Tip:
Highlight text to annotate it
X
Diam semasa di set. Rakaman bermula.
Temuduga Cody Maverick, rakaman satu.
Kenapa kamu nak temuduga aku?
Itu kerja kami. Kami kru filem realiti.
Patutkah aku tahu beberapa soalan yang akan ditanya?
- Tak perlu, ia senang aje.
- Okay.
- Boleh kau berdiri atas kotak tu?
- Oh, yeah.
Di sana? Apa tu?
- Apa tu?
- Alat bunyi. Ia mikrofon.
Apa khabar? Aku Cody.
Berapa umur kau, 14, 15 tahun?
17 tahun.
Ada kemahiran lain selain meluncur?
Macam apa?
Macam menyanyi dan menari?
Yeah. Yeah.
Tidak bagiku. Aku hanya meluncur.
- Tak guna.
- Aku cuma...
Hentikan, Glen. Hentikan.
Kita di sini untuk buat filem pasal Cody.
- Perlukah dia ada di sini?
- Ia akan jadi menarik.
Bolehkah aku beratur untuk tidak pergi menontonnya?
Kita ulang.
Boleh beri pandangan mengenai meluncur.
Meluncur, meluncur.
- Mana aku nak mula?
- Apa kata pada permulaannya?
Okay, baiklah...
Tatkala ombak pertama muncul. Muncul peluncur pertama.
Apa yang mereka guna hanyalah sekeping papan...
...seketul ais atau apa saja yang sesuai.
Dan mereka sungguh meminatinya.
Tak lama dulu, ada peluncur-peluncur lama.
Peluncur-peluncur lama ni menggunakan papan yang sangat besar.
Mereka ini adalah perintis...
...tapi tak ramai yang dapat melihat potensi meluncur...
...sehinggalah Big Z melakukannya.
- Boleh kami tahu siapa Big Z?
- Siapa Big Z?
Memang patut kau tanya aku.
Z adalah segalanya.
Big Z adalah meluncur.
Maksud ku, dia...
Seolah-olah laut tidak wujud sebelum Z.
Laut dicipta untuk dia.
Dia hidup dengan kasar sebab dia tak takut untuk hidup.
Dia tak takut untuk mati.
Dia datang ke Antartika semasa aku masih kecil.
Ia perkara terbesar yang pernah berlaku di sini.
Tiba-tiba saja dia muncul.
Meluncur di air. Terapung, seolah-olah tiada berat.
Dia boleh pergi kepada sesiapa saja...
...dan dia menuju ke arah ku.
Kemudian dia berikan aku kalung Big Z yang lain dari yang lain.
Kemudian dia beritahu aku,
"Budak, jangan sesekali mengalah.
Cari jalan, sebab itulah yang pemenang lakukan. "
Dia adalah yang terhebat.
Semua orang memandang tinggi pada dia, hormati dia, sayang dia.
Dan suatu hari nanti,
aku akan jadi macam dia.
Dan aku telah meluncur selama yang aku ingat.
Susah nak bayangkan hidup aku kalau tak meluncur.
Aku nak keluar dari sini, dan inilah peluang untuk aku.
Aku sungguh pandai meluncur.
Yang terbaik di pulau ni.
Aku tahu bunyinya agak angkuh, tapi aku memang, yang terbaik.
Aku lahir dan besar di sini, Shiverpool.
MUSIM PANAS
MUSIM PANAS
Tinggal di sini sepanjang hidup ku.
Itu tempat mereka menyusun ikan. Perkara terbodoh aku pernah dengar.
Tapi ya, aku kerja di sana, untuk puaskan hati mak aku.
Shiverpool yang indah.
Tempat ni teruk, bro.
Aku mula kerja dengan longgokan sardin, kemudian mackerel...
...dan akhirnya sampai longgokan ikan gefilte.
- Semua kerja keras.
- Ada juga yang tak boleh disebut.
Ya, budak tu pula sibuk dengan benda atas air tu.
Rumah aku?
Di sana. Nampak tak yang ada papan luncur tu?
Aku tinggal di sini bersama abang aku, Glen, mak aku.
Dulu dia telur yang amat kecil.
Dia kurang cemerlang.
Glen telur yang besar,
Cody telur yang kecil.
Tak boleh buat apa.
Memang dah nasib dia.
Macam tulah dia...
...duduk dalam air, lari dari tanggung jawabnya.
Kau tahu, mengeramkan telur satu tanggungjawab besar.
Dan adik aku, Cody, dia tak memahaminya.
- Dia perlu maju dan jadi lelaki sejati.
- Memang lelaki sejati duduk atas telur.
- Kau pun tahu.
- Quincy, mari dekat ayah.
Dia nak jadi berbeza.
Setiap masa ada perbezaan.
Siapa ada masa nak layan...
Cuma ada enam bulan waktu siang.
- Terima kasih sebab datang.
- Mana boleh lepaskan.
- Macam mana keadaan di luar?
Dia adalah abang.
Aku adalah adik.
Aku tak nak sentuh kau.
- Tak nak sentuh kau.
- Mak nampak tak?
- Tolong, jangan.
- Mana ada.
Aku sangat jelas dengan perangai dia.
Aku terpaksa berjuang untuk dapatkan sesuatu.
Termasuk makanan yang mak buat.
Nasib baik aku dapat hidup.
Memang susah bagi dia untuk membesar.
Seperti yang aku dah beritahu...
...dia tak sempat kenal ayahnya.
Aku terlalu muda untuk mengingati semua tu.
Bukan aku sorang saja budak di pulau ni...
...yang ayahnya, kena makan.
- Tapi, kau pasti trauma.
- Tidak. Tidak bagi ku.
- Apa impian kau?
- Pergi dari sini.
- Pergi dari sini, baguslah tu.
- Kamu nak minum?
Kena lari dari tanggungjawab dan kehidupan.
Ini sesuatu yang unik.
- Ini luar dari kebiasaan.
- "Aku ada impian."
- Bila dia nak berhenti?
- Jangan buat bunyi begitu.
- Cody!
- Itu sungguh biadab.
Aku takkan buat bunyi begitu.
Kau takkan buat pakai mulut kan.
Itulah bezanya kau dan aku.
Kamu tahu tak?
Mak dah tak tahan.
Mak. Tengok apa kau dah buat.
Ini pasal aku. Bukan kau.
Kenapa Glen masih di sini?
Oh, yeah, tepat sekali. Mak!
Aku tak faham kenapa semua orang suka menilai.
Aku faham kenapa mak menilai.
Sebab dia ambil berat. Dan juga sebab...
...semua orang pandang dia dan kata,
"Hei, Cody budak nakal.
Cody ini. Cody itu.
Cody ini. "
Cody adalah aku, bro.
Biar aku jadi diri ku.
Bila orang akan berhenti menilai aku?
Kau tahu apa orang panggil aku?
Pembina impian.
Aku cari budak-budak ni,
Aku bawa mereka ke sini...
...aku beri mereka peluang untuk jadi seseorang.
Pencapaian terbesar aku? Menemui Z.
Melihat dia sampai ke puncak.
Macam tak percaya dia dah tiada.
Dia dah macam anak aku, kau tahu?
Ini hal melibatkan hati?
Boleh kita rehat 5 minit?
Macam mana rambut aku? Kemas tak?
Aku tak ada banyak masa.
Kami ada beberapa soalan lagi pasal Big Z.
Tapi sekarang aku rasa kita lebih berminat pada...
...kisah Reggie Belafonte.
Tapi Big Z adalah fokus kami...
Apa kata kita ambil pengisi air kelapa ni.
Dan juga penyapu pasir tu?
Boleh kami dengar kisah hidup kau yang membosankan tu?
