Tip:
Highlight text to annotate it
X
Oh, Amerika.
Aku nak beritahu anda
yang ini masih lagi Amerika...
...tapi aku sedar yang kita tak
boleh ada negara tanpa orang.
Dan tiada orang di sini.
Bukan, kawanku.
Sekarang, ini adalah
Zombieland United States.
Menakjubkan kerana sesuatu yang teruk
sekelip mata berubah menjadi malapetaka.
Kenapa aku masih hidup sedangkan semua
orang di sekeliling aku dah jadi 'daging'?
Ia disebabkan oleh senarai
peraturan aku.
Peraturan pertama untuk bertahan
hidup di Zombieland: Kardio.
Apabila virus menyerang,
atas sebab yang jelas...
...yang pertama sekali
adalah si gemuk.
Si gemuk yang malang.
Tapi apabila jangkitan merebak
dan huru-hara tercetus...
...tak cukup untuk anda hanya
berlari menggunakan kaki.
Anda perlu cari senjata dan
belajar cara menggunakannya.
Dan ia menjadi peraturan
kedua aku: Dua Kali Tekan.
Pada saat anda tak pasti yang mayat
hidup itu belum benar-benar mati...
...jangan kedekut dengan
peluru anda.
Maksud aku, satu lagi
tembakan ke kepala...
...pasti perempuan ini dapat mengelak
daripada menjadi hidangan Happy Meal.
Sepatutnya, seharusnya, semestinya.
Tidak lama sebelum zombi
mula menjadi bijak.
Apabila anda terlalu terdedah,
kadang-kadang mereka dapat menghidunya.
Boleh tak benarkan aku
buang 'sampah' dengan aman?
Jangan benarkan mereka
tarik seluar anda.
Peraturan ketiga:
Hati-hati dengan bilik air.
Apabila jumlah zombi
melebihi jumlah manusia...
...ketika itulah anda kena
putuskan ikatan emosi.
Jika budak perempuan di kejiranan
anda telah menjadi raksasa kecil...
...mungkin inilah masanya untuk
berhenti berkongsi kenderaan.
Anda perlu fokus kepada
ketahanan hidup anda sendiri...
...yang mana membawa kepada
peraturan keempat. Agak asas.
Pakai tali pinggang keledar. Ia akan
menjadi pemanduan melambung.
Lelaki di bawah tu adalah aku.
aku di Garland, Texas.
Ia mungkin kelihatan seperti zombi yang
musnahkannya, tapi sebenarnya itulah Garland.
Sudah dua bulan ia begini semenjak
para pesakit memakan burger tercemar...
...di Gas N' Gulp.
Dalam hanya dua bulan, mungkin aku saja
manusia bukan kanibal yang tinggal.
Mungkin aku tidak kelihatan
seperti orang bertahan hidup...
...dengan penyakit fobia
dan sindrom jangkitan usus aku...
...tapi aku ada kelebihan kerana
tiada kawan dan keluarga terdekat.
Aku masih hidup kerana aku 'bermain'
dengan selamat dan mengikuti peraturan.
Peraturan aku.
Di kawasan terang, aku terjumpa
tempat untuk ke peraturan kedua.
Peraturan lain untuk terus hidup
di Zombieland: Cahaya Perjalanan.
Aku tak maksudkan bagasi.
Aku dah biasa menyendiri.
Aku mengelak daripada orang ramai
seolah-olah mereka adalah zombi...
...walaupun sebelum mereka
menajdi zombi.
Dan sekarang mereka adalah
zombi, aku seperti rindukan mereka.
Jadi aku berjalan sendiri dari
asrama kolej aku di Austin, Texas...
...menuju ke Columbus, Ohio, di mana
aku berharap keluarga aku masih hidup.
Walaupun kami tak pernah rapat...
...pasti seronok melihat wajah
biasa atau mana-mana wajah...
...yang tiada darah menitis dari
bibir dan daging di celah giginya.
Terima kasih.
Apa yang kau tengok? - Tiada apa.
Aku cuma ikut peraturan aku.
Peraturan ke-31:
Periksa tempat duduk belakang.
Hanya ada beg dufel
aku saja di belakang.
Siapa nama kau?
- Tiada nama.
Jangan membuatkan kita
begitu mengenali.
Kau hampir tertumpahkan
alkohol kau dengan pisau tu.
Tak mengapa, kau tak usahlah...
- Jadi, ke mana kau nak pergi?
Columbus.
Kau?
Tallahassee.
Tak, satu dah cukup. Aku
sentiasa katakannya sekali saja.
Tallahassee dan Columbus
kedua-duanya di timur.
Jadi?
Jadi Tallahassee, kau nak pergi bersama?
Sekurang-kurangnya untuk sebentar?
- Beginilah, Columbus.
Aku tidak mudah bergaul...
...dan aku rasa kau
agak tak guna...
...jadi aku berikan hubungan ini
sehingga ke Texarkana.
Betulkah? Kau akan bawa
aku sampai ke Texarkana.
Kau ni memang banyak cakap, kan?
Mungkin kau patut memakai tali
pinggang keledar untuk keselamatan.
Aku dah agak kau akan
membuatkan aku gementar.
Walaupun berpasukan
bukan cara aku...
...tapi aku rasa aku lebih
selamat dengan Tallahassee.
Lihat, dia sedang jalankan
'bisnes pukul', dan...
