Tip:
Highlight text to annotate it
X
Google Drive untuk mudah alih
Google Drive ialah tempat menyimpan semua bahan anda.
Kesemua bahan yang selama ini tersimpan pada satu komputer di rumah atau pejabat kini tersedia
untuk anda lihat, edit dan kongsi dari sebarang peranti.
Kini dengan apl mudah alih Google Drive, bahan anda turut tersedia di mana-mana sahaja anda berada.
Anda boleh mencari, membuka dan berkongsi fail, malah menyediakannya di luar talian.
Muat naik foto dan video yang anda ambil ke Drive untuk disimpan dengan selamat, diatur
dan dikongsi - terus dari telefon atau tablet anda.
Editor yang terbina dalam Google Drive juga memudahkan usaha sama mudah alih.
Anda boleh membuat dokumen baharu, mengedit, menukar format, malah meninggalkan ulasan.
Anda boleh mengedit sel, menambah baris dan lajur baharu atau membuat fail baharu dalam hamparan.
Juga, melihat pembentangan, animasi serta berlatih dengan nota penyampai semasa dalam perjalanan.
Manfaatkan sepenuhnya fail anda dari mana- mana sahaja dengan Drive pada peranti Android,
iPhone atau iPad di google.com/mobile/drive.