Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kisah PLUS bermula pada lewat 80-an, dengan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan
Menjangkau 846KM, lebuhraya ini menghubungkan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia
Lebuhraya Utara Selatan juga telah menjadi faktor utama peningkatan KDNK sejak sedekad lalu.
Selain menghubungkan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia,
ia juga menghubungkan kita dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pembukaan lebuhraya ini, menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
dan membuka bandar-bandar baru dan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Taraf kehidupan juga semakin meningkat.
Secara purata, pengguna Lebuhraya Utara Selatan jimat 36 sen dan 7.3 saat
setiap kali melalui lebuhraya ini berbanding melalui laluan alternatif.
Untuk memberi keselesaan, keselamatan dan kemudahan kepada pengguna lebuhraya,
kerja-kerja baik pulih kerap dilakukan dengan kos yang tinggi.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol.
Oleh itu, kerajaan harus memberi pampasan kepada PLUS.
Sebanyak RM2.9 bilion pampasan terkumpul sejak 2002 yang harus dibayar.
Tahun lepas, perdana menteri mengumumkan tiada kenaikan kadar tol sehingga 2016
di empat lebuhraya milik PLUS.
Pada Oktober 2010,
UEM dan KWSP mengambil alih PLUS.
Pengambil alihan itu dipersetujui pemegang saham PLUS pada Februari 2011.
Dengan pengambil alihan itu,
UEM memiliki 51% saham PLUS manakala KWSP hanya 49%.
Berikutan pengambil alihan itu,
kenaikan kadar tol selepas 2016 dijadualkan
akan meningkat sebanyak 5% setiap tiga tahun berbanding 10% sebelum ini.
UEM dan KWSP telah berkerjasama dengan kerajaan untuk menyemak semula perjanjian konsesi.
Hasil dari rundingan itu,
PLUS bersetuju untuk mengetepikan hutang pampasan oleh kerajaan yang berjumlah RM2.9 bilion.
Perkara ini akan mengurangkan beban kerajaan
supaya lebih banyak dana boleh disalurkan untuk projek-projek yang lebih penting untuk rakyat.
Sebanyak 12.8 juta pencarum KWSP atau hampir separuh populasi rakyat Malaysia
akan menikmati pulangan dari keuntungan yang diperolehi PLUS.
Untuk maklumat lanjut, lihat infografik kami di www.pluschannel.com.m