Tip:
Highlight text to annotate it
X
Carian Google sangat hebat.
Anda boleh mencari teks di seluruh Internet
kebanyakan pengetahuan manusia, imej, buku, video
Tetapi, kami sedar ada bahagian penting
dalam pengalaman Carian yang kami abaikan.
Tugas kami sebagai pereka
adalah untuk memberi pengguna kami maklumat
yang mereka cari
secepat dan secantik mungkin.
Tetapi, sehingga kini, kami tidak sentiasa dapat
memberi pengguna apa yang mereka cari
Kerana kadangkala, mereka sama-sekali tidak melihat.
Saya dan isteri saya ada anak anjing
yang begitu bertenaga
sehinggakan kami bawanya berjalan 5 kali sehari
dan ia menghidu di setiap sudut dan rekahan.
Inilah cara ia mendapatkan maklumat tentang dunianya.
Pertumpuan deria foto-auditori-olfaktori
adalah fenomena yang telah dijanjikan
dalam cereka sains selama beberapa dekad.
-Kami teruja untuk mengumumkan Google Hidu Beta
ciri pengetahuan olfaktori kebanggaan kami
yang membolehkan pengguna mencari bau.
Program pengindeksan aroma mudah alih kami
telah dapat mengumpul
pangkalan data 15 juta scentibite
bau dari seluruh dunia.
-Dengan integrasi yang anggun
ke dalam panel pengetahuan sedia ada kami,
butang Bau Google Hidu Beta
menyambungkan bau untuk dicari dengan lancar.
Dengan menyilangkan foton dan gelombang infra bunyi,
Google Hidu Beta menjajarkan molekul buat sementara
untuk meniru bau tertentu.
Google Hidu Beta berfungsi pada hampir semua desktop,
komputer riba
dan beberapa peranti mudah alih yang lain.
Dalam dunia pantas tempat kita hidup ini,
kita tidak sentiasa mempunyai masa
untuk berhenti dan menghidu bau bunga mawar.
Kini, dengan Google Hidu Beta,
bunga mawar hanya satu klik jauhnya.
Jika anda ada soalan seperti
"Bagaimana bau kereta baharu?",
siapa tahu jawapannya?
Google Hidu.
-Bagaimana bau hantu?
Google Hidu.
Bagaimana bau
di dalam makam Mesir?
Google Hidu.
Google Hidu.
Google Hidu...BETA.