Jangan sentuh aku! Berhenti!
Aku dah tak ada masa.
Aku ada produksi yang besar.
Tayangkan, okay? Tayangkan saja!
Selamat datang, peminat, ke satu lagi edisi SPEN Sports.
Ini Sal Masakela...
...dan kami berada di pusat meluncur dunia, di pulau Pen Gu...
...bagi menyaksikan pertandingan meluncur semperna memperingati Big Z yang ke 10.
Pakar meluncur...
...Kelly dan Rob sila beritahu...
...apa cabaran yang menanti para peluncur.
Yang pertama, Sal. Ombak.
Ia kombinasi sempurna...
...antara cantik dan bahaya. Peluncur pro pun takut tempat ni.
Hai, Mak.
Dengar ni, Sal. Di belakang aku.
Ia dipanggil "The Boneyards." Tak ramai peluncur masuk ke sana...
...dan keluar dengan selamat.
Maksud kau tempat itu membawa maut ke?
- Betul tu, Sal.
- Diam sejenak untuk mereka.
Dan kita teruskan sebab jika Boneyards tak cukup...
...peluncur kita akan berdepan dengan Tank "Penghancur" Evans.
Tank, juara bertahan 9 kali.
Model peranan? Tidak.
Tapi aku anggap diri sebagai contoh bagi semua orang.
Budak-budak patut berpura-pura menjadi Tank.
Maksud aku, mereka boleh cuba.
Semoga berjaya, budak-budak.
Kau tak nak pergi sana, bantu mereka...
...tunjuk cara meluncur dan habiskan masa bersama budak-budak?
Tidak, aku tak nak buat begitu.
- Ombak aku dah sampai.
- Perangai biasa Tank Evans.
Selepasa iklan, bola pukul penguin. Jangan kemana-mana.
Okay, mengenai pertandingan, aku nak katakan:
Aku ke seluruh dunia, mencari juara seterusnya.
Tapi itu cerita lain.
Dia tak mencari mereka.
Aku yang cari.
Aku yang cari semua penguin ni.
Aku yang cari bakat ni.
Reggie hantar aku ke merata tempat.
Tempat yang ada laut...
...tasik, lopak air.
Ia mengarut.
Sampai aku kena migrain.
Tekanan menyeksa aku. Tak tahu berapa lama aku boleh tahan.
Aku kena cakap sekarang juga.
Kamu kena cuba benda ni.
Ikan paus ni buat otak aku jadi beku.
Aku kalah pertaruhan.
Tumpang tanya. Tumpang tanya.
Ada sesiapa di tempat beku ni pandai meluncur?
- Budak bernama Cody Maverick tu pandai.
- Bagus. Terima kasih.
Kau tahu, kau duduk atas...
ais yang nipis.
Maaf.. Aku mencari...
Cody Maverick.
- Ada sesiapa nampak Cody Maverick?
- Aku Cody Maverick.
Mike Abromowitz dari pertandingan memperingati , Pulau Pen Gu.
Kamu datang kerana...
Nak jumpa aku. Wow!
- Kau ni suka meluncur, kan?
- Aku sungguh berbangga.
Aku dengar kau suka meluncur.
- Betul ke?
- Kau kena lihat kebolehan aku.
- Boleh ke kau berdiri atas papan luncur?
- Aku akan datang balik.
Kau akan lihat kebolehan aku...
...dan aku akan ikut kau.
- Aku pun sangat gembira.
Mak! Mak, dia datang... pencari bakat.
Mikey. Dia dah datang.
- Apa? Yeah.
- Dia beri aku peluang, Ma.
Nak datang tengok aku meluncur?
- Tidak, tak apalah.
- Cuma kali ini.
- Sedang sibuk potong ikan ni.
- Okay. Baiklah, doakan aku berjaya.
Cody, hati-hati dengan ombak besar tu.
Cepatlah mulakan.
Kau patut datang semalam.
Seronok betul semalam.
Aku buat putaran 360.
Ia memang gila-gila.
Wow! Hidupkan ikan paus tu.
Tidak! Tunggu! Tunggu!
Beri aku satu peluang lagi.
- Tolonglah, satu saja.
- Aku dah beri kau peluang.
- Tolong jangan pergi.
- Maaf, budak.
- Tunggulah sebentar.
- Cuba lagi tahun depan. Gerak.
- Cepat pergi. Dia sedang datang!
- Cuma satu ombak. Itu yang aku perlukan.
Aku tak pernah menang apa-apa seumur hidup aku.
Aku ingin rasa menjadi pemenang walau pun sekali.
Aku pernah cari burung menyanyi. Toucan untuk pesta muzikal di Brazil.
Itu baru bisnes hiburan.
Toucan...
Tunggu!
Aku tak peduli apa kau kata,
aku nak pergi ke Pulau Pen Gu!
Tak boleh. Ini pertandingan untuk peluncur handal.
Tak boleh ke benda ni pergi laju sikit?
Tekanlah minyak!
Tidak, tidak, tidak, tidak!
Kesian budak tu. Aku rasa bersalah sikit.
Sejujurnya, ini memalu...
Tidak, tunggu! Tunggu!
Nampak tak?
Dia hampir dapat pegang papan aku!
Hampir tadi.
- Yeah, jadi...
- Tunggu!
Kami dapat kau.
Oh, kau lebih berat dari rupa kau.
- Kita berjaya.
- Terima kasih.
Kerjasama, sentiasa berjaya.
- Nama aku Chicken Joe.
- Trimas, Joe.
Jangan sesekali kau buat begitu dalam pertandingan, okay?
- Aku boleh ikut?
- Yeah, kau boleh.
Sebab ia menghiburkan,
dalam cara yang menakutkan.
Hebat, kawan.
Aku Cody Maverick,
dari Shiverpool. Kau?
Aku bukan dari Shiverpool.
- Kau dari mana?
- Dude, aku dari Lake Michigan.
Disitulah aku meluncur.
Cuma aku saja yang meluncur...
...di tempat aku.
Ramai orang kata aku gila, tapi aku dah tak kisah.
- Aku faham perasaan kau, Joe.
- Kau faham?
- Yeah.
- Hebat.
- Punggung beku!
- Boleh tak tolong ayam tu.
Alamak!
Slater, Machado.
Apa khabar, bro?
- Baik. Trimas.
- Apa khabar, kawan?
Okay. Jumpa nanti, dude.
Hebat.
Tengoklah dimana aku berdiri.
Di tempat Z pernah berdiri.
- Kau kena rasa ni.
- Tak, aku okay.
- Ayuhlah. Gigit sekali saja.
Baiklah, gigit sekali saja.
Apa pendapat kau?
Bukanlah tak sedap.
Rasanya macam ayam...
Ya. Apa ay-aya?
Aku datang! Oh, alamak.
Oh, alamak. Aku dilamun cinta.
Tolong! Saya lemas!
Habis, apa kau buat disini?
Pergilah cakap dengan dia.
- Aku takkan cakap dengan dia.
- Dia minat kat kau.
- Dia panggil kau "alamak".
- Joe.
- Trimas sekali lagi.
...ini dah kali ke-3 kau pengsan minggu ni.
Aku rasa ia tak baik untuk otak kau.
- Saya tahu. Bye, Lani.
- Okay.
Yeah, hebat cara kau selamatkan dia tadi.
Sungguh menakjubkan.
Kau datang untuk sertai pertandingan tu?
- Aku akan perhatikan kau.
- Betul ke? Kau akan perhatikan aku?
Yalah, dari pondok pengawal pantai.
- Ya. Betul.
- Itu memang tugas aku.
- Ia tugas kau.
- Bila kau nak cium dia?
- Mari, Joe.
- Kau cakap kau dilamun cinta...