Bisnes adalah bagus.
Walau bagaimanapun,
dia masih ada satu kelemahan.
Apa yang kita buat di sini?
Lihatlah tu.
Itu trak Hostess.
Ya, aku nampak itu
trak Hostess. Jadi kenapa?
Aku mahukan Twinkie.
Kau nak ikut?
- Ya. Sekejap.
Kau nak main-main dengan aku?
- Tidak.
Kau juga seharusnya
panaskan badan dulu.
Lebih-lebih lagi kalau kita
nak menuruni bukit tu.
Ini sangat penting.
Aku tak percayakannya.
Kau pernah nampak singa panaskan
badan sebelum memburu gazel?
Sno Balls?
- Ya.
Sno Balls?
Mana Twinkies?
Aku suka Sno Balls.
Aku benci kelapa. Bukan
rasanya tapi kekonsistenannya.
Segar.
Hal Twinkie ini belum
tamat lagi.
Ini mungkin bukan masa
yang tepat...
...tapi aku akan bawa Browns
ke Super Bowl.
Betul?
- Betul.
Terlalu cepat?
Apa yang boleh aku kata?
Aku ada masalah
kebimbangan kronik.
Sebenarnya, aku sentiasa fobia. Aku terjumpa
banyak benda yang membimbangkan.
Seperti sesuatu yang tersorok
atau kedai barangan Santa.
Bersendirian bersama bayi.
Tapi benda yang paling aku
takutkan berbanding zombi...
...adalah badut.
Apabila kita takutkan
sesuatu di luar sana...
...kita akan berhenti keluar...
...dan itulah yang berlaku kepada
aku sebelum kejadian Zombieland.
Malam Jumaat, tiga minggu
berturut-turut di dalam rumah.
"World of Warcraft"...
...menyusun menara
kotak-kotak piza...
...Code Red Mountain Dew.
Harga diri, dah tiada.
Maruah, dah lama hilang.
Teruna, tidak perlu
difikirkan lagi.
Seumur hidup aku, impian aku
cuma untuk mencari seorang gadis...
...dan jatuh cinta, bawa ke rumah
untuk berjumpa dengan keluarga.
Kemudian lagi, memandangkan keluarga
aku suka bersendirian seperti aku...
...mungkin gadis itu yang akan bawa
aku berjumpa dengan keluarganya.
Dan akhirnya aku menjadi ahli keluarga
yang hebat dan bertanggungjawab.
Ada sesiapa di dalam?
Tolong, ini kecemasaan.
Aku tak biasa membuka kunci
pintu untuk suara yang panik...
...tapi jiran 406 aku
memang seksi.
Terima kasih, terima kasih.
Gembira jumpa dengan kau.
Ini.
Minumlah.
Mountain Dew?
- Ya. Code Red.
Dan ini ada sedikit Golden Grahams.
Beg Ziploc ini untuk mengekalkan kerangupannya.
Letakkannya di situ.
Jadi, beritahu aku apa
yang dah berlaku.
Dia tiada tempat berteduh
dan sakit.
Aku sedang berjalan pulang ke rumah,
bercakap dalam telefon...
...dan kemudian dia tiba-tiba
memecut ke arah aku.
Maksud aku bukan berlari
tapi memecut.
Dan aku sangkakan mungkin dia
sedang lari dari seseorang...
...atau mengejar seseorang, tapi aku lihat
dia masih menjadi gila di luar sana.
Mungkin dadah?
Aku belum lagi beritahu kau
bahagian yang paling teruk.
Ya?
Dia cuba menggigit aku.
Kau betul, itu bahagian yang paling
teruk. - Maafkan aku. Aku berasa takut.
Tak, kau memang patut berasa takut.
Lelaki tu cuba nak makan kau.
Itu rasa takut yang betul.
Memang patutpun.
Aku takut dengan benda yang tak seram,
seperti badut dengan hidung merah...
...atau kain buruk yang mereka gunakan
untuk mengelap meja selepas kau...
...selesai makan di restoran.
- Yakah?
Aku ada di sini untuk kau.
Dan selagi kau di sisi aku,
aku takkan tinggalkan tempat ni.
Kau tak kisah kalau aku pejamkan
mata untuk beberapa minit?
Sudah tentu.
Terima kasih.
Di samping cerita gila,
kanibal yang tiada rumah...
...aku mula hidup dalam mimpi.
Dalam hidup aku,
aku teringin sekali...
...untuk membelai rambut gadis
ke atas telinganya.
Selamat malam.
- Selamat malam.
Oh Tuhanku.
Kau okey?
Baiklah.
Hentikannya.
Apa yang kau lakukan?
Duduk diam-diam, 406.
Aku tak nak sakiti kau tapi...
Celaka.
Oh Tuhanku, aku betul-betul
minta maaf.
Nampak?
Kita tak boleh percayakan sesiapa.
Kali pertama aku biarkan gadis masuk dalam
hidup aku dan dia cuba untuk makan aku.
Dengar sini.
406.
Kalau kau di situ...
...kau cuma sakit.
Okey?
Itu belaian pertama aku dengan
wabak pada abad ke-21.
Ingat penyakit lembu gila?
Lembu gila menjadi orang
gila dan menjadi zombi gila.
Ia tindakan pantas virus yang menyebabkan
otak anda bengkak, cepat marah...
...membuatkan anda
terhina, ganas...
...dan sangat sukar untuk mengunyah.
