Tip:
Highlight text to annotate it
X
♪♪
♪♪
♪♪
♪♪
♪♪
( applause )
Pelajar-pelajar selalu bertanya,
"Apa itu Sosiologi?" saya jawab Sosiologi adalah kajian
tentang bagaimana manusia dipengaruhi oleh benda-benda yang tidak dapat dilihat.
Mereka bertanya lagi, "Bagaimana saya menjadi seorang Sosiologis?"
"Bagaimana saya boleh faham perkara yang tak boleh dilihat mata kasar itu?"
Saya jawab, "Empati."
Mulakanlah dengan empati.
Segalanya bermula dengan empati. Keluarkan diri kamu dari zon selesa dan letakkan diri kamu
dalam situasi orang lain.
Contohnya
Saya membayangkan hidup saya jika seratus tahun yang lalu, China adalah
negara yang paling berkuasa di dunia,
dan mereka datang ke Amerika untuk mencari arang.
Mereka berjaya menjumpai arang di sini, malahan dalam kuantiti yang banyak.
mereka segera mengeksport arang-arang ini,
menggunakan pengangkutan yang ada, untuk dihantar ke China
dan seluruh dunia.
Dan mereka menjadi kaya-raya dengan cara itu.
Mereka membina bandar-bandar yang cantik hasil dari arang-arang tersebut.
Sebaliknya di sini kita melihat kemelesetan dan perampasan ekonomi di Amerika.
Inilah apa yang saya nampak. Saya melihat orang bertungkus-lumus untuk meneruskan kehidupan,
tanpa mengetahui keadaan semasa, atau apakah yang akan terjadi.
Jadi saya bertanya kepada diri sendiri.
"Bagaimanakah kita boleh menjadi begitu miskin di Amerika
sedangkan arang batu itu ialah sesuatu sumber yang berharga. Bukankah ia patut memberikan duit yang banyak?"
Saya sedar kerana orang-orang Cina mementingkan diri sendiri
dengan adanya sekumpulan orang Cina di U.S yang mengawal
yang mengambil semua *** dan kekayaan itu untuk diri mereka sendiri.
Yang menyebabkan kebanyakan daripada kita bersusah-payah untuk meneruskan kehidupan.
Orang-orang Cina memberi kumpulan elit kecil ini banyak
senjata dan teknologi canggih untuk memastikan
orang-orang seperti saya tidak akan bersuara untuk menentang hubungan ini.
Adakah ini lazim didengari?
Mereka ini membuat sesuatu seperti melatih orang-orang Amerika untuk tolong melindungi arang batu.
Dan simbol-simbol China berada di mana-mana,
dan semuanya adalah peringatan.
Bagaimana di China pula ? Apakah yang mereka katakan di Cina? Tiada apa-apa.
Mereka tak bercakap tentang kita. Mereka tak bercakap tentang arang batu.
Jika anda tanya mereka, meraka akan berkata "Ala, kamu tahu tentang arang batu tu kan?
Kami perlukan arang batu. Maksud saya, macam tu lah."
"Saya takkan kurangkan termostat saya. Kamu tak boleh jangkakan begitu."
Saya jadi marah dan geram,
orang-orang lain pun begitu, dan kami lawan kembali.
keadaan menjadi semakin teruk, dan orang-orang Cina bertindak balas dengan cara yang sama.
Tanpa kita sedari, mereka telah menghantar kereta kebal,
mereka menghantar tentera-tentera dan ramai orang terkorban.
Ini adalah satu situasi yang sangat, sangat pahit.
Adakah kamu berperasaan seperti saya? Dapatkah kamu bayangkan apa yang kamu akan rasa
jika kamu berada di tempat saya?
Dapatkah anda membayangkan diri anda berjalan keluar dari bangunan ini dan melihat sebuah kereta kebal
berada di luar situ dengan satu lori penuh dengan tentera.
Cuba bayangkan apakah yang kamu akan rasa bila kamu tahu kenapa mereka berada di sini
Kamu tahu apa yang mereka sedang lakukan di sini, dan kamu dapat merasakan kemarahan itu
dan juga ketakutan itu. Ok? Jika kamu dapat rasakan perasaan itu, itulah empati.