- Mana ada aku cakap begitu.
- Dia memang minat kat kau.
- Joe, dengar sini...
Dia suka kau. Jumpa lagi.
Aku suka kerja aku.
Aku ada kerja hebat.
Tapi minggu ni, kerana pertandingan...
...agak sibuk. Kena awasi betul-betul.
Ramai pengunjung dalam air jadi tak boleh terlepas pandang.
Tapi rekod aku bersih. Tak pernah ada yang terkorban.
Memanglah ada yang hampir mati, tapi...
- Tolong!
- Oh, Arnold. Aku baru berpaling sekejap...
- Berikan sedikit perasaan pada dia.
- Apa maksud kau?
- Melalui kata-kata. Melalui sentuhan.
- Tunjukkan aku caranya.
- Aku jadi Lani. Kau jadi aku.
- Kau pasti ke?
- Aku buat betul-betul.
- Buatlah. Jangan.
- Whoa.
- Apa dia?
Itu! Itu tugu Big Z.
- Ingat tak?
- Tak.
Hari ini, dunia meluncur kehilangan seorang lagendanya.
Big Z meluncur buat kali terakhir pagi tadi...
...semasa pertandingan dengan jaguh baru Tank Evans.
Z kali terakhir dilihat berkayuh ke ombak besar di teluk Pen Gu.
Rakan-rakan Big Z berkumpul untuk memperingati dia.
Balingan tepat!
Apa? Hei!
- Kena lagi.
- Dia memang pandai baling.
Berhenti... Hentikan!
- Dah 3 kali berturut-turut.
- Nah, cuba baling.
Tunggu kejap. Tengoklah ni.
- Jangan. Hentikan.
- Ia rantai Big Z.
Ia tak kelakar. Berhenti.
Berhenti! Apa kau buat ni?
Semua orang, tengok ni, peminat Big Z yang terakhir!
Ketepi.
Beri laluan.
- Kau tak layak cakap pasal dia.
- Dia Big Zero (tak berguna).
- Tutup mulut kau!
- Zero bermula dengan huruf "Z"!
Kau takkan jadi sebagus Big Z, Stank (busuk).
Hei, semua, jangan begini.
Berbaiklah semua.
- Suruh teman wanita kau ni berambus!
- Kau tak boleh buat begini pada kawan aku.
Pandai kau mengurut.
Bagus rasanya.
Cuba urut belakang aku pula.
Sangat selesa.
- Baiklah. Cukuplah tu.
- Aku boleh lawan kau bila-bila masa.
Baiklah, apa kata sekarang, di sini?
Hei, Mikey, carikan papan untuk budak ni!
Baiklah, siapa nak lihat budak kecil lawan juara?
Budak kecil hebat!
Pertandingan satu lawan satu antara Tank Evans dan Jerry...
- Cody. Cody.
- Cody Maverick.
Cody Mavencourt. Siapa meluncur ombak paling besar, menang.
Kau gementar nak lawan Tank Evans?
Ah, Tank. Gementar?
Sebab apa aku nak gementar?
Sorak lagi!
Aku akan benam kepala kau dalam air.
- Cubalah, muka muncung. Marilah.
- Muka muncung?
Ia milik aku!
Jadi, Cody, bila kau meluncur ombak pertama kau...
...dan seluruh pulau melihat, bagaimana rasanya nanti?
Ia pasti hebat.
Ia akan jadi ombak terhebat.
Aku harap ia akan dirakam, sebab kamu pasti nak lihatnya...
...berulang-ulang kali.
Ia pasti hebat!
Aku tak sanggup tengok.
- Kasihan budak tu.
- Wow! Ia menakjubkan!
Aku nombor satu! The Tank!
Kita akan dapatkan liputan.
Pengawal pantai baru selamatkan dia.
Itulah yang berlaku bila berlawan dengan Tank, kan?
Cody, Cody!
- Bagaimana dengan dia? Okay? Apa aku kena buat?
- Yeah, dia okay.
Aku boleh tolong. Tapi jangan ada darah.
Bila aku terfikir pasal darah...
Sesiapa, tolonglah ayam ni.
- Tank, kau okay?
- Tank perlukan bahan api.
Mikey, pergi ambil papan.
Ayuh. Ayuh. Ayuh la.
- Adakah aku menang? Aku menang, kan?
- Kau patut tinggal saja di Antarctica.
- Oh, wow.
- Kau akan okay.
Tengoklah tu.
Ada bintang dimana-mana.
Kamu rasa Cody boleh menang sebarang pertandingan?
- Bagi aku...
- Ha.
- Kenapa kau ketawa?
- Sebab dia kata "boleh".
Macamlah kau "boleh" menang.
Dan kau boleh buat apa-apa.
- Apakah peluang dia ada?
- Peluang aku tinggi kan?
Peluang aku sama macam orang lain.
Aku bukannya tiada kelebihan.
Hei, Geek! Geek!
Bangun dan tolong aku.
Geek.
Geek?
Geek. Bangun! Aku perlu bantuan kau.
Cepatlah bangun dan tolong aku.
Mimpi yang indah.
- Kau kenal Sheila?
- Tak. Aku tak kenal Sheila.
- Nanti kejap. Apa ni
- Apa dia?
Siapa dia ni?
- Dia peluncur. Dia cedera.
- Siapa mereka semua tu?
Mereka bersama dia ni. Pedulikan mereka.
- Marilah.
- Lani, apa kau buat ni?
Kalau kau tolong dia, mereka akan pergi.
- Hei! Pergi dari sini!
- Tolonglah dia!
- Mana nak letak dia?
- Tak payah letak mana-mana.
- Tak boleh bawa orang luar ke sini.
- Aku tahu, aku tahu, aku tahu.
Ini kecemasan. Dia ditenggelami ombak tadi. Aku...
- Dia terlanggar batu karang?
- Aku tak tahu.
Aku tak pasti. Aku selamatkan dia lepas...
- Apa, dia teman lelaki kau ke?
- Bukan, bukan.
Tunggu kejap.
Nampaknya dia terpijak landak laut.
Terpijak aku? Kau bergurau ke?
Dia menari atas aku.
Tengok ni. Patah, patah,
hilang, hilang, patah, patah, patah...
Ini sangat teruk.
Ini sangat teruk.
- Apa... Cody!
- Aku cedera.
- Kau akan selamat. Kenapa?
- Mungkin aku tak patut keluarkannya.
Racun dah mula merebak.
Wow. Menakjubkan.
- Apa yang menakjubkan?
- Bahawa kau masih hidup.
Tak apa. Aku boleh rawat kau.
Aku boleh rawat kaki kau.
- Mana ia?
- Itu gergaji. Kau ambil gergaji.
Jangan biar dia bergerak. Racun akan cepat merebak.
- Mana ia, mana ia.
Ini dia.
- Apa yang kau buat?
- Apa dia sedang buat?
Ini penawar mujarab.
Aku belajar dari satu dukun tua. Ia sangat mujarab.
- Apa? Tidak! Jangan guna cara tu!
- Cara apa?
Apa dia akan buat?
- Marilah.
- Geek, berhenti.
Mari lakukan. Lani, boleh tak kau buat bunyi air?
- Oh, ini sungguh jijik.
- Kenapa bunyi air?
- Ayuhlah, ayuhlah.
- Tidak, tidak.
Budak, baik tutup mulut kau.
Pegang dia, Lani. Buatlah sesuatu.
- Aku dah hampir habis ni.
- Aku sedang cubalah ni!
Apa khabar kau sekarang?
Wow, landak laut dalam kaki.
Bunyinya amat teruk.
Yeah.
Macam mana nak rawatnya?
Kau kencing ke atasnya.
