat.
Itu bukan sesuatu yang akan aku buat,
Lucy Pevensie.
Ini sesuatu yang aku sedang buat.
Apa yang kau buat?
Aku menculik kau.
Ahli Sihir Putih penyebabnya.
Dialah yang membuat musim salji
yang berpanjangan, berpanjangan.
Dia memberi arahan.
Jika sesiapa yang berjumpa dengan manusia
di dalam hutan,
kami kena menyerahkan manusia itu kepadanya.
Tapi, En. Tumnus,
kau takkan menyerahkan aku kan.
Aku fikir kau adalah sahabatku.
Sekarang. Mungkin dia dah
tahu kau berada disini.
Hutan ini penuh dengan mata-matanya.
Malah beberapa pokok-pokok di sini
memihak kepadanya.
Boleh kau cari jalan pulang dari sini?
- Aku rasa boleh.
- Baiklah.
Apa kau akan okey ke?
Aku minta maaf. Aku minta maaf.
Nah.
Simpanlah. Kau lebih memerlukannya.
Walau apa pun yang terjadi,
Lucy Pevensie,
aku seronok berjumpa dengan kau.
Kau membuat aku rasa lebih hangat
dalam seratus tahun ini.
Sekarang pergilah.
Pergi!
...99, 100.
Dah ke belum, aku datang ni!
- Takpa! Aku kembali!
- Aku tidak apa-apa!
Diamlah! Dia datang tu!
Aku rasa korang tak faham
cara nak main.
Bukankah kau tengah risau pada aku tadi?
Begitulah permainannya.
Itu sebab dia cari kau.
Maknanya aku menang kan?
Aku rasa Lucy tak nak bermain dah.
Aku dan hilang berjam-jam.
Lucy, satu-satunya hutan disini
adalah dibelakang almari ini.
Ini cuma satu permainan, Lu.
Kami tak boleh nampak apa yang kau bayangkan tu.
Tapi aku tidak berimaginasi!
Cukup, Lucy.
Aku tak tipu la!
Ya, aku percayakan kau.
- Kau percaya?
- Ya, sudah tentu.
Kan aku dah kata pada kau tadi
tentang hutan di belakang almari tu?
Boleh tak kau diam?
Kau suka memburukkan keadaan, kan?
- Aku cuma bergurau!
- Bila kau nak belajar menjadi dewasa?
Diam! Kau pikir kau Ayah,
kau bukan Ayah!
Terbaik cara kau menjernihkan keadaan.
Tapi...ia betul-betul wujud disana.
Susan betul, Lucy.
Cukup lah.
Lucy.
Kau dimana?
Lucy.
Aku harap kau tak takut gelap.
Lucy?
Lucy?
Lucy?
Lucy.
Kau dimana?
Lucy.
Aku rasa aku percaya pada kau sekarang.
Lucy.
Lucy?
- Lepaskan aku!
- Kenapa tu, Ginarrbrik?
Suruh dia lepaskan aku!
Aku tak buat salah pun!
Berani kau beri arahan pada Permaisuri Narnia?
Aku tak kenal!
- Kau akan kenal dia selepas ni!
- Tunggu!
Nama kau siapa, anak Adam?
Edmund.
Dan bagaimana kau boleh masuk
ke tempat aku, Edmund?
Aku tak tahu.
Aku cuma ikut adik aku.
- Adik kau? Korang berapa beradik?
- Empat.
Cuma Lucy yang pernah datang ke sini.
Dia cakap dia berjumpa dengan faun
bernama Tumnus.
Peter dan Susan tak mempercayainya.
Aku pun tidak.
Edmund, kau nampak kesejukan.
Nak duduk dengan aku?
Bagaimana kalau kita minum sesuatu
yang panas.
Ya, sudah tentu, Yang Mulia.
Minuman kau, Tuan.
Bagaimana kau melakukannya?
Aku boleh buat apa yang kau suka.
Boleh buat aku jadi lebih tinggi?
Apapun yang kau nak makan.
Makanan Turki?
Edmund?
Aku teringin nak jumpa dengan
adik-beradik kau yang lain.
Kenapa?
Tiada apa yang istimewa pun.
Aku tahu mereka tak istimewa seperti kau.
Tapi kalau kan tahu, Edmund,
Aku takda anak.
Dan kau seorang budak yang hebat,
yang suatu hari nanti,
boleh menjadi Putera Narnia.
Mungkin seorang Raja.
Betul ke?
Sudah tentu, kau mesti mengajak keluarga kau.
Maksud kau,
Peter mungkin menjadi raja juga?
Tak! Tak, tak.
Tapi seorang Raja memerlukan hamba.
Aku rasa aku boleh bawa mereka.
Di hujung sana,
kau nampak dua bukit tu?
Rumah aku berada di antara bukit tu.
Kau mesti akan suka, Edmund.
Rumah aku ada bilik yang lengkap
dengan Makanan Turki.
- Boleh aku tambah lagi?
- Tak!
- Aku tak nak rosakkan selera kau.
Selain itu, kau dan aku akan berjumpa lagi.
Aku harap begitu, Yang Mulia.
Jumpa lagi, sayang.
Aku akan merindukan kau.