Empati. Kamu telah meninggalkan tempat kamu dan berdiri di tempat saya.
Dan kamu harus dapat merasainya. Ok, Ini hanyalah permulaannya.
Sekarang kita akan melakukan suatu experiment radikal yang sebenar.
Jadi, selanjutnya dalam ceramah ini, apa yang saya ingin kamu semua lakukan
ialah meletakkan diri kamu di tempat seorang Arab Muslim
yang tinggal di Middle East, terutamanya di Iraq.
Untuk membantu kamu,
mungkin kamu adalah seorang ahli daripada keluarga kelas pertengahan di Baghdad.
Apa yang kamu mahukan ialah yang terbaik untuk anak-anak kamu.
Kamu mahukan anak-anak kamu untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik.
Kamu menonton berita. Kamu memberi perhatian. Kamu membaca surat khabar.
Kamu turun ke kedai kopi bersama rakan-rakan kamu.
Dan kamu membaca surat khabar dari serata dunia,
dan kadang-kala kamu akan menonton CNN dari Amerika
supaya kamu dapat merasakan apakah yang difikirkan oleh orang-orang Amerika.
Tapi sebenarnya, kamu hanya inginkan kehidupan yang lebih baik.
Hanya itulah apa yang kamu inginkan. Kamu ialah seorang Arab Muslim yang tinggal di Iraq.
Kamu inginkan kehidupan yang lebih baik untuk diri kamu sendiri. Jadi izinkan saya membantu kamu.
Saya ingin membantu kamu untuk beberapa perkara yang kamu mungkin sedang fikirkan.
Yang pertama, serbuan ke atas negara kamu sejak dua puluh tahun lepas atau lebih
Sebab kenapa negara-negara luar, terutamanya U.S berminat dengan negara kamu?
Minyaklah sebabnya.
Semuanya adalah kerana minyak. Kamu tahu pasal itu. Semua orang tahu mengenai itu.
Orang-orang di Amerika ini tahu ia adalah mengenai minyak.
Ia adalah kerana orang lain mempunyai pelan untuk sumber kamu.
Ia adalah sumber kamu. Ia bukan kepunyaan orang lain, bukan? Tempat itu ialah negara kamu.
Ia adalah hasil negara anda, dan orang lain mempunyai pelan untuk hasil itu.
Kamu tahu kenapa mereka mempunyai sebuah pelan? Kamu tahu kenapa mereka berminat dengan sumber itu?
Ini adalah kerana seluruh sistem ekonomi mereka bergantung pada minyak itu.
Minyak dari tempat asing. Minyak dari tempat lain di dunia yang mereka tidak miliki.
Dan apa lagi yang kamu fikirkan mengenai orang-orang sebegini?
Alah, orang Amerika, mereka kaya! Mereka tinggal di dalam rumah besar-besar, ada kereta besar-besar
ada rambut kuning, mata biru. Mereka gembira. Itulah apa yang kamu fikirkan.
Semestilah itu semua tak benar, tapi itulah impresi yang diberikan oleh media. Itulah apa yang media berikan kepada kamu.
Mereka mempunyai banyak bandar-bandar besar dan kesemua bandar itu bergantung kepada minyak.
Dan apakah yang kamu dapat lihat di tempat anda?
Kemiskinan, kesengsaraan, kesusahan. Lihatlah, kamu tidak tinggal di dalam negara yang kaya.
Ini adalah Iraq.
Inilah apa yang kamu nampak -- kamu nampak orang dalam kesusahan untuk meneruskan kehidupan.
Ia tidak senang. Kamu nampak banyak kemiskinan dan kamu merasakan sesuatu mengenai perkara ini.
Orang-orang itu mempunyai pelan untuk sumber kamu, dan inikah yang kamu nampak?
Perasaan itu tidak menyenangkan. Tetapi, mengenai perkara lain
Perkara lain yang kamu nampak dan kamu berkata tentangnya.
Orang-orang Amerika tidak berkata mengenainya, tetapi kamu berbuat demikian.
Militerasi dunia ini berasaskan di bumi Amerika ini sendiri.