Baiklah, kau kawal stereng
dan aku akan tolak.
Okey.
Aku dengar ada tempat yang
tidak dijangkiti zombi.
Sebelah timur, kan?
- Ya. Kau pun dengar juga?
Sebelah barat, kita dengar sebelah timur.
Sebelah timur, mereka dengar sebelah barat.
Semua tu cuma mengarut.
Kau seperti penguin di
Kutub Utara...
...yang dengar Kutub Selatan
sangat bagus tahun ini.
Tiada penguin di Kutub Utara.
Kau nak rasa betapa kuatnya
tumbukan aku?
Jadi, apa pendapat kau?
Apa? Kali terakhir aku
hisap paip?
Kali terakhir kau berusia 20 tahun,
letakkan Percy dalam kandang main?
Siapa Percy?
Menutup bilik kecil,
berikan 'kuah'.
Melutut di hadapan Jesus.
- Oh, berasmara.
Cuma seks.
Tiga minggu lepas.
Di belakang trak FedEx
yang terbiar.
Diam. - Tak, aku sedang
menuju ke timur.
Dia ke barat.
Dan kami berteduh di
belakang trak itu.
Ia penuh dengan bungkusan yang
tak dihantar. - Siapa nama dia?
Beverly.
Beverly Hills.
Kau teruk.
Bagaimana dengan kau?
Aku?
Aku...
Oh, Tuhanku.
Itu pasti membuatkan kau sakit.
Ia membuatkan kau sedih,
ia membuatkan kau...
Membuatkan kau fikir kalaulah kau
boleh undurkan semua ni...
Kau pasti berada di belakang rumah,
sedang menangkap kunang-kunang.
Dan bukannya ini.
Maksud aku, ia membuatkan kau...
- Lapar.
Aku risau dengan kau ni.
Walau apa sekalipun yang sedang
menunggu kau di Columbus...
...kau tidaklah sebaik 'kawan' kita
yang sedang menikmati Manwich ni.
Tallahassee ada sifat pelik
apabila dia menghampiri zombi.
Zombi bukanlah makhluk yang disayangi,
tapi dia sangat bencikannya.
Perkara yang paling dia obses
berbanding membunuh zombi...
...adalah mencari Twinkie.
Ada perkara mengenai Twinkie yang
mengingatkan dia pada masa lepas...
...ketika semuanya masih
elok dan belum dijangkiti.
Seolah-olah jika dia memakan
makanan kanak-kanak tu...
...dunia akan kembali
menjadi aman seperti biasa.
Kau sedang mencari sesuatu?
Kau seorang lelaki
yang berbahaya.
Kau sanggup membahayakan nyawa
kita semata-mata untuk Twinkie?
Ada sekotak Twinkie
di dalam kedai runcit tu.
Bukannya mana-mana
kotak Twinkie.
Kotak Twinkie yang terakhir di alam
semesta yang semua orang akan nikmati.
Percaya atau tidak,
Twinkie ada tarikh luputnya.
Tak lama lagi, nyawa kecil
Twinkie akan menjadi kosong.
Masa untuk bertindak
atau diam.
Apabila Tallahassee
naik angin dengan zombi...
...dia berpegang teguh
untuk tidak diserang.
Tiada ketakutan,
tiada yang perlu dirisaukan.
Bagaimana aku nak cakap?
Ia seperti seni.
Kau ada mulut yang cantik.
Jangan hayun.
Hayun.
Hebatnya kau.
Aku tahu.
Mari sini, si gemuk.
Hanya sikit saja.
Mereka ni memang
kuat makan.
Dan mereka sangat gemuk.
Aku rasa lebih baik kita
teruskan perjalanan saja.
Apa yang aku fikir
cuma, peliknya?
Lagi seorang wanita yang layak berkahwin
untuk dibawa berjumpa keluarga.
Datang cepat.
Telinga seseorang berada dalam
bahaya sebab dibelai di atasnya.
Pergi dulu.
Peraturan ke-22:
Apabila rasa ragu, ingat jalan keluar.
Mereka adik-beradik.
Adiknya telah digigit.
Buat seperti biasa.
Jangan buat dia berasa takut.
Columbus, Wichita, Little Rock.
Jadi kau lakukan semua
ini untuk Twinkie?
Tak, dia yang lakukan. Aku cuma
seperti watak Sancho Panza.
Aku tak rasa dia akan
hidup lama.
Aku tahu dan dia juga tahu.
Kami cuma nak cari jalan keluar.
Tak, dia cuma gadis kecil.
Jangan bercakap pasal aku
seolah-olah aku tiada di sini.
Baiklah, maaf.
Aku tahu yang kau
benar-benar sakit.
Tapi kakak kau nak aku...
Itu bukan keputusan dia
Itu keputusan aku.
Aku yang suruh dia.
Kami dah ucapkan selamat tinggal,
tapi kami tiada senjata.
Kami tak tahu yang di sini tiada
penawar. - Kau tu yang pengecut!
Berikan dia senjata.
Tunggu.
Biar aku yang lakukan.
Kakak sayangkan kau.
- Aku juga sayangkan kakak.
Kau perlukan sedikit bantuan?
Sekarang kau dah sebutkannya...
...kami akan ambil senjata kau,
kunci kereta dan peluru.
Dan juga gula-gula getah
kurang gula jika ada.
Kenapa kau lakukan ini?