Edmund?
Edmund! Kau ke sini juga!
Tempat ni cantik kan?
- Kau dari mana?
- Jumpa En. Tumnus. Dia orang baik.
Ahli Sihir Putih tak tahu yang
dia berjumpa dengan aku.
Ahli Sihir Putih?
Dia menggelarkan dirinya
Permaisuri Narnia, tapi dia bukan.
Kau okey ke?
Kau nampak tak sihat.
Apa yang kau cakap ni?
Maksud aku, di sini kan sejuk.
- Bagaimana kita nak keluar dari sini?
- Jom.
Arah sini.
Peter, Peter, bangun!
Peter, bangun,
Tempat tu betul-betul wujud!
- Lucy, apa yang kau cakap ni?
- Narnia!
Ia wujud di dalam almari baju
seperti yang aku cerita pada kau!
- Kau bermimpi, Lucy.
- Tak!
Aku berjumpa En. Tumnus lagi!
Dan Edmund juga ikut sama.
Kau...kau jumpa dengan faun?
Sebenarnya, dia tak pergi dengan aku.
Dia...
Apa yang kau buat di sana, Edmund?
Aku cuma main sorang-sorang.
Maaf, Peter.
Aku mesti mengiyakannya,
Tapi kau tahu kan budak kecil kecil
zaman sekarang.
Mereka tak tahu bila mereka
perlu berhenti untuk berpura-pura.
Korang buat bising dan korang akan
tidur di dalam kandang kuda!
Profesor. Maafkan aku. Aku dah beritahu
mereka yang kau tak suka diganggu.
Tidak mengapa, Pn. Macready.
Aku yakin mesti ada sebabnya.
Tapi aku rasa yang dia ni
nak minum coklat panas.
Ikut sini, sayang.
Rasanya korang dah buat pembantu aku marah.
Maaf, tuan.
Perkara ini tidak akan berulang.
Itu adik kami, tuan.
Lucy.
- Gadis yang menangis tu?
- Ya, tuan.
- Dia kecewa.
- Sebab tu dia menangis.
Tiada apa apa.
- Kami boleh menjaganya.
- Oh , aku tahu.
Lucy kata dia jumpa tanah ajaib.
Di almari atas.
Kau kata apa tadi?
Almari, di atas.
Lucy cakap dia jumpa hutan didalamnya.
Dia takkan berhenti memikirkannya.
- Seperti apa?
- Seperti bercakap dengan orang gila.
Bukan, bukan dia.
Hutan tu.
- Jangan kata kamu pun percaya padanya?
- Kau tak percaya kan?
Sudah tentu tak.
Saya rasa, secara rasionalnya,
perkara mustahil.
Apa yang mereka ajar di sekolah sekarang ini?
Edmund kata dia cuma pura-pura.
Boleh tak kalau dia bersikap jujur?
Tak. lni kali pertama dia jujur.
Kalau dia tidak marah,
dan dia bercakap betul,
maknanya, secara rasional kita andaikan
dia bercakap perkara yang betul.
Maksud kamu, kami kena mempercayainya?
Dia adik kau kan?
Kau adalah keluarganya.
Kau mesti bersikap seperti keluarga.
Peter bersedia, berhenti
dan cuba membaling bola!
Whops! Bangun, Dolly Daydream.
Kenapa kita tidak main sorok-sorok lagi?
Kau kan cakap itu permainan budak-budak.
Lagipun, kita boleh hirup udara segar disini.
Dalam sana pun ada udara segar.
- Kau sedia?
- Kau sendiri?
- Bagus, Ed.
- Kau yang baling kan!
- Apa yang terjadi?
- Pn. Macready!
Jom!
Patah balik, patah balik!
- Cepatlah!
- Oh, kau mesti bergurau.
Belakang sikit!
- Jari kaki aku!
- Aku tak pijak pun!
- Belakang sikit!
- Boleh diam tak?
Mustahil.
Jangan risau.
Aku pasti ini cuma khayalan kau.
Aku rasa minta maaf saja...
- tak cukup.
- Tak. Memang tak cukup.
Tapi mungkin ni dah cukup!
Hentikan!
Kau pembohong.
- Kau juga tak percaya kan.
- Minta maaf pada Lucy.
- Cakap kau menyesal.
- Baiklah! Aku minta maaf.
Tidak mengapa.
Kanak-kanak tak tahu bila mereka
patut berhenti berpura-pura.
Oh, sangat lucu.
Mungkin kita kena balik.
Tapi paling tidak kita boleh
jalan-jalan di sekeliling dulu?
Aku rasa Lucy yang patut buat keputusan.
Aku nak korang semua berjumpa En. Tumnus!
Kalau begitu, mari kita berjumpa dengan En. Tumnus.
Tapi kita tak boleh berjalan di salji
dengan berpakaian begini.
Tak juga.
Tapi aku rasa profesor tak
keberatan kita menggunakannya.
Jika kau berfikir secara logik.
Kita takkan dapat keluar dari almari.
- Ini jaket perempuan!
- Aku tahu.
...banyak makanan enak,
dan kita boleh makan banyak...
Lu?
Lucy!
Siapa yang sanggup melakukan semua ini?