Dan Amerika bertanggungjawab untuk hampir separuh daripada perbelanjaan dunia untuk ketenteraan
Empat peratus daripada populasi dunia dan kamu dapat merasakannya, kamu dapat melihatnya tiap-tiap hari.
Ia sebahagian daripada kehidupan kamu dan kamu berbicara tentangnya dengan rakan-rakan kamu.
Kamu baca tentangnya. Dan dahulunya bila Sadaam Hussein masih berkuasa?
Orang-orang Amerika tak peduli tentang jenayah yang dibuatnya
Dia menyerang Kurds dan menyerang Iran dengan gas, tetapi mereka tidak ambil berat mengenainya.
Bila minyak dijadikan taruhan, tiba-tiba kesemuanya menjadi penting.
Dan apa yang kamu dapat lihat? Sesuatu yang lain?
Amerika, pusat demokrasi seluruh dunia?
Mereka tidak kelihatan seperti sedang menyokong negara-negara demokratik yang lain di dunia.
Banyak negara yang mengeluarkan minyak, yang tidak berapa demokratik
tetapi mereka disokong oleh Amerika.
Pelik, bukan?
Oh, dan serbuan-serbuan itu. Biar saya bantu kamu.
Serbuan-serbuan ini? Perang selama dua tahun ini? Hukuman selama sepuluh tahun?
Pekerjaan selama lapan tahun?
Pemberontakan yang telah melanda masyarakat kita?
Berpuluh-puluh ribu, beratus-ratus ribu orang awam terkorban
semuanya kerana minyak.
Kamu tidak dapat elakkan daripada berfikir begitu. Kamu bercakap mengenainya.
Ia sentiasa berada di dalam minda kamu.
Kamu berkata, "Bagaimana ini mungkin terjadi? Bagaimana?"
Dan lelaki ini?
Dia mungkin lelaki yang kamu kenali. Boleh jadi atuk kamu, pakcik kamu ayah kamu,
anak lelaki kamu, jiran kamu, pensyarah kamu, pelajar kamu --
yang inginkan kehidupan yang gembira dan bahagia. Tiba-tiba, kesakitan dan kesengsaraan
Semua orang di negara kamu telah merasakan keganasan,
pertumpahan darah, kesengsaraan, ketakutan. Semua orang.
Tidak ada seorang pun di negara kamu yang tidak mengalami pengalaman ini.
Tetapi, terdapat sesuatu yang lain di sini.
Terdapat sesuatu yang lain mengenai orang-orang ini, orang-orang Amerika yang berada di situ.
Terdapat sesuatu yang lain yang ada pada mereka yang kamu dapat lihat, orang-orang Amerika yang berada di situ.
Dan apa yang kamu dapat lihat? Mereka adalah orang-orang Kristian.
Mereka ialah orang-orang Kristian. Mereka menyembah Tuhan Kristian.
Mereka mempunyai salib, mereka membawa kitab Injil.
Kitab-kitab Injil mereka mempunyai lencana yang tertulis 'U.S. Army'.
Dan pemimpin-pemimpin mereka, pemimpin-pemimpin mereka, sebelum mereka menghantar anak-anak lelaki dan
anak-anak perempuan untuk berperang di negara kamu, dan kamu mengetahui puncanya,
sebelum mereka menghantar anak-anak mereka, mereka pergi ke gereja
dan mereka berdoa kepada Tuhan Kristian mereka
dan mereka meminta perlindungan dan bimbingan daripada Tuhan itu.
Kenapa?
Sudah semestinya kerana mereka inginkan orang-orang yang terkorban di dalam perang itu adalah orang-orang Muslim.
Mereka Orang-orang Iraq.
Mereka bukan orang-orang Amerika.
Kamu tak ingin orang-orang Amerika terkorban. Kamu ingin lindungi tentera-tentera kita.
Dan kamu merasakan sesuatu mengenai itu. Bukan begitu?
Dan mereka melakukan pelbagai perkara yang mulia, perkara-perkara mengenai hak asasi manusia,
tetapi orang-orang inilah, kerana orang-orang inilah, mereka berada di situ
kamu membaca mengenainya, kamu mendengar mengenainya, mereka berada di situ untuk membina sekolah-sekolah
dan untuk membantu orang dan itulah apa yang mereka ingin lakukan.