Lebih baik kau buat silap
kerana percayakan kami...
...berbanding kami yang buat
silap kerana percayakan kau.
Gadis pertama muncul dan
membuatkan aku rasa bodoh...
...curi senapang aku, kemudian cakap
aku yang tak boleh dipercayai.
Bagus, genius.
Kau yang berikan senjata
itu kepada dia.
Mereka tu bodohlah.
Elakkan cermin solek.
Tenang, okey? Aku baru
lepas berlakon jadi zombi.
Apa yang patut aku pakai untuk mandi...
- Jangan sebut 'mandi', okey?
Pergi saja ke mana yang
kita sedang tuju.
Kau rasa ia betul?
- Apa yang betul?
Tentang Pacific Playland?
Memang tiada zombi.
Satu-satunya tempat di barat Waco.
Percayalah.
Dia salah seorang peserta berbasikal
untuk Tour de France serius ini...
Dengan, sesuatu seperti
tempat berpijak, kan?
...dan dia mengayuh, kemudian
kepala zombi tersangkut di gearnya.
Dengan rambut di rantai,
berpusing-pusing.
Sangat hebat.
Aku ternampak seorang pekerja
pembinaan. Aku tak tipu kau...
...dia sedang memandu jentera penggelek
jalan dan zombi dilenyek di depannya.
Kau pernah gulungkan ubat
gigi daripada bawah ke atas?
Aku selalu gulungkannya daripada bawah.
- Baiklah, penutup tu adalah kepala zombi.
Adakah kau salah seorang yang cuba
untuk membangkitkan cerita orang lain?
Tidak. Aku kenal seorang lelaki
yang lebih teruk daripada aku.
Baiklah, teruskan mencari kereta.
Ia mengingatkan aku...
...yang aku tak pernah pening kepala
sebegini sehinggalah kau muncul.
Maksud aku, buat saja apa yang kau nak
dengan seseorang, tapi jangan buat masalah.
Ada van mini yang cantik .
Kau tahu tak?
Ia cantik.
Itu van yang cantik.
Tallahassee percaya yang kita perlu
lepaskan segala tekanan di Zombieland...
...atau kita akan menjadi gila.
Kalau itu membuatkan dia
gembira dan menghindarkan...
...dia daripada menggunakan
tuil besi itu pada aku.
...jadi aku kata,
"Hei, teruskan orang utan."
Aku nak kereta Caddy aku balik!
Dasar perempuan sundal!
Aku rasa ada sesuatu
yang terkehel.
Kau rasa kita berdua dah cukup bijak
untuk hadapi penipuan seperti itu?
Kau yang teragak-agak.
Lebih baik bijak atau
bernasib baik?
Lihat apa yang kita ada di sini.
Itu hebat.
- Bau jari ni?
Ya.
Ini memang kenderaan
yang besar...
...dan ini memang senjata
yang besar.
Ada pepatah mengatakan,
"Orang yang berdendam...
...perlu ingat untuk
menggali dua kubur."
Betul tu. Satu untuk perempuan yang besar
dan lagi satu untuk perempuan yang kecil.
Kau gembira dan menakutkan.
Apa kata kita lupakan saja tentang
mereka dan pulang saja ke rumah?
Kau nak bercakap pasal rumah?
Bagi aku, rumah adalah anak
aku yang bernama Buck.
Anak yang paling comel.
Disebabkan zombi celaka tu.
Aku kehilangan dia.
Dan aku tak dapat dia semula,
jadi aku sedang mencari rumah baru.
Esok, aku mungkin berenang
di Sungai Yellowstone...
...atau bergayut di atas candelier
di dalam Pangsapuri Playboy...
...tapi hari ini,
Vortec bertangki enam liter V8...
...sekotak benda lompong,
dan, Tuhan mengizinkan, GD Twinkie.
Hanya menkmati benda kecil.
Aku perlu berikan pujian kepada sesiapa
yang nampak seperti Yosemite Sam...
...tapi aku hanya mencatatnya.
Peraturan ke-32:
Nikmati benda kecil.
Ia cuma perangkap.
Tunggu di sini. Pandu ke sana
apabila aku berikan isyarat.
Kau takkan tembak mereka, kan?
Tidak melainkan mereka
tembak aku.
Mari berharap agar mereka
tak tembak aku.
Nampaknya mereka dah tinggalkannya.
Pasti sedang menuju ke timur.
Pandu dengan perlahan,
tumpukan mata betul-betul.
Mereka ada di belakang, kan?
- Cuma aku.
Maafkan aku. Dia seperti harimau
yang sedang mahu menerkam.
Kau dijadikan tawanan oleh
budak 12 tahun?
Perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki.
Dia jauh mendahului kalau aku sebaya dia.
Sila berikan senjata.
Macamlah kau akan gunakannya.
Jangan bunuh aku dengan
senapang aku sendiri!
Terima kasih.
Sekarang bunyikan hon.
- Apa?
Honkannya.
Itu kakak kau bersama
dengan senapang aku.
Berganjak daripada situ.
Aku seperti suka gadis ini.
Dia miliki kecantikan
yang luar biasa.
Sebelum Zombieland lagi, Wichita dah lakukan
perkara seperti itu kepada orang lain.
Apa yang sedang kau cari?
- Cincin pertunangan aku.
Aku tanggalkannya untuk mengisi minyak,
aku sangkakan aku dah letak dalam dompet...