''Faun Tumnus didapati bersalah...
kerana mengkhianati Yang Mulia,
Jadis, Permaisuri Narnia,
kerana berkawan dengan musuh,
dan bergaul dengan manusia.
Ditandatangani oleh Maugrim,
Kapten Polis Rahsia.
Semoga Permasuri panjang umur''
Baiklah.
Sekarang kita kena pulang.
Tetapi bagaimana pula dengan Em. Tumnus?
Jika dia ditangkap hanya kerana
bergaul dengan manusia.
- Aku rasa kita tak boleh buat apa-apa.
- Kau tak faham, kan?
Aku manusia itu.
Permaisuri pasti tahu En. Tumnus
telah membantu aku.
- Mungkin kita kena laporakan pada polis.
- Ini dia polis.
Jangan risau, Lu.
Kita akan fikirkan sesuatu.
Kenapa pula?
Maksud aku, dia bukan penjenayah.
Burung tu memanggil kita?
Itu...Seekor memerang.
Mari sini.
Mari sini.
Aku takkan menciumnya,
jika itu yang kau mahu.
Maaf.
Lucy Pevensive?
Ya?
Hei, itu sapu tangan
yang aku beri pada En. Tum...
Tumnus. Dia beri pada aku
sebelum mereka membawanya.
Dia tak apa-apa ke?
Ikut sini.
- Apa yang kau lakukan?
- Dia betul.
Boleh ke kita mempercayainya?
Dia kata dia kenal Faun.
Dia memerang.
Sepatutnya dia tak boleh bercakap!
Semuanya okey ke?
Ya. Kami cuma berbincang.
Sebaiknya berbincang di tempat
yang lebih selamat.
Maksud dia pokok ini.
Cepat. Jangan sampai kita
terperangkap disini sampai malam.
Blimey! Nampak seperti orang tua itu
sedang memasak.
Rumah yang cantik o'Rosy Lee.
- Sangat cantik.
- Biasa je.
Masih banyak yang perlu dilakukan.
Semua ini masih belum selesai.
Semuanya akan selesai.
Beaver, kau ke tu?
Aku sangat risau!
Jika aku tahu kau keluar
dengan Badger lagi, aku...
Ya, ternyata bukan Badger.
Oh, aku tak terfikir yang aku
akan melihat mereka hari ini.
Tengok bulu aku. Boleh tak kau
beritahu aku awal 10 minit?
Aku rasa seminggu awal pun boleh
jika aku tahu.
Oh, jemputlah masuk.
Kami akan sediakan makanan,
dan boleh bersembang.
Hati hati. Tunduk sedikit.
Maaf, selerak sikit.
Aku tak boleh suruh En. Beaver
mengalihkan kerusinya.
Kau menikmati pemandangan itu?
Takda cara ke yang boleh kita buat
untuk menolong Tumnus?
Mereka pasti telah membawanya ke Ahli Sihir.
Kau tahu mereka cakap apa.
Ada beberapa orang yang masuk
melalui pintu dan berjaya keluar.
Ikan dan kerepek?
Tapi ada harapan, sayang.
Penuh harapan.
Oh, ya, ada sedikit harapan!
Aslan sedang bergerak.
Siapa Aslan?
Siapa Aslan?
Kau pandai bergurau.
Apa?
- Korang tidak kenal?
- Kami tak pernah sampai di sini.
Ya, hanya dia raja di sini.
Pahlawan sejati.
Raja Narnia yang sebenarnya.
- Dah lama dia pergi.
- Tapi dia sudah kembali!
Dan dia menunggu korang di Stone Table!
- Dia menunggu kami?
- Kau mesti bergurau!
Mereka tak tahu ramalan itu!
- Kalau begitu...
- Dengar.
Kepulangan Aslan,
Tumnus di tangkap, polis rahsia,
semuanya berlaku kerana kau!
- Kau salahkan kami?
- Tak! Bukan menyalahkan.
- Berterima kasih.
- Ada sebuah ramalan.
''Ketika daging dan tulang Adam...
duduk di Cair Paravel di takhta,
kejahatan akan berakhir dan tamat.''
- Macam sebuah sajak.
- Aku tahu.
Kau tak faham maksudnya!
Ia sudah lama diramalkan...
bahawa dua anak Adam dan dua anak Hawa
akan mengalahkan Ahli Sihir Putih
dan mengembalikan keamanan di Narnia.
Dan kau fikir kami orangnya?
Ya, kerana Aslan telah bergabung dengan tentera kau.
- Tentera kami?
- Ibu menyuruh kita pergi...
supaya kita tidak terjebak
dalam dunia peperangan.
Aku rasa kau dah silap orang.
- Kami bukan pahlawan.
- Kami dari Finchley.
Terima kasih atas pelawaan ini.
- Tapi kami kena pergi.
- Tidak, korang tidak boleh pergi!
Dia betul.
Kita kena tolong En. Tumnus.
Itu diluar kemampuan kita.
Aku minta maaf,
tapi waktu untuk kami pulang.
Ed?
Ed?
- Aku akan bunuh dia.
- Tak perlu.
Adakah Edmund pernah pergi
ke Narnia sebelum ini?
Cepat!
- Edmund!