Mereka melakukan perkara-perkara mulia, tetapi mereka juga melakukan perkara-perkara yang hina
dan kamu tak dapat membezakan antara keduanya.
Jadi kamu tidak membezakannya.
Dan lelaki ini, lelaki ini ialah seperti Lieutenant General William Boykin.
Inilah lelaki yang mengatakan Tuhan kamu ialah Tuhan yang palsu.
Tuhan kamu ialah sebuah patung. Tuhan dialah Tuhan yang sebenar. Penyelesaian untuk masalah di Middle East
menurut dia ialah untuk menukar agama kamu ke agama Kristian.
Tinggalkan saja agama kamu.
Dan kamu tahu mengenai itu.
Orang-orang Amerika tidak membaca mengenai lelaki ini.
Mereka tidak tahu apa-apa mengenai lelaki ini, tetapi kamu tahu.
Kamu menyebarkan berita, kamu menyebarkan kata-kata lelaki ini kepada orang lain.
Ini adalah sesuatu perkara yang serius. Kamu takut.
Dia merupakan salah satu pemimpin utama dalam penjajahan Iraq yang kedua,
dan kamu pun berfikir, "Oh Tuhan, jika lelaki ini sedang berkata sedemikian,
jadi semua tentera pasti berkata sedemikian juga.
Betul?
Lihatlah perkataan ini. George Bush menggelar perang ini sebagai "crusade".
Orang-orang Amerika hanya berkata "Crusade, lantaklah. Saya tidak tahu apa maksudnya."
Tetapi kamu tahu apa maksudnya. Maksudnya ialah perang suci menentang orang-orang Muslim.
Cerobohi mereka, tundukkan mereka, dan rampas sumber-sumber mereka. Jika mereka tidak mengalah, bunuhlah mereka.
Inilah kenyataannya.
Dan kamu pula berfikir "Oh Tuhan, orang-orang Kristian ini sedang datang untuk membunuh kita."
Ini adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Dan kamu berasa takut.
Sudah semestinya kamu akan berasa takut.
Sudah semestinya kamu akan berasa takut.
Kenapa kamu tidak akan berasa takut?
Dan lelaki ini, Terry Jones, inilah lelaki yang ingin membakar Qur'an bukan?
Dan orang-orang Amerika berkata "Dia ni seseorang yang tidak waras, dia bekas pengurus hotel,
dan dia mempunyai tiga puluh enam ahli untuk gereja dia",
mereka hanya mentertawakan dia. Tetapi kamu tidak mentertawakan dia.
Kerana di dalam konteks yang lain, kesemua serpihan-serpihan berada pada tempatnya.
Sudah semestinya orang-orang Amerika berfikir sebegini,
dan di merata-rata tempat di Middle East, bukan sahaja di negara kamu sedang memberontak.
Dia ingin membakar Qur'an, kitab suci kita.
Orang-orang Kristian, siapakan mereka? Mereka semua sangat jahat, dan sangat kejam.
Adakah mereka benar-benar sebegitu?
Inilah apa yang kamu sedang fikirkan sebagai seorang Arab Muslim, sebagai seorang dari Iraq.
Sudah pasti kamu akan berfikir sebegini. Bagaimana kamu tidak dapat berfikir sebegini?
Dan sepupu kamu berkata "Hei, tengoklah laman web ini.
Kamu kena tengok Kristian ini, lihatlah 'Bible Boot Camp'.
Orang-orang Kristian ini sudah gila. Mereka sedang melatih anak-anak kecil mereka untuk menjadi tentera untuk Jesus."
Dan mereka mengambil anak-anak kecil ini, meletakkan mereka melalui perkara-perkara sebegini
dan melatih mereka untuk berkata "Tuan, baik tuan!" dan bermain permainan seperti melemparkan bom tangan
dan cara menjaga dan penyelenggaraan senjata.
Pergilah pada laman web itu. Terdapat perkataan 'U.S. Army' di dalamnya.
Orang-orang Kristian ini sudah gila!
Bagaimanakah mereka boleh melakukan perkara ini kepada anak-anak kecil mereka?