- Oh menjijikan.
- Saya tahu!
Hei. Berapa lama dia kena tinggal di sini?
- Sebab...
- Sampai dia sembuh.
Datang sini secepat mungkin, dan bawakan kerang.
- Tidak.
- Aku dah kehabisan kerang.
Aku tak nak buat lagi. Kau kena uruskan diri kau sendiri.
- Oh, tolonglah.
- Bye.
- Bawakan kerang!
- Okay.
Aku tak nak cakap pasal Cody.
Dia kalah. Itu masalah dia. Bukan aku.
Kau tak pernah ambil berat pasal sesiapa...?
Dia selamat. Dia biasa dengan air.
Dia tu seekor penguin!
Kau nampak ombak yang menimpa dia?
- Itulah namanya meluncur.
- Aku ambil berat!
- Mikey! Tengok aku buat.
Tengoklah kaki kecil tu.
Stick, stick, stick, sticky.
Ini cara aku berjalan...
- Boom-chicka-chicka...
- Kenapa bunyi "boom-chicka-boom"?
Aku tak boleh tangok darah.
Tak tahan dengan darah.
Tak tahan...
tengok darah. Cody!
- Dude, ada nampak kawan aku Cody?
- Tak.
Cody? Cody?
Dia tiada bawah sini.
Cody!
Apa khabar, kawan?
Aku bangun pagi ni.
Tak tahu dimana aku berada. Ini bukan tempat baik untuk tersedar.
Ayuhlah. Bangun.
- Tak nak.
- Sarapan.
- Bangun, bangun. Mari.
- Aku tak nak.
- Macam mana kaki kau?
- Kaki aku...
- Kaki aku okay, tapi kepala ku.
- Bagus. Cepat bangun budak.
Apa benda...?
Rasanya aku alami gegaran otak.
Kau patut jumpa abang aku, Glen.
Kamu memang sepadan.
Alamak, mana kalung aku?
Kau ada nampak kalung aku? Ia ada...
Tidak, tidak, tidak, tidak.
Belilah yang lain kat kedai Reggie.
Ia bukan kalung biasa.
Dia yang hadiahkan pada aku.
- Siapa?
- Big Z. Semasa dia datang ke Shiverpool.
Satu-satunya orang yang percaya pada ku.
Dia kata, jangan berputus asa...
...sebab itulah yang pemenang lakukan.
- Pemenang lakukan. Ya lah tu.
Tapi aku kalah teruk sekarang.
Peduli apa yang Big Z kata?
Kau kena...
...cari jalan sendiri.
- Aku tiada jalan sendiri.
Sekarang dah ada jalan. Kau ikut jalan ni.
Kau akan sampai ke pantai.
Okay, gembira dapat jumpa kau.
Semoga berjaya.
Apa aku nak buat sekarang?
Aku tak boleh tunjuk muka kat pantai.
Aku tak boleh pulang.
Kau selalu bayangkan apa akan jadi, apa kau nak buat.
Ini bukan apa yang kau bayangkan.
- Apa kau buat di sini?
- Nah.
- Oh. Terima kasih.
- Ya.
Kau sungguh baik.
- Terima kasih.
- Ikat tali tu kuat-kuat.
Kalau hilang masa pertandingan,
takkan jumpa lagi.
Aku takkan masuk pertandingan lagi.
Kau meluncur bukanlah untuk mengalahkan Tank Evans.
Ya.
Tengok ni. Kau tahu kau duduk atas apa?
Ini kayu koa.
Papan luncur terbaik dibuat dari kayu ni.
- Ya?
- Kau ada papan koa?
- Papan biasa pun aku tak ada.
- Kau nak...?
Nak buat satu?
- Tak nak.
- Apa?
Aku datang dari jauh, berikan kalung kau...
...nak buat papan untuk kau dan kau kata, "Tak nak"?
Bangun pemalas.
Kita akan buat papan. Mari.
- Baiklah.
- Ia akan jadi papan terbaik...
...kau pernah ada.
- Boleh tak?
- Okay.
Cody!
Tak apalah.
Joe, boleh beritahu kenapa kau cari Cody?
Kami dah lama kenal...
...sejak, semalam.
Kami berdua banyak persamaan.
Aku pun tak kenal ayah aku.
Kenapa kau buat papan luncur di tengah-tengah hutan?
Aku cuma tak faham.
Tak payah tanya.
Kita lakukan saja.
Okay, cuma...
Adakah kau peluncur, atau kau...?
- Sangat kelakar.
- Kurangkan bercakap, banyak tolak.
Kenapa kita tolak?
Kenapa tak golek?
Maaf. Aku tak bermaksud...
Aku tak tahu kaki kau di situ.
Kau okay? Maafkan aku.
Aku bukannya sengaja.
Maafkan aku.
- Cody. Kayu tu!
- Ya, aku tahu!
Geek! berhenti, berhenti!
Cody, ambil tali tu!
- Sekarang, tarik.
- Aku sedang mencuba!
Tarik!
Cody!
Geek!
Cody!
Oh, tidak, tidak, tidak.
Tarik aku naik, supaya aku dapat belasah kau.
- Aku ingat aku dah bunuh kau. Kau okay?
- Lain kali, bila aku kata jangan golek...
Tunggu. Apa tu?
Ya, itu pantai.
Pasir, air, matahari.
Kau dah lihat semuanya.
Mari pergi dari sini.
Tidak. Mari kita pergi periksa.
Kau rasa Cody dan Geek tak apa-apa ke?
Aku tak suka tengok dia hidup sendirian.
Baguslah bila dia benda nak dibuat.
Hei. Ada pondok lama.
Tengoklah ni.
Whoa, whoa, whoa.
Ini papan Big Z.
Ya, ini papan Big Z.
Dia gunakannya dalam terbuka Australia.
Ini papan yang dia guna masa dia datang ke Shiverpool.
Geek!
Ini tempat Big Z!
Di sinilah dia tinggal!
Di sini dia buat papan dia!
Kau tahu tak dia tinggal di sini?
Kenapa kau tak nak datang ke sini?
Kemudian dia pergi ke pondok tu.
Aku pun sedar,...
...dia adalah Z.
Aku tahu dia perlukan sedikit ruang dan masa.
Aku tak nak tanya dia banyak soalan.
Jadi aku berdiri di situ diam-diam.
Kau Big Z! Macam tak percaya.
Kau masih hidup! Kau masih hidup!
Itulah cara terbaik,
aku rasa.
Kenapa kau masih hidup?
Apa yang berlaku?
Ceritakan segalanya.
Mulakan daripada awal.
Budak! Nanti kau akan tercedera. Bertenanglah.
Orang kata kau dah mati, tapi kau masih hidup. Kau bersembunyi.
Sesuatu dah berlaku?
Pasti sesuatu berlaku.
Kau nampak sesuatu kau tak patut lihat.
Aku tahu!
Pasti itu yang berlaku!
Kau gila ke?
Ini bukan konspirasi.
- Apa berlaku?
- Aku tak nak cakap mengenainya.
Tak nak... Okay, aku faham!
Aku ada di sini kalau kau rasa nak cakap.
Kau rasa nak cakap sekarang?
Sekarang ke?
- Berambus.
- Baiklah. Aku pergi ni.
Atau mungkin kau...
- Cody!
- Okay, aku faham.
Aku takkan tipu ni.
Ini perkara yang besar.
Ia mengubah segalanya.
Pertandingan beberapa hari lagi.
Kalau dia boleh latih aku, jadi...
Boom. Aku boleh menang.
Ini impian aku. Aku tak nak lepaskan impian ni.
Pemenang akan cari jalan, kan?
Seorang pemenang adalah...
Mereka nampak sasaran.