- Nanti mereka dengar suara kau!
Jangan!
- Lepaskan!
- Korang dijebak untuk masuk perangkapnya.
- Kita tak boleh biarkan dia pergi!
- Dia saudara kami!
Dia umpannya!
Ahli Sihir mahukan korang berempat!
- Kenapa?
- Untuk hentikan ramalan itu.
Untuk bunuh kau!
- Ini semua salah kau.
- Salah aku?
Semua ini takkan terjadi
jika kau dengar cakap aku!
- Jadi kau tahu ini akan terjadi.
- Aku tak tahu.
Itu sebab kita kena pergi dari sini!
Hentikan!
- Ini tidak akan membantu Edmund.
- Dia betul.
Hanya Aslan yang boleh tolong
saudara kau sekarang.
Bawa kami berjumpa dengan dia.
Jangan bergerak, orang asing,
atau kau takkan bergerak lagi.
- Kau siapa?
- Aku Edmund!
Aku berjumpa dengan Permaisuri di hutan!
Dia suruh untuk datang kesini!
Aku anak Adam!
Maafkan aku, kau beruntung
sebab permaisuri sayang.
Atau, tidak beruntung.
Arah sini.
Tunggu sini.
Kau suka?
Oh...Ya, Yang Mulia.
Aku rasa kau boleh.
Beritahu aku, Edmund...
Saudara perempuan kau buta ke tak?
Tak.
Dan abang kau, adakah dia...
bodoh?
Ya, aku rasa begitu.
Tapi ibu aku cakap...
Habis tu kenapa kau datang seorang diri?!
- Aku dah ajak mereka!
- Edmund, aku minta tolong sikit je.
- Mereka tak dengar cakap aku!
- Kau tak cuba melakukannya.
Aku dah bawa mereka separuh jalan.
Mereka di rumah kecil
dengan Beavers.
Aku anggap kau tak gagal, kan?
Aku nak tahu,
boleh aku makan makanan Turki sekarang?
Tetamu kita lapar.
Arah sini untuk ambil makanan.
Maugrim?
Kau tahu kan apa yang kau patut buat.
Cepat, Ibu! Mereka mengejar kita!
Cepat, lbu! Mereka mengejar kita!
- Oh, baiklah,
- Apa yang dia buat tu?
Kau akan berterima kasih padaku nanti.
Ini perjalanan yang jauh dan Beaver
akan marah jika dia lapar.
Aku tengah marah sekarang!
Tangkap mereka.
- Kau rasa kita perlukan jem?
- Jika Ahli Sihir menyediakan kita roti.
Cepat.
Badger dan aku menggali ini.
Ia akan tembus dekat rumahnya.
Kau cakap ia akan tembus
ke rumah ibu kau!
Lucy!
Mereka di dalam terowong.
- Cepat! Arah sini.
- Cepat!
- Lari!
- Cepat! Cepat! Cepat!
Kau sepatutnya bawa peta!
Takda jalan dah selepas ni.
Cepat, Lucy!
Maafkan aku, sayang.
Dia kawan baik aku.
Apa yang berlaku disini?
Inilah yang akan berlaku jika
melawan Ahli Sihir.
Kau jalan satu langkah lagi, pengkhianat,
aku akan kunyah kau!
Bertenang. Aku orang baik.
Yeah? Muka kau mengerikan
seperti orang jahat.
Ni semua sebab keturunan.
Kita akan bincang pasal keturunan nanti.
Sekarang kita kena pergi.
Kau ada idea?
Salam sejahtera, tuan-tuan.
- Kau kehilangan sesuatu?
- Jangan mengejek aku!
Aku tahu di mana letaknya kesetiaan kau.
Kami mencari manusia.
Manusia? Di Narnia?
Maklumat yang sangat berharga, kan?
Kau bahayakan nyawa kau.
Itu tak cukup,
tapi tetap bermakna.
Dimana mereka?
Utara. Mereka lari ke Utara.
Cari mereka.
Mereka menolong Tumnus.
Ahli Sihir datang kesini sebelum aku.
Kau tak apa-apa?
Aku rasa gonggongan mereka
lebih sakit daripada gigitannya.
Jangan menggeliat! Lagi teruk sakit kau
daripada memerang mandi pagi.
Hari terburuk dalam tahun ini.
Terima kasih untuk kebaikanmu,
tapi aku rasa rawatan ini dah cukup.
Kau nak pergi?
Aku gembira disini, Permaisuriku,
rasa terhormat, tapi masa dah suntuk...
dan Aslan telah meminta aku untuk
mengumpul lebih banyak lagi askar.
- Kau dah berjumpa dengan Aslan?
- Macam mana keadaan dia?
Seperti yang kita pernah dengar.
Kau akan senang jika dia ada disini
dalam pertempuran melawan Ahli Sihir.
Tapi kami tak rancang untuk
melawan dengan Ahli Sihir.
Tapi itu akan terjadi, Raja Peter,
sesuai dengan ramalan itu!
Kami tak boleh berperang tanpa kau.
Kami cuma nak saudara kami kembali.
Jika...
Jika kau tak makan benda tu...
Aku boleh bangun, tapi...
tapi kaki aku.