Dan kamu sedang membaca laman web itu dan sudah pasti semua orang-orang Kristian
yang berada di Amerika atau sesiapa sahaja akan berkata
"Ini merupakan gereja yang sangat kecil yang berada di sesuatu tempat yang kurang dikenali."
Tetapi kamu tidak tahu mengenai itu.
Untuk kamu, orang-orang Kristian kesemuanya adalah sebegini.
Kesemuanya tercatat di dalam laman web itu -- 'Bible Boot Camp'
Dan lihatlah ini. Mereka mengajar anak-anak mereka.
Melatih anak-anak mereka dengan cara yang sama mereka melatih tentera laut Amerika.
Bukankah ini sangat menarik?
Dan ia sangat menakutkan dan mengerikan kepada kamu.
Orang-orang ini, kamu dapat lihat mereka?
Bagi saya, Sam Richards, saya kenal siapa lelaki-lelaki ini.
Mereka semua pelajar-pelajar saya, rakan-rakan saya. Saya tahu apa yang mereka sedang fikirkan.
Tetapi kamu tidak tahu.
Bila kamu memandang mereka, pandangan kamu berlainan sama sekali. Berlainan sekali.
Inilah apa yang ada di dalam pandangan kamu. (Christian Invaders: Penceroboh Kristian)
Kita tidak melihat mereka seperti itu di Amerika.
Tetapi kenapa kamu melihat mereka sebegitu?
Sudah semestinya, kamu yang telah tersilap.
Kamu sedang generalisasikan mereka, dan ini adalah salah.
Kamu tidak memahami orang-orang Amerika. Ini bukan suatu pencerobohan Kristian.
Kami tidak datang ke situ untuk minyak. Kami hadir di situ atas beberapa sebab.
Kamu yang telah tersilap, kamu yang tidak nampak.
Dan sudah semestinya kebanyakan daripada kamu tidak menyokong pemberontakan
kamu tidak menyokong membunuh orang-orang Amerika, kamu tidak menyokong pengganas.
Sudah semestinya anda tidak menyokong. Amatlah kecil bilangan orang yang menyokong. Tetapi, sesetengah daripada kamu merupakan penyokong.
Ini adalah suatu perspektive.
Ok, sekarang, inilah apa yang kita akan lakukan.
Keluarkan diri kamu dari tempat yang kamu berada sekarang
dan masukkan diri kamu kembali ke tempat asal kamu. Jadi semua orang telah kembali ke dalam bilik ini, ok?
Sekarang, inilah experimentnya yang radical.
Jadi kita semua telah pulang ke rumah.
Gambar ini. Perempuan ini?
Saya dapat merasakan apa yang dia rasa. Sangat merasakan apa yang dia rasa.
Dialah kakak saya, isteri saya, sepupu saya, jiran saya, dialah sesiapa sahaja.
Dan lelaki-lelaki yang sedang berdiri di situ, semua orang di dalam gambar ini?
Saya dapat memahami gambar ini.
Jadi inilah apa yang saya ingin kamu lakukan.
Kita ingat kembali contoh pertama saya mengenai orang-orang Cina, ok?
Saya ingin kamu semua kembali ke situ, jadi ia semuanya mengenai arang batu
dan orang-orang Cina ini berada di Amerika.
Dan saya ingin kamu bayangkan perempuan ini sebagai seorang perempuan Cina yang sedang menerima bendera negara China
Kerana orang-orang yang dia sayangi telah terkorban di Amerika dalam pemberontakan arang batu.
dan tentera-tentera ini adalah Cina dan semua orang yang lain adalah Cina.
Ok? Jadi sebagai rakyat Amerika, apa yang anda rasa tentang gambar ini?
Apa yang anda fikirkan mengenai adegan ini?
Ok, cuba yang ini pula.
Berbalik semula kepada topik. Untuk adegan ini, Ini ialah orang Amerika,
tentera-tentera Amerika, seorang perempuan dari Amerika yang telah kehilangan orang-orang yang tersayang di Middle East,
di Iraq atau Afghanistan.
Sekarang tempatkan diri kamu di tempat
seorang Arab Muslim yang tinggal di Iraq.
Apakah yang kamu sedang rasakan dan fikirkan mengenai gambar ini,
mengenai perempuan ini?
