Tip:
Highlight text to annotate it
X
Baik saya perkenalkan beberapa istilah asas
yang biasa diguna dalam Kecerdasan Buatan untuk membezakan jenis-jenis masalah.
Perkataan yang pertama saya mahu ajar anda adalah pemerhatian "sepenuh" berbanding dengan pemerhatian "sebahagian".
Suata persekitaran dipanggil "boleh diperhatikan sepenuhnya" jika maklumat dari sensor-sensor
sepanjang hayat eksperimen, adalah mencukupi untuk membuat keputusan optimum.
Contohnya, dalam banyak permainan daun terup,
apabila semua daun terup di atas meja, lokasi kesemua daun-daun itu
adalah benar-benar mencukupi untuk membuat pilihan optimum.
Ini berbeza daripada beberapa persekitaran lain di mana anda perlu peringatan
dalam ejen untuk membuat keputusan terbaik.
Contohnya, dalam permainan poker, daun-daun terup bukan kesemuanya terbuka di atas meja
dan menghafal gerak-gerak yang lalu akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.
Untuk penuh memahami perbezaan ini, timbangkan interaksi ejen
dengan persekitaran melalui penderia dan penggeraknya,
dan interaksi ini melalui banyak kitaran,
yang sering dipanggil kitaran tindakan persepsi.
Bagi kebanyakan persekitaran, ia mudah untuk mengandai bahawa
persekitaran mempunyai keadaan dalaman.
Contohnya, dalam permainan daun terup di mana daun-daun bukan terbuka di atas meja,½
keadaan ini mungkin berkaitan dengan daun-daun dalam tangan anda.
Persekitaran yang penuh dapat diperhatikan jika sensor sentiasa boleh melihat
seluruh keadaan persekitaran.
Ia hanya dapat diperhatikan separuh, jika sensor hanya dapat melihat sebahagian kecil daripada keadaan itu,
tetapi menghafal pemerhatian yang lalu memberikan kita maklumat tambahan tentang keadaan itu
yang tidak dapat diperhatikan sekarang.
Jadi mana-mana permainan, contohnya, di mana pergerakan lalu mengandungi maklumat tentang
apa yang mungkin berada dalam tangan seseorang, permainan-permainan itu boleh diperhatikan separuh,
dan mereka memerlukan tindakan yang berbeza.
Selalunya, ejen yang berurusan dengan persekitaran yang diperhatikan separuh
perlu memperoleh memori dalaman untuk memahami apanya
keadaan persekitaran pada masa itu, dan kita akan membincang secara meluas
apabila kita bercakap tentang model Markov tersembunyi, tentang bagaimana struktur ini
mengandungi memori dalaman.
Istilah kedua untuk persekitaran berhubung kepada sama ada persekitaran
adalah berketentuan atau stokastik.
Persekitaran berketentuan adalah suatu di mana tindakan ejen anda
menentukan keputusan akhir, secara unik.
Jadi, contohnya, dalam permainan catur, sebenarnya tiada rawakan apabila anda membuat gerakan.
Kesan pergerakan itu tetap,
dan tidak kira kemana saya membuat gerakan itu, keputusannya sama.
Ini dipanggil berketentuan.
Permainan dengan dadu, contohnya, seperti backgammon, adalah stokastik.
Walaupun anda masih boleh membuat keputusan bagaimana menggerakan buah-buah anda,
pergerak juga terhad, kerana ia melibatkan keputusan balingan dadu,
dan anda tidak boleh meramalkan balingan dadu itu.
Keputusan dadu melibatkan perawakan,
dan oleh itu, kami memanggilnya stokastik.
Izinkan saya bercakap tentang diskret berbanding dengan berterusan.
Persekitaran diskret adalah suatu di mana anda mempunyai pilihan tindakan yang terhad,
dan jumlah perkara yang anda dapat merasa juga terhad.
Jadi, contohnya, dalam permainan catur, sekali lagi, kedudukan buah-buah dalam papan catur adalah terhad,
dan gerakan yang boleh anda lakukan juga terhad.
Ini berbeza daripada persekitaran yang berterusan
di mana ruang tindakan atau perkara yang sensor anda boleh merasa mungkin tidak terhingga.
Jadi, contohnya, jika anda membaling damak, julat sudut trajektori damak-damak adalah tidak terhingga
begini juga julat akselerasi damak-damak itu.
Akhirnya, kita membezakan persekitaran-persekitaran bukan-bertentangan berbanding persekitaran-persekitaran pertentangan.
Dalam persekitaran bukan-pertentangan, persekitaran itu mungkin rawak.
Ia mungkin stokastik, tetapi ia tidak mempunyai matlamat sendiri
yang akan bercanggah dengan matlamat-matlaman lainnya.
Contohnya, cuaca adalah perseketiran tidak-bertentangan.
Ia mungkin rawak. Ia mungkin boleh mengubahkan keputusan tindakan anda.
Tetapi sebenarnya, persekitaran itu tidak berniat untuk bertentang dengan anda.
Sebaliknya ini dalam persekitaran pertentangan, contohnya banyak permainan, seperti catur,
di mana lawan anda adalah benar-benar berniat untuk mengalahkan kamu.
Adalah jauh lebih sukar untuk mencari tindakan yang baik dalam persekitaran pertentangan
di mana lawan aktif memerhati anda dan mengemukakan reaksi kepada apa yang anda cuba mencapai
berbanding dengan persekitaran bukan-pertentangan, di mana persekitaran semata-mata bertindak secara stokastik
tetapi tidak benar-benar berminat menjadikan hidup anda lebih teruk.
Jadi, mari kita lihat sejauh apa ungkapan-ungkapan ini masuk akal kepada anda
melalui kuiz berikut.
Ulang kata, terdapat 4 konsep: pemerhatian separuh berbanding dengan pemerhatian sepenuh,
stokastik berbanding dengan berketentuan, berterusan berbanding dengan diskret,
pertentangan berbanding dengan bukan-pertentangan.
Dan izinkan saya bertanya anda tentang permainan dam.
Pilih salah satu atau semua sifat yang benar.
Jadi, jika anda berfikir permainan dam boleh diperhatikan separuh, tanda di sini
Jika tidak, jangan tanda di sini.
Jika anda berfikir ia stokastik, tanda di sini,
jika ia berterusan, tanda di sini; pertentangan, tanda di sini.
Jika anda memahami permainan dam, anda boleh menyemak Web melalui Google
untuk mencari sedikit maklumat tentang permainan dam.