En. Tumnus.
Cuma tinggal yang ni.
- Kau saudara Lucy Pevensie.
- Aku Edmund.
Ya, kau mempunyai hidung yang sama.
Adik kau tak apa-apa?
Adakah dia selamat?
Aku tak tahu.
Polis aku dah hancurkan rumah tu.
Keluarga kau, kami tak jumpa.
- Ke mana mereka pergi?
- Aku tak tahu!
Kalau begitu kau dah tak berguna lagi untukku.
Tunggu! Memerang tu bercakap tentang Aslan!
Aslan?
Dimana?
- Aku...
- Dia orang asing disini, Yang Mulia.
Tak mungkin dia tahu sesuatu.
Aku tanya... dimana Aslan?
Aku...Aku tak tahu.
Aku pergi sebelum mereka bercakap.
Aku ingin berjumpa dengan kau!
Pegawai!
Yang Mulia.
Lepaskan faun itu.
Kau tahu kenapa kau berada disini, faun?
Kerana aku percaya dengan
Narnia akan merdeka.
Kau disini...
kerana dia yang menyerahkan kau.
Demi manisan.
Bawa dia keatas.
Dan siapkan kereta luncur aku.
Edmund rindukan keluarganya.
Kem Aslan berada di Stone Table...
- di seberang sungai yang beku.
- Sungai?
Sungai itu telah beku selama
seratus tahun.
- Jauh tu.
- Inilah dunia, sayang.
- Kau fikir dunia ini kecil?
- Dekat je.
Kau dah bersedia, anak Adam.
Cepat, manusia!
Selagi kita masih muda.
Jika dia suruh kita cepat lagi,
Aku akan sumpah dia jadi
topi yang besar.
Cepatlah! Cepat!
- Dia seperti bos.
- Belakang kau! Itu dia!
- Lari! Lari!
- Lari!
Cepat!
Kedalam!
Sembunyi! Sembunyi!
Diam! Diam! Diam! Diam!
Mungkin dia dah pergi.
- Aku rasa aku patut tengok.
- Jangan!
Kau tak berharga untuk Narnia jika mati.
Begitu juga dengan kau, Beaver.
Terima kasih, sayang.
- Apa itu? Apa...
- Shh, shh, shh.
Keluar! Keluar!
Aku harap korang tak apa-apa
sebab ada orang nak berjumpa!
Selamat hari Natal, tuan.
Natal dah kembali, Lucy,
sebab korang dah sampai.
Aku dah banyak jumpa perkara
aneh sejak ke sini, tapi...
- Kami fikir kau Ahli Sihir.
- Ya, maafkan aku,
tapi kalau nak tahu, aku lebih lama
memandu ini daripada Ahli Sihir itu.
Aku dengar Natal tiada di Narnia.
Betul. Dah lama.
Tapi harapan yang kau bawa, Yang Mulia,
akhirnya melemahkan kekuatan Ahli Sihir itu.
Namun begitu, aku berani kata yang
korang boleh melakukan semua ini.
Hadiah!
Jus bunga api.
Satu titik boleh sembuhkan semua penyakit.
Walaupun aku rasa kau
tak pernah menggunakan ni...
Terima kasih, tuan,
tapi aku rasa aku dah cukup berani.
Aku yakin kau boleh.
Tapi peperangan merupakan
sesuatu yang merbahaya.
Susan.
Percayalah pada panah ini dan
anak panahnya takkan tersasar.
Apa yang berlaku dengan ''peperangan
sesuatu yang merbahaya"?
Meski kau ada masalah yang
tak dapat diselesaikan,
tiup ini dimanapun kau berada,
pertolongan akan datang.
Terima kasih.
Peter.
Waktu untuk menggunakan benda ini.
Terima kasih, tuan.
Ini adalah peralatan, bukan mainan.
Gunakan dengan baik dan bijak.
Sekarang, aku kena pergi.
Musim salji hampir berakhir,
dan masalah akan berkumpul
saat kau pergi selama seratus tahun.
Hidup Aslan!
Dan selamat hari Natal!
- Selamat Hari Natal!
- Selamat Hari Natal!
- Jumpa lagi tahun depan!
- Selamat tinggal!
Aku sudah kata yang dia
memang wujud.
Dia cakap musim salji hampir berakhir.
Kau tahu apa maksudnya kan.
Tidak ada lagi ais.
- Kita harus menyeberang, sekarang!
- Bukankah memerang itu membuat empangan?
- Aku tidak sepantas itu, sayang.
- Jom!
Tunggu! Boleh kau berfikir sejenak?
- Kita dah takda masa.
- Aku cuma mencuba menjadi realistik.
Tidak, kau cuba tunjuk pandai.
Seperti biasa.
Tunggu. Mungkin aku patut pergi dulu.
Mungkin.
Kau dah makan makanan dalam
bekas tu, ya?
Kau takkan tahu makanan apa
yang terakhir untuk kau.
Apalagi dengan masakan kau.
Jika ibu tahu apa yang kita lakukan ini...
Ibu tiada disini.
Oh, tidak!
Lari!
Cepat!
Tidak!
Peter!
Letakkan pedang tu, nak.
- Seseorang akan terluka.