...tapi pasti ia dah jatuh dimana-mana,
aku dah lewat ke penerbangan aku...
Aku akan cari cincin kau
dan aku akan hantarkannya.
Aku akan berikan ganjaran.
Tak mengapalah.
Tiga ribu dolar. Ia lebih
bernilai daripada kereta aku.
Hanya berikan aku nombor
telefon kau.
Aku akan carikannya.
Aku akan mulakan pencarian
sekarang juga.
Lagipun aku tiada kerja
nak dibuat.
Aku pernah bertunang sekali...
...tapi aku bujang sekarang.
Semoga sempat ke penerbangan.
Tak, tapi aku tahu ia ada
di sekitar sini.
Dia di atas kapal terbang,
itu yang bagus.
Aku akan telefon semula.
Kau dah jumpa cincin aku.
Terima kasih.
Puas aku mencarinya.
Cincin kau?
- Sebenarnya, kawan aku punya.
Aku nak hantarkannya pada dia.
- Ada ganjaran?
Ini semua saja yang ada.
Kau membuatkan seseorang
berasa gembira.
Kau juga.
Bagus.
Berapa lagi tinggal?
Biar aku lihat.
Cukup untuk kita
pergi ke California.
Aku mahu cincin sebesar
ini suatu hari nanti.
Untuk harga 30 dolar, jual.
Berapa lama kau boleh bertahan
dengan perhiasan palsu...
...dan perangai yang teruk.
Aku rasa kami bertuah kerana mereka
tak tinggalkan kami di tepi jalan.
Terima kasih, Wichita.
Terima kasih, Little Rock.
Hei, sudahlah! Kita sedang
dikejar oleh si gila yang kebulur!
Tak cukup masalah itu?
"Mereka dah curi Hummer aku.
Ada masalah kepercayaan."
Takkan kita nak teruskan
perjalanan...
...sambil bermain I Spy
sepanjang masa?
Biar aku yang jadi matang.
Bagus.
Jadi, ke mana kalian nak pergi?
Pacific Playland.
Taman hiburan?
Di luar L.A.? - Ya. Kami
pernah ke sana semasa kecil.
Tempat tu dah musnah.
Dalam minda aku
ia sangat seronok.
Hiburan yang bagus untuk
sekeluarga.
Aku pun pernah ke sana semasa kecil.
Kalian ada dengar yang di
sana tiada zombi?
Ya, kami dah dengar.
Mungkin aku takkan tembak kau,
tapi kau masih membuat aku marah...
...dan aku tak nak bermain dengan
kau di Pacific Playland.
Jangan risau, dia akan bermain
dengan kau. - Yakah?
Tak. Ia akan bertambah teruk.
Bagaimana kalau kita
bermain permainan 'senyap'?
Mulai sekarang.
Sebenarnya aku nak tanya
kau sesuatu.
Kau ada dengar apa-apa
pasal Columbus, Ohio?
Kau tak pernah bermain
permainan 'senyap'? - Maaf.
Tak pernah? Mereka
memainkannya di Columbus.
Ia bandar hantu.
Seluruhnya terbakar.
Kau orang Columbus.
Maafkan aku.
Aku tak sedar yang...
Aku tak tahu apa yang lebih tragik
berbanding kehilangan keluarga aku...
...atau yang aku ni tak pernah
ada keluarga untuk mulakannya.
Lagipun, aku tak boleh berpura-pura yang
aku sedang mencari jalan pulang.
Aku tiada rumah.
Kami oleh tumpangkan kau.
Kau boleh lihat sendiri...
...atau cari tempat
tinggal baru.
Okey.
Dia tahu apa yang
aku rasa.
Kami semua adalah anak
yatim di Zombieland.
Aku tahu yang Pacific Playland
memang gila...
...tapi itulah tempat
semasa dia kanak-kanak.
Memang sukar untuk
membesar di Zombieland.
Betul tu.
Di sana.
Kau boleh ambil kereta tu.
Aku harap kau dapat jumpa
sesiapa saja yang kau sedang cari.
Dan selepas menemuinya
jangan lepaskannya.
Bukan sebab aku tiada
tempat nak dituju.
Ia kerana pada saat
itu semuanya jelas.
Ke mana saja gadis ini pergi,
di situlah aku mahu pergi.
Aku rasa kita kena berhenti
sebab aku rasa seperti terperap.
"Wantum your wampum."
Ya. Itu pasti berjaya.
Okey, tapi apa yang kita nak lakukan?
- Jaga hati dia. Percayalah.
Sekejap.
Siapa nak pergi dulu?
Aku benar-benar mahu
menarik hati Wichita...
...tapi ia akan bertentangan
dengan peraturan ke-17...
...mungkin peraturan yang paling
penting: Jangan cuba jadi wira.
Apa kata kau dulu?
- Baiklah.
Apa pendapat kau?
Minggu pembunuhan zombi?
Hampir, tapi dilarang hisap cerut.
Pembunuh zombi minggu ini...
...jatuh kepada
Sister Cynthia Knickerbocker.
Minyak wangi?
- Apa?
Adakah itu minyak wangi?
Itu minyak kelonyor.
Aku rasa LancĂ´me Magnifique.
Kenapa kau tak cakap?
Aku rasa mereka mungkin
tertinggalkannya di Santa Fe.
Kau sedang berfikir
tentang Wichita.
