Tip:
Highlight text to annotate it
X
MENGUBAH SUAI KERETA
Kereta Nissan ini dipilih kerana ia salah satu kenderaan yang amat ringkas.
Tiada sistem elektronik. Tingkapnya manual. Enjinnya diesel 4.2 liter sedutan tabii. Jadi ia berkuasa tinggi
di bawah bonet. Memanaskan penumpang pada suhu negatif 50 darjah dengan selamat, dan juga
mengekalkan enjin beroperasi pada suhu pengendalian adalah cabaran besar bagi kami.
Kami memilih pemanas Webasto, pemanas berkuasa diesel yang besar. Ia beroperasi tanpa bergantung
kepada enjin, ia membawa haba tambahan ke dalam enjin melalui sistem penyejukan.
Alas bumbung and panel sisi telah dikeluarkan, dan kami telah mengisinya penuh dengan penebat.
Kami membuka alas lantai dan memasukkan kerajang - dan felt setebal 30 mm - untuk memberikan lebih banyak
penebatan. Untuk kenderaan yang betul-betul selamat, sangkar khas dipasangkan. Kami akan meningkatkan
sistem ampaiannya. Spring lebih kuat. Penyerap kejutan lebih baik. Paling penting, cengkaman di atas jalan –
dan kita hanya boleh memperolehinya dengan memasang tayar salji khas.
Kami telah menebatkan bateri jenis gel ini. Sistem bahan api mempunyai alat pemanas yang memanaskan bahan api apabila
ia masuk. Jika kami perlu membiarkan enjin berjalan sepanjang malam, kami ada sistem amaran di sini; jika enjin mati,
kami akan dengar loceng ini.
Banyak haba hilang melalui bahagian atas enjin, jadi kami melitupi enjin dengan selimut felt ini.
Sama seperti kita berselimut, kami memerangkap haba daripada terlepas. Mudah tetapi sangat berkesan.
Kami perlu memasang cermin depan dwilapis. Cara mereka melakukannya menakjubkan.
Satu lagi cermin depan dialaskan penebat untuk menghasilkan ruangan udara, dan dilekatkan ke atas cermin depan. Saya tidak pernah
melihatnya dilakukan di tempat lain.
Saya rasa ini sudah bagus - pacuan 4 roda dan tayar yang bagus. Boleh ke mana-mana.
Boleh jalan. Memang boleh.