- Jangan risaukan aku!
Serang dia!
Larilah selagi mana yang boleh,
dan saudara kau akan ikut bersamamu.
Berhenti, Peter!
Mungkin kita patut dengar cakap dia!
Gadis pintar.
Jangan dengar cakap dia!
Bunuh dia sekarang!
Oh, cepat. Ini bukan peperangan kau.
Yang permaisuri inginkan adalah
kau bawa keluarga kau ke sana.
Dengar, hanya kerana orang tua
berjaket merah memberi kau pedang,
bukan bermaksud kau seorang pahlawan!
Letakkan pedangmu!
Tidak, Peter!
Narnia memerlukan kau!
Buat sesuatu selagi ada peluang!
Pilih yang mana satu, anak Adam?
Aku takkan tunggu lama.
Dan sungai ni pun sama.
Peter!
Pegang aku!
Bagus.
Apa yang kau buat?
Lucy!
Lucy!
Ada nampak baju sejuk aku?
Jangan risau, sayang.
Saudara kau pandai jaga dirinya sendiri.
Dan aku rasa kau dah tak perlukan
baju sejuk lagi.
Sangat hangat disini.
Aku akan pergi periksa kereta luncur.
Yang Mulia.
Kami dah jumpa pengkhianat.
Dia sedang mengumpulkan musuhmu
di Hutan Shuddering.
Senang sekali dapat berjumpa dengan kau.
Kau sangat berguna bagi serigala aku semalam.
Mungkin kau boleh menolong aku sekarang.
- Maafkan aku, Yang Mulia.
- Oh, jangan nak menyanjung sangat.
Bukan nak berkasar,
tapi sebenarnya aku tak nak pada kau.
Ke mana manusia itu pergi?
Tunggu! Jangan. Memerang tu cakap
sesuatu tentang Stone Table,
dan Aslan dan tentera dia ada disana.
Tentera?
Terima kasih, Edmund.
Aku seronok melihat makhluk
ini bersikap jujur...
- ...sebelum dia mati.
- Tidak!
Fikir kau nak memihak kepada siapa, Edmund.
Pada aku...
...atau mereka.
Pergi.
Kumpulkan yang setia padaku.
Jika perang yang Aslan inginkan,
peperanganlah yang akan dia dapat.
Kenapa mereka semua memandang kita?
Mungkin mereka fikir kau nampak lucu.
Berhenti siapkan diri.
Kau nampak cantik.
Kami datang ke sini untuk bertemu dengan Aslan.
Selamat datang, Peter, anak Adam.
Selamat datang, Susan dan Lucy,
anak Hawa.
Dan selamat datang juga, Beavers.
Aku berterima kasih.
Tapi mana yang keempat?
Sebab itu kami ke sini, tuan.
Kami perlukan pertolongan.
Kami ada sedikit masalah sepanjang perjalanan.
Saudara kami telah ditangkap
oleh Ahli Sihir Putih.
Ditangkap? Bagaimana ia boleh berlaku?
Dia mengkhianati mereka, Yang Mulia.
- Jadi dia telah menghianati kita semua!
- Bertenang, Oreius.
Aku yakin mesti ada sebab.
Ini semua salah aku.
Aku terlalu berkeras dengannya.
Kami semua.
Tuan, dia saudara kami.
Aku tahu.
Tapi itu hanya akan membuat
pengkhianatan menjadi lebih buruk.
Ia mungkin lebih susah dari yang kau fikir.
Itu Cair Paravel, Istana 4 takhta.
Takhta yang akan kau duduki, Peter,
sebagai Raja Tertinggi.
Kau masih ragukan ramalan itu?
Tidak.
Aslan, aku bukan orang yang korang fikirkan.
Peter Pevensie, dari Finchley.
Memerang tu pun cakap yang kau
rancang untuk sumpah dia jadi topi.
Peter, ada sebuah sihir yang hebat,
lebih kuat dari apapun,
yang mengatur Narnia.
Yang menentukan mana yang betul
dan mana yang salah,
dan menguasai takdir kita.
Kau...dan aku.
Tapi aku tak boleh menolong
keluarga aku sendiri.
Kau telah selamatkan mereka sejauh ini.
Tidak semuanya.
Peter, akan aku lakukan apa saja
untuk membantu saudara kau,
tapi aku nak kau fikirkan
apa yang aku minta.
Aku juga nak keluarga aku selamat.
Adakah putera kecil kita tidak selesa?
Apa dia ingin bantalnya di haluskan?
Rawatan istimewa untuk budak yang istimewa!
Bukankan itu yang kau inginkan?
Kau seperti Ibu.
Ibu takda pakaian seperti ini
sejak peperangan melanda.
Kita boleh bawakan untuknya.
Penuh satu lori!
Jika kita boleh kembali.
Aku minta maaf.
Dulu kita bersenang bersama, kan?
Ya. Sebelum kau rasa bosan.
Oh, betul ke?
Tolong jangan cuba lari.
- Kami dah penat.
- Dan kami suka membunuh kau secepatnya.
Susan!
Berundur!
Peter!
Cepatlah.
Kita dah bersedia sebelum ini.
Kami berdua tahu kau tak berani.