Mereka terus dapatkannya.
Bukan kerana duit atau nak terkenal.
- Pemenang... macam...
- Hei, hei!
Pemenang adalah peluncur yang paling rasa seronok.
Ya, ia sangat seronok.
Aku faham. Siapalah pemenang tanpa yang kalah?
Ianya kerana keseronokan dan kejutan...
...dan ulang tayang perlahan...
Pergilah ke sana dan tolong diam!
Rasa seronok bila ada ramai yang kalah keliling ku.
Apa soalan kau tadi?
Pemenang adalah orang yang tak tolak aku dari papan luncur ku...
...tak pecahkan papan ku bila aku nak meluncur.
Terutamanya Tank.
Dia memang bukan pemenang.
Dia tong sampah yang penuh dengan najis.
Aku tak ingat bila aku tidak meluncur.
Emak aku bawa aku meluncur.
Rasanya sebaik saja..
...dia bertelur.
Apa yang kau suka pasal meluncur?
Aku suka jadi perhatian...
...sebab ia tempat sepatutnya bagi aku.
Dan aku suka cara wanita memandang aku?
Jelingan manja. Aku sukanya.
Aku suka memeluk wanita.
- Kau faham maksud ku?
- Rasanya.
- Lebih kurang la.
- Mari ikut aku.
Aku sendiri yang pasang langsir ni.
Inilah wanita ku.
Ini Jill.
Ini, Amy.
Suzie yang kecil. Briana.
- Kau tahu kenapa aku panggil dia Briana?
- Tak.
Panjang ceritanya.
Shaniqua. Helga. Miss Kitty.
Jeannie. Aku mimpikan dia...
Theresa.
Yang ini Theresa.
- Theresa ni, dia...
- Gadis nakal.
Tempat ni?
Tempat ni untuk wanita istimewa, Lia.
Aku akan sebut sekali lagi.
Lia. Oh, yeah.
Wanita yang manis.
Tank! Kau gilapkan trofi kau lagi?
Bukan mak. Saya sedang cakap dengan kawan.
Aku akan gilap lepas ni.
Bila dia nak keluar?
Aku dah kehabisan filem.
En. Topanga! Boleh beritahu kenapa kau tak mati?
Tak! Aku dah mati! Aku dah mati.
Apa yang kau buat?
Hei, siapa kata kau boleh...
Pusing papan tu dan balik ke sini.
Marilah sini dan tunjuk kemahiran kau.
- Tak nak.
- Marilah!
- Ambil papan dan mari sini.
- Kalau kau nak mati, silakan.
Aku tak kisah. Tapi jangan pakai papan aku.
- Macam mana nak pusingnya?
- Ia bukan papan pendek. Kau kena duduk.
Hei, jaga ombak tu!
Kau rosakkan papan aku,
aku rosakkan kaki kau sebelah lagi.
Aku cuma nak cuba papan atau kanu ni.
Berhenti mencuba! Cuma tenangkan diri.
Apa maksud kau, tenan...?
Kayuhan panjang dan licin.
- Kayuh dalam. Kayuh, cepat.
- Aku kayuhlah ni!
Muncung ke atas! Teruskan!
Hati-hati! Nak terlingkup!
- Apa yang kau buat?
- Tolonglah?
Z, aku tak boleh belajar kalau kau duduk di pantai.
Kalau begitu kau takkan belajar apa-apa.
- Balik ke sini.
- Aku takkan balik selagi kau tak datang.
Oh, kau pasti akan balik.
Dia tak tengok pun ombak tu.
- Ombak apa?
- Yang itu.
Empat, tiga, dua, dan...
- Jangan sentuh barang aku.
- Aku tak dapat tahan diri ku.
- Aku nak belajar dari yang terbaik.
- Aku dah tak meluncur, okay?
- Apa?
Apa maksud kau?
Kau nak belajar meluncur dengan betul?
Ya.
Jadi kau kena buat papan sendiri.
- Apa maksud kau tak meluncur...
- Tak dapat dengar.
- Boleh aku tanya 1 soalan...
- Kita akan buat papan.
Boleh beritahu pasal papan kau?
Papan saya cuma dari pokok palma.
Ia bukanlah papan terbaik di dunia...
...tapi agak bagus juga.
Orang Hawai purba percaya bahawa "mana" atau hati...
...mengalir ke papan semasa kita membentuknya.
Apa pendapat kau?
Kenapa dengan rambut tu?
Boleh muat seekor ikan di dalamnya.
Papan impian saya.
Ia agak berkuasa.
Boleh pasang banyak alat tambahan, seperti pelancar bom.
Ini papan siapa ni?
- Rasanya milik ayam tu.
- Ada sesiapa nampak ayam tu?
Cody!
Aku tahu dia ada di sini.
Aku dapat rasakannya.
Kau tak takut duduk dalam hutan?
Ia agak bahaya.
Dude, hutan tempat paling aman dalam dunia ni.
- Pegang elok-elok.
- Ini impian jadi kenyataan.
Ini impian jadi kenyataan, bersama Z, buat ni.
- Dan ini kayu koa.
Semua papan terbaik dibuat dari papan koa.
Aku lukis ni sebagai panduan.
Kau nak papan kau berayun kuat atau sikit?
Aku tak tahu.
Apa yang kau perlu adalah di antaranya. Percayalah.
- Aku yang pakar di sini.
- Okay.
Jadi...
...ini alat pembentuk kau.
Ingat, papan kau sudah ada dalam ni.
Apa kau kena buat adalah mencarinya.
- Mendedahkannya. Faham?
- Okay.
Setiap larik diambil kira.
Kenapa kau senyum? Jangan senyum.
- Aku tak senyum. Aku teruja.
- Ini bukan macam mengukir ais.
Ia perlukan kesabaran dan kehalusan.
Baiklah. Boleh tak kau bagi alat tu?
- Nah, ambillah.
- Terima kasih.
- Inilah dia.
- Apa yang kau buat?
Kalau nak buat, buatlah dengan betul.
Yang pertama, ikut urat kayu.
Ikut urat kayu.
Kau faham tak?
Biar alat yang buat kerja.
Nampak?
Macam meluncur ombak.
Biar ombak yang buat kerja.
Jangan melawan ombak.
Kau tak boleh lawan ombak besar.
Larik yang panjang. Penuh dengan kehalusan.
Cari papan dalam kayu ni.
- Perlahan dan senang.
- Ya, aku faham.
Nampak tak?
- Mungkin aku patut buat sekarang.
Bergerak mengikut...
- Bersama dengan...
- Boleh aku buat sekarang?
Boleh tak?
Ya. Aku terbawa-bawa sedikit.
Maaflah.
- Ia papan kau.
- Papan aku.
Okay, ikut urat kayu. Aku faham.
Jangan lupa untuk tengok sekali sekala.
- Larik panjang ikut urat kayu.
- Jangan panjang sangat.
Inilah dia.
- Kau buat salah.
- Boleh tak kau...
Aku tak boleh... Tak boleh buat kalau kau asyik tengok. Okay?
Biarkan aku yang buat.
- Kau nak aku tolong?
- Tak, aku tak nak kau tolong.
Aku tak nak kau tolong.
- Kau tak nak aku tolong?
- Aku tak nak kau tolong.
- Baiklah.
- Aku nak buat papan aku.
- Buat papan kau sendiri?
- Terima kasih.
Aku tak peduli apa akan jadi. Kau yang akan...
...gunakannya nanti.
- Baiklah. Terima kasih.
- Ia berada di dalam.
- Tolong pergi ke sana! Tolonglah.
Jangan sampai terluka.
Dah masuk hari ke-3, kan?
Aku berjumpa penduduk asli Peng Gu.