Permintaan ditunaikan. Dia meluangkan
masa 24 jam untuk mengenakan kita.
Semoga berjaya.
Okey.
Biar aku mulakan dengan berkata yang kau
manusia hebat yang ada potensi besar.
Tak mengapa tapi aku kalahkan ramai
orang untuk yang lagi kecil dari itu.
Aku pasti.
- Kau ada 45 peratus kuasa.
Terima kasih.
Mari, patahkan lagi satu.
Bagus.
Rasa bagus?
Tallahassee betul.
Kau akan berasa seronok...
...walaupun ia akan memusnahkan
semua benda kecil.
Baunya seperti minyak wangi.
Kau tak tahu siapa Willie Nelson?
- Tak.
Willie Nelson?
Ya, aku tak tahu.
Aku becukur setiap pagi, tapi kadang-kadang
pada pukul 4:30 pagi, aku ada sesuatu.
Ia dipanggil bayangan pukul 5:00,
tapi kadang-kadang aku rasa pramatang.
Memandangkan ini lebuh raya, kau boleh
pandu selaju 65, tapi jangan lebih 75.
Kau tak mahu bawa lebih 20.
- Jangan risaukan titik buta.
Titik buta adalah untuk
pemandu-pemandu lain.
Ia seperti kali pertama
aku memandu.
Jadi kau tak pernah berpaut
atau ia cuma perjalanan yang panjang?
Ada zombi di merata tempat.
Cuma kerisauan aku...
Ya, betul tu.
- ...adalah tali pinggang keledar.
Ya, tapi dia tidak.
Dia cuma terkenal ketika dia jadi Hannah
Montana, semasa dia memakai rambut palsu.
Betul. Hanya rambut palsu.
- Jadi...
Rasa bebas.
Ya.
Daripada kali pertama sehingga masa
yang panjang, kami bergembira.
Walaupun ia bertentangan
dengan strategi kami...
...kami memutuskan untuk tetap
bersama sehingga ke Pacific Playland.
Aku rasa masalah tidur adalah masalah
kesihatan nombor satu di Amerika.
Aku rasa ia mungkin
nombor dua.
Nombor dua.
- Itu menarik.
Aku rasa kita perlu cari tempat
untuk berehat. - Aku ada idea.
Kita berada di Hollywood,
mari tidur dengan bergaya.
Ambil peta.
Cepat!
Kerja yang bagus.
Nampaknya semua pelakon
tinggal di blok ini.
Kau rasa apa yang kita
buat di 90210, Sally?
Aku gambarkan Tom Cruise tinggal
di tempat yang lebih baik.
Senarai-B berbeza dengan
siapa yang aku bayangkan.
Kita akan pergi ke tempat
dalam senarai-A.
Siapa?
- Lihat saja nanti.
Itu BM besar.
Dan ia bukan Bob Marley.
Tempat ni menakjubkan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
selamat datang ke rumah agam de Murray.
Bill Murray.
- Tak mungkin.
Lelaki ini sering membuatkan
aku ketawa.
Semuanya...
- Sebentar. Siapa Bill Murray?
Aku tak pernah tumbuk
budak sebelum ni.
Maksud aku, samalah seperti
menanyakan siapa Gandhi.
Siapa Gandhi?
Dia baru berusia 12.
Tiada Twinkie.
- Celaka!
Lihat? Aku dah cakap kita patut
pergi ke tempat Russell Crowe.
Tapi kau tak dengar.
- Suara dalaman. Okey?
Sehinggalah kita sedar
yang kita sendirian.
Tallahassee, Wichita, ikut situ.
Little Rock, mari sini.
Kenapa aku kena pergi
dengan dia?
Ini bukan penghujung
tempat ni.
Dia ada panggung
wayangnya sendiri?
Aku akan ajar kau sesuatu
tentang Bill Murray.
Seorang raja tidur di sini.
Terlalu lembut untuk aku.
Ini sungguh menarik. Kau kena
belajar siapa yang akan kau hubungi.
Pemburu Hantu.
Ini agak menarik.
Tolong tanggalkan but aku.
Tolong tanggalkan but aku.
Baiklah, aku akan
tanggalkannya sendiri.
Bill Murray, kau zombi?
Sakitnya!
Kau bukan zombi,
kau bercakap dan...
Kau okey?
- Ini memang aku!
Maafkan aku. Aku tak tahu
yang ini kau.
Kenapa dnegan muka kau?
Aku buat campuran warna.
Zombi takkan serang
zombi lain.
Kawan aku yang ajar
bagaimana untuk melakukannya.
Tepung jagung, sedikit beri dan
sedikit likuoris untuk wanita.
Sesuai dengan gaya hidup aku.
Aku suka keluar dan lakukan sesuatu.
Aku baru saja bermain 9 lubang di Riviera.
Cuma berjalan-jalan. Tiada siapa di sana.
Ini memang Bill Murray!
Aku cuma luahkannya.
Aku tak maksudkan kemarahan.
Ini realiti. Maksud aku
kau sentiasa lakukan ini.
Mungkin masih belum terlambat,
tapi aku peminat setia kau.
Aku dah menonton filem
kau berjuta kali.
Aku suka lakonan dramatik kau
dan segalanya.
Enam orang yang tinggal di dunia,
salah satunya Bill Murray!
Aku dah menonton filem
kau semenjak aku...
Semenjak aku pandai melancap.