Ok, tumpukan perhatian sekarang.
Kerana saya sedang mengambil satu risiko yang besar.
Saya ingin menjemput anda semua untuk mengambil risiko ini bersama-sama saya, ok?
Lelaki-lelaki di sini, mereka adalah pemberontak.
Mereka telah ditangkap oleh tentera-tentera Amerika kerana telah mencuba membunuh orang-orang Amerika.
Dan mungkin mereka telah berjaya. Mungkin mereka telah berjaya.
Letakkanlah diri kamu di tempat tentera-tentera Amerika yang telah berjaya menangkap mereka.
Bolehkah kamu rasakan kemarahan itu?
Bolehkah kamu merasakan yang kamu ingin mencekik lelaki-lelaki ini?
Bolehkan kamu pergi ke situ? Rasanya tidak begitu susah bukan?
Kamu tahu kamu rasa sangat bersemangat.
Ok, sekarang, letakkanlah diri kamu di tempat mereka.
Adakah mereka pembunuh yang kejam
ataupun para pelindung yang patriotik?
Yang mana satu?
Dapatkah kamu rasakah kemarahan, ketakutan mereka
terhadap apa yang telah berlaku pada negara mereka?
dapatkah kamu bayangkan salah seorang daripada mereka, pada waktu pagi telah
tunduk di hadapan anak mereka dan memeluk mereka dan berkata,
"Sayang, ayah akan balik kejap lagi. Ayah akan keluar untuk mempertahankan kemerdekaan sayang, untuk nyawa sayang."
"Ayah akan keluar untuk memelihara kita, dan masa depan negara kita."
Bolehkah kamu membayangkan itu? Boleh kamu membayangkan diri kamu mengucapkan kata-kata itu?
Bolehkah kamu sampai ke situ?
Apakah yang kamu rasa mereka sedang alami?
Itulah dia empati.
Ia juga merupakan pemahaman.
Sekarang kamu mungkin tanya, "Ok Sam, jadi kenapa awak berbuat begini?"
"Kenapa awak menggunakan contoh-contoh yang tertentu ini?"
Dan saya akan menjawab kerana kamu dibenarkan untuk membenci orang-orang ini.
Kamu dibenarkan untuk membenci mereka dengan seluruh jiwa raga kamu.
Dan jika saya dapat membawa kamu untuk masuk ke tempat mereka
dan berjalan seinci, hanya satu inci yang kecil,
cubalah bayangkan jenis-jenis sosiologikal analisis yang kamu boleh lakukan
di dalam aspek-aspek kehidupan kamu yang lain.
Kamu dapat berjalan sejauh satu batu bila tiba masanya untuk memahami
kenapa seseorang itu memandu hanya 40 batu per jam di lorong memotong,
atau anak lelaki remaja kamu, atau jiran kamu,
yang mengganggu kamu dengan memotong rumput di lamannya pada pagi Ahad.
Apa-apa sahaja perkaranya pun, kamu dapat pergi sejauh itu -- inilah apa yang saya beritahu pada pelajar-pelajar saya.
Keluarlah dari dunia kecil anda.
Dan masuklah ke dalam dunia kecil orang lain.
Dan buatlah demikian sekali lagi, dan sekali lagi, dan berulang-ulang kali
dan secara tiba-tiba, kesemua dunia-dunia kecil itu
telah bersatu dalam satu web yang komplex
dan mereka membina satu dunia besar yang komplex.
Dan tanpa kamu sedari, kamu akan melihat dunia dengan pandangan yang berbeza.
Kesemuanya telah berubah.
Kesemuanya yang hadir di dalam hidup kamu telah berubah.
Itulah apa yang kita ingin kecapi.
Hadir dan fahami kehidupan orang lain, pandangan orang lain.
Dengarlah kata-kata orang lain. Ringankanlah beban kita.
Jadi apa yang saya akan katakan ialah, saya tidak mengatakan bahawa saya menyokong pengganas-pengganas di Iraq.
Tetapi sebagai seorang sosiologist, saya kata bahawa saya faham akan situasi ini.
Dan sekarang, mungkin, mungkin sahaja, kamu akan memahami juga.
Terima kasih.
( applause )