Aku Chicken Joe. Joseph.
Nama panjang bagi Joe.
Baiklah, kawan.
Mereka layan aku macam raja dan suruh aku mandi air panas.
Rasanya ini mandian diraja.
Ia agak panas dan berstim.
Tapi ia bagus untuk kulit ku.
Ia agak bagus.
Mereka hidangkan makanan untuk aku.
Ia macam makan malam dan pertunjukkan.
Walau pun ia seronok, aku tidak lupa matlamat aku.
Terima kasih. Jumpa lagi.
Aku kena pergi.
Sekali lagi?.
Aku dah dapat papan tu.
Ia baik.
Ia hebat sekali.
- Macam mana?
- Ia bagus. Bagus.
Ia nampak agak kasar.
Agak kasar? Ia masih belum siap, bro.
Kau rasa ia boleh tahan ombak besar?
Aku rasa ia boleh tahan semua ombak.
Tunggu kejap.
- Okay, katakan aku ni ombak besar.
- Tunggu dulu. Tidak, tidak, tidak, tidak.
- Hei, mana kau...
- Tunggu dulu!
- Kau nak ke mana?
- Ini papan aku, okay?
Apa kata kau pergi mencubanya?
Baiklah. Kau kata ini sampah. Tengok ni!
Luncuran yang cantik.
Kita sepatutnya berseronok.
Tinggal 3 hari sebelum pertandingan.
Aku tiada masa nak seronok.
Tiada masa nak seronok.
- Hei, Cody!
- Apa?
Bawakan aku kerang bila kau datang balik!
Aku takkan datang balik!
- Dia pasti balik.
- Tidak, aku takkan balik!
Dia akan balik.
- Kamu suka barbeku?
- Ya.
Kita ada kayu untuk dibakar.
Aku bazirkan satu hari tanpa hasil...
- Aku baru nak pergi periksa kau...
- Sebab itu kau...
...dan juga Geek.
- Dengar sini. Geek adalah Big Z.
- Apa?
- Aku tahu.
- Kau tahu?
- Macam mana kau tahu?
- Kami pergi ke pantai.
- Kau dapat bawa dia ke pantai?
- Ya.
Sudah 10 tahun aku cuba bawa Z ke pantai...
...dan kau berjaya bawa dia dalam satu hari saja?
Ini memang hebat!
Ia menakjubkan!
Kau nak pergi ke satu tempat seronok?
Kau nak ke tempat yang sangat seronok?
Kalau kau nak balik kepada Big Z, tak apalah..
- Maaf. Aku tak patut ajak kau.
- Tidak, tidak, tidak.
- Apa? Okay. Tidak?
- Aku nak berseronok.
- Okay.
- Adakah aku perlu segarkan mulut aku?
- Tak, tak perlu buat begitu.
Z pernah bawa aku ke sini dulu. Kami amat seronok..
- Ia salah satu tempat kegemaran ku.
- Ya ke?
- Dapat jadi budak 8 tahun lagi.
- Apa ni?
Aku tak nak kau cedera nanti.
Tunggu dulu. Apa yang kau buat?
Tidak. Tidak Tidak. Aku nak pergi dari sini.
Ia semakin turun!
- Ini gila!
- Berhenti melawan, Cody! Terima saja!
Baiklah!
Aku dah di depan.
Apa kau nak buat?
Ini bukan perlumbaan!
Okay, tunggu, jangan masuk ke kiri...
Cody!
- Mengaku kalah saja! Ia dah berakhir!
- Jangan harap!
Mengalah sajalah!
- Aku kalahkan kau!
- Tahniah.
Mungkin kau patut keluar dari situ.
Kenapa? Benda ni...
Ia sungguh cantik.
Tengoklah! Apa benda ni?
Nampak benda atas sana?
Ia cacing bercahaya.
Kau ada di bawahnya.
Jadi itu, najisnya.
Kau tahu ada bau busuk yang baik dan tak baik?
- Ya.
- Ini bau busuk yang baik.
Busuk yang baik?
Boleh aku beritahu sesuatu yang peribadi?
Kita sedang mandi bersama.
Kau boleh cerita apa saja.
Aku serius ni. Aku sangat cemburu pada kau.
Kenapa?
Aku tak dapat pujuk Z sejak 10 tahun lepas...
...kemudian kau datang...
Mesti dia ambil berat pasal kau.
Entahlah. Aku tak berapa baik dengan dia.
Aku tak tahu apa yang dia fikir.
- Taklah.
- Betul, aku memang teruk.
- Betul.
- Jadi janganlah buat begitu.
Apa kaitannya dengan kau?
Dia bapa saudara aku.
Dia satu-satunya keluarga aku.
Okay.
Z? Jangan.
Jangan, jangan, jangan lakukannya.
Z, jangan lakukannya.
- Tidak.
- Mari kita lihat.
- Ia lebih kuat dari yang aku sangka.
...kalau kau patahkannya...
- Ia patut dah patah sekarang.
Tolonglah! Tolonglah!
Tengoklah tu.
Itulah tempat terbaik di dunia, dalam gulungan ombak.
Betul ke?
Ya. Lebih baik dari menang, trofi dan benda-benda lain.
Meluncur gulungan ombak adalah yang terhebat dalam sukan meluncur...
...masuk ke dalam dan keluar darinya.
Itulah yang kita nak buat setiap hari.
Hampir mustahil untuk dijelaskan.
Ia tiada tolok banding.
Ia perasaan yang tak ramai orang boleh alami...
...jadi ia agak unik.
Kemudian bila kau cuba kenang semula.
"Aku harap dapat ingatnya,"
atau "aku harap dapat buat sekali lagi."
Ia buat kau ketagih.
Sekali kau masuk, kau tak nak keluar.
- Wow. Menakjubkan.
- Ya. Tiada apa yang sepertinya.
Jadi berapa markah kau dapat bila buatnya?
Berapa markah aku dapat dalam pertandingan?
- Markah?
- Kenapa?
Kau tahu bunyi kau seperti siapa sekarang?
Aku ingin berikan kegembiraan!
Kamu tak nampak kegembiraan terpancar dari ku?
- Kita sedang ke udara.
- Bagus. Bagus.
Saya amat yakin, Peringatan Big Z tahun ni...
...akan jadi yang paling hebat.
Satu hari lagi sebelum pertandingan...
...seluruh pulau Pen Gu sedang teruja.
Taklah lama sangat nak buat.
Aku rasa pening lalat.
Begini kisahnya.
Semasa aku mencari Cody, aku jumpa kawan-kawan aku sekali lagi.
Aku faham. Kamu semua nampak lapar.
Mungkin ada makanan untuk kamu.
Tunggu sekejap.
Sotong cucuk?
Rasa macam ayam!
Kamu ada jumpa kawan aku, Cody?
Rupanya macam penguin.
Ada warna hitam dan putih pada badannya.
- Dimana kamu belajar meluncur?
- Saya lihat Big Z meluncur.
Saya rasa masa tu kau belum lahir lagi.
- Ya, ke?
- Saya rasa tidak.
Lani? Saya suka bila dia ajar kami sebab...
Smudge! Awak buat lagi!
Saya rasa awak kena pergi ke tandas sekarang.
Apa pula seterusnya? Papan luncur dah siap.
- Dah siap?
- Ya, dah siap.
- Mari mulakan latihan.
- Akhirnya!
- Boleh kita ambil gambar...
- Kamu kena ambil gambar dari jauh.
Hei, Z! Marilah!
- Mana kau nak pergi?
- Bukankah kita nak berlatih.
Bukan dalam air.
Kau ingat apa?
- Kau nak meluncur macam Big Z
- Ya.
Aku ada ujian untuk tentukan potensi kau.