Maksud aku ia tak kena mengena.
"Seorang greenskeeper
lama akan menjadi juara Masters."
Sebab itulah kami lakukannya.
Aku sukakan kau, Bill.
Terima kasih.
Kau memandang aku.
Ini rambut palsu.
Maafkan aku, cuma rupa kau
seperti Eddie Van Halen.
Aku baru saja berjumpa
dengan Eddie Van Halen.
Yakah?
- Ya.
Di mana? - Di Hollywood Bowl.
- Bagaimana dengan dia?
Dia zombi.
- Menyedihkan.
Bagaimana dengan
'layanan baik' Pantai Barat?
Boleh aku buatkan sesuatu?
Apa kau nak?
Cepat, dia di siling.
Tolong dia. Elakkan candelier.
- Nyalakannya, Ray.
Jumpa kau di tempat lain, Pete.
- Oh, dia sungguh menjijikkan.
Nampak seperti Slimer (lendir).
- Jangan melebihi arus!
Aku tak nak melebihi...
- Oh tidak, dia menjengkelkan.
Jangan melebihi arus!
35 kaki panjang,
berat 600 paun.
Itu Twinkie yang besar.
Kakak kau bujang, kan?
Tiada lagi jarak jauh?
Tiada.
- Bagus.
Apa ciri-ciri lelaki yang
dia impikan?
Dia sukakan budak jahat.
Yakah?
- Ya.
Itu hebat.
Apa?
Jadi Columbus seorang penakut?
- Ya. Dia seperti arnab kecil.
Aku akan kenakan dia.
Lihat ini.
Macam itukah cara kau
ucapkan helo?
Oh Tuhanku.
Aku tak percaya yang
aku dah tembak Bill Murray.
Encik Murray?
- Aku rasa aku cuma Bill sekarang.
Bill?
- Ya?
Aku tak rasa kita dapat
menjahitnya.
Ia masih lembut.
Kau rasa kau boleh bertahan?
Tidak.
Tak kita apapun,
aku minta maaf.
Ia cuma reaksi.
Itu salah aku.
Aku takkan pernah dapat
menjadi pelawak yang bagus.
Jadi ada kau nak sampaikan
salam kepada sesiapa?
Mungkin kepada Garfield.
Maafkan aku, ia lucu.
Tapi ia masih menyedihkan.
Maaf, sebentar.
Ini senapang berlaras dua.
Okey.
Tiga, dua, satu.
Kalian mahu sedikit Purell?
- Ya.
Oh, parkir percuma.
- Ya.
Benda yang paling
bagus di Zombieland.
Tak, benda paling bagus di Zombieland
adalah tiada kemas kini status Facebook.
Kau tahu, "Rob Curtis
bersiap untuk hari Jumaat."
Siapa peduli? - Benda paling bagus
adalah tiada lagi pemancutan.
Epik. - Dan benda paling
teruk di Zombieland?
Maksud kau selain daripada
tembakan aku pada Bill Murray?
Itu mudah.
Kehilangan Buck.
Itu anak dia.
Aku tak pernah sayangkan
apa-apa selain Buck.
Semasa hari kelahiran dia,
aku seperti hilang akal.
Kami adalah dua kacang pis.
Dia miliki personaliti aku, gelak
tawa aku dan selera aku.
Gelak tawa?
Aku berasa malu kerana ia telah
membawa aku sampai ke sini...
Aku bersama dengan
kardio yang terbaik.
...yang menyedarkan bukan aku
seorang saja yang lari dari sesuatu.
Kamu sukakan sirap.
Kami membuat dompet ini bersama
menggunakan pita pelekat.
Seorang lelaki
yang kehilangan anak...
...memang tiada apa
lagi yang lebih berharga.
Aku tak pernah menangis
seperti ini selepas filem Titanic.
Sedikit petua.
Apa kata kau hembus nafas
perlahan-lahan dan tarik picu?
Jangan biarkan aku
minum sendirian.
Okey.
Ini Georges 1997?
Aku tak pernah pergi Perancis.
Georges de Latour? Aku tak tahu.
Ia tahun '97?
- Ya.
Itu tahun yang bagus?
Ia memang hebat.
Kau bergurau?
Aku menonton filem ganas
pertama aku pada tahun itu.
Anaconda.
- Anaconda.
Tatu pertama, ikan lumba-lumba.
Yakah?
- Palsu.
Ciuman pertama.
Scotty Lynch.
Kalian bercium gunakan lidah?
Mungkin.
Kau cemburu dengan Scotty Lynch?
Ya, aku cemburu.
Aku rasa aku cemburu dengan
seluruh peristiwa 1997 kau.
Aku, pakar ortodontik pertama.
Dia berikan aku topi.
Aku mendapat B untuk kali pertama.
Menakutkan seperti Anaconda.
Di kedai kayu, yang tidak
dikira seperti kelas.
Menjadi sekolah tarian pertama aku.
Dia Sadie Hawkins.
Tiada siapa pilih kau?
- Pilihan gadis.
Jahatnya mereka.
- Aku tahu.
Aku akan menebusnya untuk
gadis-gadis gred-8.
Tenang.
Scotty tu cerita lama.
Aku tak tahupun nama kau,
tapi ini memang hebat.
Kau agak comel.
Kau rasa begitu?
Ya.
Maksud aku kau seorang
penakut...
...tapi aku boleh terima.
Betul?