Peter! Hati-hati!
Tidak! Simpan senjata kau.
Ini peperangan Peter.
Kau fikir kau seorang raja,
tapi kau akan mati...
- seperti anjing!
- Hati hati!
Peter!
Kejar dia.
Dia akan bawa kau ke Edmund.
Peter.
Bersihkan pedang kau.
Berdirilah, Sir Peter Pembunuh Sergiala,
Pahlawan Narnia.
Minotaur akan mengetuai sayap kiri.
Kita akan letakkan gergasi di belakang
dan meletakkan orang kerdil di hadapan.
Ah!
Tahanan!
Kau takkan bunuh aku?
Bukan sekarang.
Kita ada kerja yang perlu dibuat.
Edmund!
Yang berlalu biarlah berlalu.
Tidak perlu diungkit kesalahan
lepas Edmund.
Hello.
- Kau tak apa-apa?
- Aku cuma penat sedikit.
Pergilah tidur.
Dan Edmund...
jangan bersiar-siar di luar.
Narnia takkan kehabisan roti, Ed.
Aku yakin mereka akan memberi kita
bekal untuk perjalanan pulang nanti.
Kita akan pulang?
Betul.
Aku berjanji pada Ibu
untuk menjaga korang.
Maknanya bukan aku tak boleh tinggal
dan menolong.
Tapi mereka perlukan kita.
Kita berempat.
Lucy, ini terlalu merbahaya.
Kau hampir-hampir lemas!
Edmund hampir saja terbunuh!
Sebab itu kena tinggal di sini.
Aku dah tengok apa yang Ahli Sihir Putih lakukan.
Dan aku telah tolong dia.
Dan kita tak boleh tinggalkan
mereka disini untuk menderita.
Baiklah.
Kau nak ke mana?
Pergi berlatih.
Cepat, Ed! Pedang menghala keatas,
seperti yang Oreius tunjuk.
- Serang!
- Sekarang tahan.
- Hey!
- Peter! Edmund!
Bertenang, Kuda!
- Nama aku Philip.
- Oh.
Maaf.
Ahli Sihir meminta untuk
bertemu dengan Aslan.
Dia dalam perjalanan ke sini.
Jadis, Permaisuri Narnia!
Jadis, Permaisuri Narnia!
- Pergi dari sini, Ahli Sihir!
- Permaisuri dari Pulau Sepi!
Kau tak patut berada disini!
Pergi dari sini!
Ada pengkhianat di antara kau, Aslan.
Serangannya bukan untuk melawan kau.
Kau dah lupa sebab apa
Narnia dibangunkan?
Jangan sebut Deep Magic depan aku,
Ahli Sihir.
Aku ada disana ketika ramalan ini ditulis.
Kalau begitu kau mesti ingat
setiap pengkhianat adalah milik aku.
Darahnya milik aku.
Cuba dan tangkap dia kalau berani.
Kau fikir kekuatan kau boleh
melawan aku...
Raja kecil?
Aslan tahu kecuali darah aku,
sebagai tuntutan peraturan itu,
semua Narnia akan dijatuhkan...
dan binasa didalam api dan air.
Budak itu akan mati...
diatas Stone Table...
...sebagai tradisi.
Jangan berani menolak permintaan aku.
Cukup.
Kita kena sembang berdua.
Dia telah membatalkan tuntutannya
untuk darah anak Adam itu.
Bagaimana aku tahu yang
kau boleh tepati janji?
- Susan!
- Mm?
Sepatutnya korang sudah tidur kan?
Kami tidak boleh tidur.
Tolong, Aslan.
Tak boleh ke kami ikut kau?
Aku akan gembira jika ditemani sebentar saja.
Terima kasih.
Sekarang.
Dari sini, aku kena pergi sendiri.
Tapi Aslan...
Kau kena percaya pada aku.
Ini yang mesti dilakukan.
Terima kasih, Susan.
Terima kasih, Lucy.
Dan selamat tinggal.
Lihatlah. Singa yang hebat.
Kau nak susu?
Kenapa dia tidak melawan?
Ikat dia!
Ikat dia! Tangkap dia!
Tunggu!
Cukur bulu dia dulu.
Bawa dia kepadaku.
Kau tahu, Aslan.
Aku sedikit kecewa dengan kau.
Kau fikir semua ini boleh menyelamatkan
si manusia pengkhianat itu?
Kau memberikan aku nyawa kau,
dan tak menyelamatkan sesiapa pun.
Tidak ada ertinya.
Malam ini...
Deep Magic akan diredakan!
Tapi besok,
kita akan ambil alih Narnia
selama-lamanya!
Dalam pengetahuan ini,
kekecewaan...
dan kematian!
Kucing yang hebat...
dah mati!
Jeneral.
Siapkan tentera kau untuk berperang.
Secepat mungkin.
Sudah terlambat.
Dia dah mati.
Dia pasti tahu apa yang dia lakukan.
Pergi! pergi, kau semua!
Tidak. Tengok.
Kita kena beritahu yang lain.
- Kita tak boleh tinggalkan dia begitu saja!
- Lucy, kita dah tiada masa lagi.
Mereka perlu tahu.
Pokok tu.