- Mari lakukannya.
- Bukan, letak pada mata kau.
- Macam ni.
- Pada mata aku.
- Ambil ni, Cody.
- Boleh tak kita mula berlatih?
Apa maksud kau?
Kau ingat kita sedang buat apa?
Perangai macam orang tolol.
Itu yang aku rasa.
Bagus. Kau dah semakin pandai!
Ombak besar datang.
Terjatuh!
- Jaga kau!
- Bertenanglah!
Ini memang mengarut.
- Seronok tak?
- Aku benci kau.
Ombak besar, dia turun...
Dia lompat ke atas.
Giliran kau pula.
Tak seronok.
Tak seronok, gagal.
Aku dah mula nampak. Rasannya aku dah faham apa kau kata.
Oh, lawak sangatlah tu.
Z, bangun.
Bangun, Z. Z!
Hei, Z, masa untuk sarapan!
Tak boleh.
- Empat, tiga, dua...
- Kau kena pergi...
...satu.
Memang seronok.
- Kau rasa seronok ya?
- Ya. Memang.
Kalau begitu, Cody...
...kau dah lulus!
- Apa?
Betul! Kau dah sedia! Mari meluncur!
Jangan bergurau, Z. Kita akan meluncur?
Yes! Yes!
Hei, tengok...
Tak sangka kau boleh meluncur!
Tenang!
Panjang, perlahan, licin
- Macam membuat papan luncur!
- Macam tulah.
- Baiklah. Okay.
- Rasa seronok, kan?
- Kau dalam air, Z!
- Marilah. Mari sini!
Lani, terima kasih.
Tengoklah tu!
- Cantik! Macam tulah! Cantik.
- Bagus!
Big Z dah kembali!
Inilah sebabnya.
Apa lagi yang lebih baik dari ini?
Aku perlukan bantuan untuk nada tinggi ni.
Cantik. Cantik.
- Ini saja lagu yang kau tahu?
- Rasanya.
Kau nak dengar sekali lagi?
Tak nak, takpe. Kamu percaya tadi, kan?
Kau agak hebat juga hari ni.
- Kau pun boleh tahan, budak.
- Semuanya kerana dia.
- Aku cuma tunjukkan jalan.
- Soalan, Z.
- Kamu nak dengar lagu tu?
- Bukan, bukan, bukan.
Aku nak minta kau tengok aku meluncur esok.
Ya, ya. Kita akan meluncur bersama.
- Bukan... Dalam pertandingan.
- Pertandingan? Pertandingan apa?
Peringatan Big Z.
Ingat tak?
Aku tahu ini permintaan berat...
...tapi ia sangat-sangat...
...bermakna kalau kau dapat datang.
- Kau masih nak sertainya?
- Sudah tentu.
- Kenapa kau nak aku pergi?
- Aku ingatkan kau mahu pergi.
- Kenapa susah sangat.
- Ia tak susah.
Kenapa tak nak pergi?
- Aku tak nak pergi.
- Kenapa?
- Jangan sebut lagi.
- Makanan dah sejuk.
- Kenapa kau bersembunyi.
- Sembunyi?
- Kenapa kau sembunyi?
- Aku tak boleh makan semua ni.
Kenapa kau tak muncul selepas jatuh dalam ombak hari tu?
Ombak itu.
Hari itu, kemenangan adalah segalanya bagi ku.
Aku tahu aku boleh kalahkan Tank.
Tapi kemudian dia mula meluncur keliling aku.
Aku nampak apa yang dia buat.
Aku tak dapat buat macam dia.
Masa dah berubah.
Aku tak nak kembali ke pantai dengan semua peminat aku di sana.
Semua memandang Big Z, yang kalah.
Jadi...
Big Z mati, dan ia akan kekal begitu.
Biar aku nyanyi lagu tu.
Macam mana dengan "jangan mengalah"?
Dan juga "cari jalan"?
- Kau dah mengalah!
- Ya, aku mengalah. Itu cara aku.
- Mengalah.
- Aku sangka kau lain daripada lain.
Kalau kau tak suka, cari cara kau sendiri.
Jangan libatkan aku.
Jangan libatkan aku.
Aku dah buat silap.
Aku...
Aku... tak bagus.
Inilah masanya aku perlukan seseorang.
Aku perlukan dia.
Sudah cukup sukar bila kehilangan seorang ayah, tapi...
- Apa maksud kau tadi...?
- Takde apa-apa.
Takde apa-apa.
Lupakan saja.
Tenang. Tenang.
Aku datang dengan niat baik.
- Cody!
- Joe!
- Dah merata aku mencari kau!
- Kau mencari aku?
Aku tak tinggalkan kau masa atas paus.
Aku takkan tinggalkan kau sekarang.
- Trimas. Serius ni, trimas.
- Bagus.
Mereka dah mula!
Cody, kita kena pergi! Mari!
Joe?
Maaf. Tengok ni.
Aku boleh cakap bahasa mereka.
Aku perlukan papan luncur aku.
Aku tak tahu dimana ia, aku kena cari.
- Kita jumpa nanti.
- Junpa nanti, Joe.
- Ini pasti seronok, kan?
- Jumpa lagi.
Ulang tahun ke 10 Big Z
bakal berlangsung...
...dan, whoa, inilah hari terbaik.
Ombak besar menggulung menuju ke pantai.
Kelly Slater, pada skala bahaya 1 ke 10, berikan satu nombor.
20.
- Wow. Rob?
- Pasti ada yang berdarah.
Aku yang duduk di sini pun rasa takut!
- Apa kau buat ni?
- Mike.
Kau akan terbunuh.
Jangan buat begini.
Tengok apa terjadi sebelum ni.
- Baguslah kau dah balik.
- Kau serius ke?
Kau akan jadi tumpuan penonton.
Mereka takkan lepaskan kau.
- Aku harapkan persembahan hebat dari kau.
- Terima kasih.
Pengumuman penting.
Cody Maverick dah kembali.
Raja Terjatuh dah kembali...
...cepat perhatikan jerung.
Mereka pasti datang sebab akan ada yang berdarah.
Pembunuhan kejam hari ini.
Terima kasih! Reggie Belafonte. Orang kecil, rambut besar, akal besar, hati besar.
Tengok ni. Kau akan kecundang.
Aku akan buat kau menyesal dilahirkan di dunia ni.
Nak tengok trofi aku?
Arnold, tak boleh.
Lebih kurang 24 peluncur sedang berjuang untuk...
Alamak! Bertukar menjadi 18 peluncur.
Rob, selepas jatuh teruk baru-baru ni...
...kau rasa apa yang bermain di fikiran Cody?
Dia perlu fokus, salurkan tenaga ke tempat yang baik.
Bila kau nak ubah hidup?
Kau bukan sesiapa.
Kau patut terus tinggal di Antartika, budak.
Dia berjaya! Ya, bagus.
Luncuran pertama yang hebat dari Cody.
Kamu nampak tak tadi?
Aku ingatkan dah jatuh tadi,
tapi kemudian...
Aku biarkan saja.
Aku biarkan, kemudian ia menjadi.
Wow, ini hari hebat...
...yang banyak bencana dari biasa...
...tapi aku langsung tak menyangka 3 calon pusingan akhir ini.
Sal, memang tak hairan Tank Evans...
...meluncur masuk ke pusingan akhir.
Dan Cody Maverick, dari kejatuhan teruknya sebelum ni.
Dan Chicken Joe dari Sheboygan.
Siapa sangka?
Aku tak pernah lihat pusingan akhir begini.
- Kita masuk pusingan akhir, Joe.
- Biar betul! Kita boleh meluncur lagi?
Seronok, kan?
Tengok ni. Hebat, kan?
Kamu harus tahu.