Atau berikan niat baik
kepada kau dulu.
Boleh tolong aku
alihkan sofa?
Kita sedang membuat kubu.
Itu yang terbaik.
Betul tu.
- Sebab...
...aku sukakan kau.
Columbus, tapi aku
dan adik aku...
...akan lakukan apa
saja untuk terus hidup.
Aku harap Wichita cuma
menjual mahal...
...tapi aku tahu yang dia ada
masalah kepercayaan...
...ketika aku bangun pada keesokan
harinya, dia dah pergi.
Kau seperti robot ayam
jantan gergasi...
...yang dicipta oleh
makmal rahsia kerajaan.
Kakak tak percaya yang kakak
hampir menciumnya. Apa peraturan kita?
Jangan percayakan sesiapa, hanya kita.
Ya. Kau dan kakak
Kau baru saja lari daripada
malapetaka zombi...
...dan pergi jauh.
Ke mana kau nak pergi?
Aku nak pergi ke Pacific Playland.
Inilah masalahnya kalau kita
terlampau rapat dengan seseorang.
Bila mereka tinggalkan kau,
kau akan berasa kesunyian.
Ada Tallahassee pun...
...hanya membuatkan aku
bertambah sunyi.
Sebab itulah aku tak benarkan
orang rapat. Hanya sia-sia.
Kau tak cakap pun.
Mexico.
Kau tahu di Mexico mereka
panggil Twinkie apa?
Ke situlah aku mahu pergi.
- Apa-apa sajalah.
Ini sangat menyeronokkan.
Oh tidak.
Aku akan kejar Wichita.
Kau pernah baca buku
She's Just Not That Into You?
Kau tak boleh terlampau
menonjolkan diri kau.
Aku tak peduli.
AKu nak bersama dia.
Berseronoklah di Mexico.
Cepat.
Masuk.
Cepat, jalan.
Jalan.
Dalam kiraan tiga.
Satu, dua, tiga.
Kau okey? Cepat, bangun.
Mari pergi.
Di sana.
Aku tak berapa hebat dengan
ucapan selamat tinggal, jadi...
...itu akan berjaya.
Itu ucapan selamat tinggal yang
paling teruk aku pernah dengar...
...dan kau ambilnya
daripada sebuah filem.
Beritahu mereka aku
ucapkan hai.
Gambar mereka ada di dalam
dompet seseorang.
Masuk dalam kereta, Evel Knievel.
Jom naiki roller-coaster.
- Terima kasih.
Tidak seperti keseronokan
yang aku bayangkan.
Tembak kotak kawalan.
Columbus?
- Tallahassee?
Aku rasa mereka mungkin memang
perlukan bantuan kita kali ini.
Pakai tali pinggang keledar.
Masa untuk bertindak
atau diam.
Mak aku selalu kata suatu hari nanti
aku akan lakukan sesuatu dengan baik.
Siapa sangka yang ia
adalah membunuh zombi?
Mungkin tiada siapa.
Lihat.
Kita perlu berlajar untuk
meminta maaf.
Oh tidak.
Di sini!
Tolong!
Tolong!
Tolong!
Mereka di atas sana. Mereka tak
apa-apa. - Kau tunggu apa lagi?
Itu teman wanita kau.
Di sini!
- Tolong
Mari hadapi Tallahassee!
Ada sesiapa lapar?
Tallahassee yang terbaik tahun ini!
Marilah!
Mari, si hodoh tak guna!
Aku kehabisan perluru.
Bingo.
Wichita! Little Rock!
- Cepat!
Oh Tuhanku.
Lihatlah badut tu.
Itu memang badut.
Sama ada badut atau Wichita...
...aku akhirnya faham...
...beberapa peraturan
dibuat perlu dihapuskan.
Masa untuk bertindak
atau diam.
Kalahkan badut ni.
Terima kasih.
Krista.
Kita kena pergi sekarang.
Akhirnya tiba ke tapak pertama.
Boleh tahan dengan si kurus tu.
Di mana Florida?
Di mana kau si lazat yang
berwarna kuning?
Mana kau?
Iklan palsu.
Kau mahukan Sno Ball
atau apa?
Tidak dapat diucapkan
dengan kata-kata.
Ia terlalu pantas.
Kau rasa kau boleh buang
peluru tu dan memakannya?
Okey.
Tidak!
Tidak!
Wajah tu?
Ia menyedarkan aku ada gadis
di dalam kereta hitam tu...
...dan lelaki besar berjaket
kulit ular...
...mereka adalah yang paling rapat,
iaitu sesuatu yang aku impikan...
...yang tak pernah aku dapat.
Sebuah keluarga.
Aku percayakan mereka
dan mereka percayakan aku.
Peraturan ke-32:
Nikmati benda kecil.
Tallahassee dah dapat Twinkie.
Dan kehidupan takkan sekali-kali
menjadi aman seperti sedia kala...
...kalau dia tidak mencari
benda kuning itu.
Kami ada antara satu sama lain.
Tanpa orang lain, kau juga
mungkin akan menjadi zombi.
Terima kasih banyak.
Itu memang kelakar.
Ingat sampai bila-bila...
Kardio, tali pinggang keledar dan ini
tiada kena mengena dengan apa-apa...
...tapi si kuning yang
kecil takkan lukakan sesiapa.
Aku Columbus, Ohio, dari Zombieland
mengucapkan selamat malam.