Tunggu, Puteraku.
Aku bawa berita buruk dari adik kau.
Dia betul.
Dia telah mati.
Kalau begitu kau kena memimpin kami.
Peter, ada sebuah pasukan disini
dan bersedia untuk ikut kau.
- Aku tidak boleh.
- Aslan yakin kau boleh.
Begitu juga aku.
Pasukan Ahli Sihir dah dekat, tuan.
Apa arahan kau?
Mereka datang, Yang Mulia, sangat banyak
dan senjata yang lebih hebat dari kita.
Pasukan yang banyak tak bermaksud
mereka akan menang.
Tidak. Tapi aku yakin itu boleh membantu.
Aku tak berminat dengan tawanan.
Bunuh mereka semua.
Ahh!
Pergi!
Tengok pada langit!
Kau bersama dengan aku?
Sampai mati.
Demi Narnia dan Aslan!
Jom!
Jom! Demi Aslan!
Kita kena pergi.
Aku kesejukan.
Ah!
Susan!
Dimana Aslan?
Apa yang telah mereka lakukan?
Aslan!
Tapi kami nampak pisau.
Ahli Sihir tu.
Jika Ahli Sihir tu tahu maksud
sebenar pengorbanan,
dia mungkin telah mengandaikan
Deep Magic dari sudut berbeza.
Ketika mangsa korban itu mati
dan dia tidak pernah mengkhianati,
dibunuh kerana menggantikan tempat pengkhianat,
Stone Table akan pecah
dan kematian itu sendiri akan hilang.
Kami dah beritahu mereka yang
kau telah mati..
Peter dan Edmund akan pergi berperang.
Kita kena tolong mereka.
Sudah tentu sayang, tapi bukan bersendirian.
Naik atas badan aku.
Kita kena pergi tempat yang jauh
sebelum kita pergi ke sana.
Dan sebaiknya tutup telinga kau.
Tembak!
Ya!
Berundur! Bawa mereka ke batu!
Itu arahannya. Cepat!
Kita nak pergi mana?
Pegang kuat-kuat!
Patah balik!
Cepat, patah balik!
Berhenti!
Susan, ini...
En. Tumnus!
Cepat, kita kena cepat
dan cari dalam istana ni.
Peter memerlukan sesiapa pun
yang kita boleh jumpa.
Ah!
Edmund! Mereka terlalu banyak!
Pergi dari sini!
Bawa adik-adik kita pulang!
Kau dengar kan! Cepat pergi!
Peter suruh kita pergi dari sini!
Peter belum menjadi raja.
Ah!
Mustahil!
Ah!
Ia dah berakhir.
- Peter!
- Peter!
Mana Edmund?
Edmund!
Ah!
Bila kau akan belajar melakukan
sesuatu yang diperintahkan?
Untuk Lautan Timur yang berkilauan,
Aku anugerahkan Permaisuri Lucy yang berani.
Untuk Hutan barat yang agung,
Raja Edmund yang adil.
Untuk Matahari selatan yang bersinar,
Permaisuri Susan, yang lemah lembut.
Dan untuk Langit Utara yang bersih,
Aku anugerahkan Raja Peter,
yang hebat.
Sekali seseorang menjadi
raja atau permaisuri Narnia,
selamanya dia akan menjadi raja atau permaisuri.
Semoga kebijaksanaan membantu kita...
sehingga bintang jatuh dari angkasa.
Hidup Raja Peter!
Hidup Raja Edmund!
Hidup Permaisuri Susan!
Hidup Permaisuri Lucy!
Jangan risau.
Kita akan berjumpa dengan dia lagi.
- Bila?
- Bila tiba masanya nanti.
Ada hari dia akan disini
dan seterusnya tidak lagi.
Tapi kau tak boleh paksa dia.
Lagipun, dia bukan singa yang jinak.
Tak.
Tapi dia baik.
Nah.
Kau lebih memerlukannya daripada aku.
Kau okay, Philip?
Aku tidak semuda dulu.
Cepat, Ed.
- Ambil nafas sekejap.
- Itu yang kita akan ambil saat ini.
- Dia cakap apa, Susan?
- Tunggu di dalam istana.
Aku akan dapatkan rusa itu sendiri.''
Apa benda tu?
Seperti benda yang tidak asing.
Seperti dari mimpi.
Atau mimpi dari sebuah mimpi.
Spare Oom.
- Lucy!
- Tidak lagi.
- Lu?
- Cepat!
Ini bukan ranting.
Ow! Ooh!
- Baju sejuk.
- Susan, kau pijak kaki aku!
Peter, kedepan sikit!
- Diamlah.
- Berhenti!
Aku tak pijak kaki kau!
Oh!
Korang di sini.
Apa yang korang buat di dalam
almari baju?
Kamu takkan percaya
jika kami cerita, tuan.
Ceritakan.
Aku rasa kau takkan kembali
kesana dengan cara itu lagi.
Kau tahu...Aku dah cuba.
Boleh kami ke sana lagi?
Aku harap begitu.
Tapi ia mungkin terjadi
ketika kau tidak mencarinya.
Semuanya sama saja...
Sebaiknya kau berjaga-jaga.
Subtitle by : Amir Barzagli