Tank sayang kamu.
Nampaknya tahun ini yang paling senang.
Kamu dengar tak Cody?
Ia adalah senang.
Kamu suka tak ni?
Kamu mahu siapa menang nanti?
Ia tak penting bagi saya.
Kawan lebih penting dari segalanya.
Kawan adalah untuk selamanya.
Trofi, ia boleh hilang bila-bila masa.
- Hebat tadi, kawan.
Terima kasih, bro.
- Pusingan akhir.
- Hei!
Ya. Aku tahu. Aku tak dapat...
Aku rasa aku boleh menang.
Sungguh gementar sekarang.
- Memang itu tujuan kau ke mari.
- Apa?
- Apa maksud kau?
- Kau dah jelaskan semalam...
...kemenangan lebih penting daripada Z atau pun aku.
Mungkin kau akan berjaya bawa pulang trofi bodoh kau tu.
- Lani!
- Mari sini!
Apa pendapat kau?
Kalau kau menang, kita akan pergi ke banyak tempat!
Tengok budak ni.
Dia adalah jaguh!
Tank, juara bertahan 9 kali.
Dia akan kagumkan anda.
Dia pasti menang. Ini pertandingan untuk cari naib juara.
Mula-mula, aku akan kalahkan kau.
Kemudian aku akan goreng ayam tu.
Awan tu nampak macam anak kucing.
Cody dan Tank berlepas.
Kemenangan milik ku!
Tank meluncur laju.
Tank bermain-main, menghalang setiap pergerakan Cody.
Cody mengambil alih.
Tank Evans jatuh!
Aku belum pernah melihatnya!
Tapi aku ingin melihatnya sekali lagi.
Cody cuba mencari ombak yang Tank dah rampas darinya.
Tank bermain-main dengannya,
tak tumpukan perhatian.
Kemudian ia berlaku.
Tank jatuh.
Dan gaya baru Cody.
Kita akan panggilnya "The Maverick."
Dan lihatlah.
Cody mendapat markah tinggi.
Oh, ia sungguh comel.
Ada kaki, ada misai.
Chicken Joe meluncur tiba-tiba!
- Ini dia!
- Tiada siapa perlu tolong ayam ni.
Aku terbang!
Cody dan Joe seri, dan tiada markah untuk Tank Evans? Sukar dipercayai.
Peluncur, ini ombak terakhir anda!
- Joe, ini dia. Inilah ombaknya.
- Ya, kawan!
Ombak ini menggulung dengan cantik.
Cody patut dapat markah besar kali ni!
Tunggu! Tank mencelah masuk.
Nampaknya Tank akan menjatuhkan ayam tu.
Apa yang Cody buat?
- Pergi, Joe, pergi!
- Baiklah! Mari pergi!
Macam tak percaya.
Cody hampir menang tadi.
Sekarang Tank mendesak Cody ke arah "The Boneyards".
- Tank, awas!
- Kau yang patut awas!
Cody!
Z!
- Cody, mari.
- Z!
Kayuh! Mari! Laju lagi!
Mari Kayuh!
Jangan kayuh! Jangan kayuh!
Apa?
Biar ombak bawa kau!
Kau kena jangka waktu sesuai!
Kau kena datang ke arah ku,
ke sini!
Lima... empat...
tiga... dua... satu.
Z!
Mana Cody?
Jangan sentuhnya! Jangan sentuhnya!
Ini adalah peringatan kepada peluncur muda...
...yang mengorbankan nyawanya demi sukan yang dia cintai.
Itu pun kau.
Macam tak percaya.
Macam tak percaya.
Kau kembali ke sini.
Kau selamatkan nyawa ku.
Terima kasih.
Hei, hei, jangan.
Nanti kita jatuh!
Aku dah kalah.
Aku pun.
Mari pergi, si kalah.
Tak nak tolong ke?
Kau tahu caranya.
Panjang, licin. Ayuhlah.
Joey MacEnroe adalah sinar harapan generasi baru.
Semoga dia bersemadi dengan aman.
Siapa nak beli papan ni?
Siapa nak bagi 30? 30, ayuhlah.
- Jangan pegang barang dia.
- Kalau kau nak beli...
- Bagi pada aku.
- Hei...!
Hei. Hei, semua.
- Apa khabar?
- Oh, tuhan!
- Yeah...
- Hei, itu Z.
...ini aku.
***, apa khabar, kawan?
Ada pasir masuk dalam kantung telur kau.
- Kemana kau menghilang, Z?
- Apa yang berlaku?
Oh, kamu pun tahu...
...aku sesat buat seketika.
Tapi budak ni, Cody...
...dia tunjukkan aku jalan pulang.
Boleh tak jangan rakam?
Berikan aku sedikit masa?
Tengok ni!
Nak tahu pasal bakat?
Orang mencari bakat.
Aku kembalikan bakat yang dah mati.
Lagenda yang hidup, tuan-tuan...
- Diamlah.
- Apa? Diam?
Aku bukan lagenda. Aku cuma mahukan ombak yang cantik, kawan yang baik.
Hei, semua, jemput datang ke pantai sebelah utara!
Nanti aku datang, Z.
Ouch, sakitnya.
Datang sini semula!
Kamu tak boleh pergi macam tu je!
Nampaknya dia macam sangat kecewa.
Tank, apa rasanya kalah setelah 9 kali...
Aku tak cium dia.
Kamu tak boleh ambil dia!
Boleh bercakap sebentar?
Kamu lepaskan kemenangan untuk bantu Joe?
Rob, itulah gunanya ada kawan.
- Apa perasaan bila menang, Joe?
- Aku menang?
Janganlah! Nanti aku cakap kat mak aku!
Oh, Lia! Oh, Lia.
Jangan pergi dari aku!
Aku Reggie Belafon...
Jangan rakam.
Mikey! Kau dipecat!
Inilah hari paling gembira.
Seluruh pengalaman ini adalah...
Ia menakjubkan.
Z?
Aku tak pernah ada kawan sebaik itu dalam hidup ku.
Seronok bila ada semua yang aku perlukan.
- Jangan lakukannya. Tolong!
- Arnold!
Sejujurnya, aku dah bosan cakap pasal diri sendiri.
Jadi boleh tak?
Kamu dah dapat apa kamu mahu?
- Kami dah dapat.
- Baiklah. Pergi dulu!
Cowabunga!
Sudah tentu kami bangga dengan dia!
Emak mana yang tak bangga?
Kami diselubungi perasaan bangga.
Dia kejar cita-citanya...
...dia pergi ke sana, dan dia pulang membawa trofi.
Aku tak sabar nak lihat trofi dia.
Sebenarnya tak ada trofi.
Atau mungkinkah ada cengkerang besar?
Tiada cengkerang. Tiada trofi.
Dia tak menang.
Apa?
Teruk sangat ke?
Dia dapat tempat terakhir ke?
- Dia masuk pusingan akhir.
- Tempat kedua? Itu adalah kalah.
- Kemenangan bukan segalanya, Glen.
- Ya lah tu.
Tengok apa Cody dah buat...
Jadi kemengan dah tak penting?
Ia tak masuk akal.
Kau tahu tak, Glen? Emak harap suatu hari nanti kau jadi macam Cody.
Temubual ni dah berakhir.
Ingat masa kita cakap pasal pemergian kamu?
Sungguh seronok.
Ingat masa kamu nak pergi?
- Kami akan pergi...
- Jadi pergilah.
Ia peralatan teknikal.
Aku tahu apa aku buat. Aku boleh cabut alat Hollywood kamu ni.
Alat yang kamu panggil pencahayaan ni...
...dan benda mikrofon ni.
Balik ke Hollywood.
Cody takkan buat begini.