Tip:
Highlight text to annotate it
X
(Tepukan)
Terdapat berapa jeniskah bahasa isyarat di dunia ini?
Hanya satu? Adakah bahasa isyarat universal?
Beberapa jenis?
Adakah ia berbeza di setiap tempat?
Terdapat sekurang-kurangnya 126 jenis bahasa isyarat di dunia ini.
Dari segi teknik, setiap negara mempunyai bahasa isyaratnya sendiri.
Bahasa isyarat British dan bahasa isyarat Amerika adalah berbeza sama sekali,
walaupun kedua-duanya berbahasa Inggeris.
Berapa ramaikah orang yang gunakan bahasa isyarat?
Orang ramai mungkin ingat bahawa bahasa isyarat jarang digunakan,
tapi ia bahasa keempat yang terbanyak digunakan di Amerika, selepas bahasa Cina.
Bahasa isyarat bukan alat komunikasi antara orang pekak dengan orang yang dapat mendengar.
Setiap jenis bahasa isyarat mengandungi nahu, perkataan dan bentuk pertanyaan.
Tapi, semasa saya bercakap tentang bahasa isyarat,
saya kerap mendengar sesuatu yang sama,
"Bahasa isyarat bukan universal? Kenapa? Ia cuma gerak isyarat."
"Ia bagus jika orang ramai dapat berkomunikasi tanpa penterjemahan."
"Ia pasti menakjubkan."
Okey, saya faham maksud mereka.
Tapi, bahasa gerak-geri pun bukan universal, apalagi bahasa isyarat.
Tapi, bahasa gerak-geri pun bukan universal, apalagi bahasa isyarat.
Di seluruh dunia, ramai orang belajar bahasa Inggeris
tapi bahasa Inggeris bukan bahasa universal kita.
Ramai orang gunakan bahasa Cina dalam kehidupan seharian mereka.
Bagaimana pula dengan bahasa Esperanto?
Kenapakah kita tidak mempunyai bahasa universal?
Mungkin orang ramai akan terfikir tentang sebutan dan pelat.
Mungkin ia benar, tapi perbezaan kebudayaan dan sejarah adalah lebih penting.
Contohnya, "menipu". Seperti menipu atau mengkhianati seseorang.
Dalam bahasa isyarat Amerika, inilah "menipu".
Apakah ini?
Ini dinding dan orang ini menyembunyikan diri, jadi inilah "pengintip".
Bagaimana pula dengan bahasa isyarat Jepun?
Apakah ini?
Inilah "rubah".
Dalam cerita-cerita lama di Jepun, rubah ialah haiwan yang menipu manusia.
Rubah akan berubah menjadi manusia dan mencuri daripada manusia.
Di Amerika, pengintip menipu orang. Di Jepun, rubah menipu orang.
Adakah ini sebutan? Ini perbezaan kebudayaan.
Sekarang, anda tahu bahawa
adalah sukar untuk menjadikan bahasa isyarat universal.
Dari segi linguistik, bahasa isyarat ialah sejenis bahasa.
Bahasa isyarat ialah bahasa ibunda bagi ramai pengguna bahasa isyarat.
Mereka berfikir, bermimpi dan bergantung pada bahasa isyarat.
Biar saya bercakap sedikit tentang diri saya.
Dalam keluarga saya, tiada orang pekak.
Saya juga tiada kawan pekak sehingga saya mula belajar bahasa isyarat.
Tapi, ketika saya melihat bahasa isyarat buat kali pertama, saya amat sukainya.
kerana bahasa isyarat ialah bahasa yang sangat indah.
Saya mula belajar bahasa isyarat ketika saya berusia 20 tahun,
iaitu 5 tahun lalu.
Semasa anda belajar sesebuah bahasa, anda perlukan kamus.
Kebanyakan orang Jepun belajar bahasa Inggeris.
Kami ada kamus Jepun-Inggeris, dan Inggeris-Jepun.
Kami perlukan kedua-duanya.
Bagaimana pula dengan bahasa isyarat?
Kami ada kamus Jepun-bahasa isyarat Jepun,
dan kamus Inggeris-bahasa isyarat Amerika,
tapi kami tidak ada kamus bahasa isyarat Jepun-Jepun,
dan kamus bahasa isyarat Amerika-Inggeris.
Semasa saya gunakan bahasa isyarat pada permulaan ceramah ini,
anda tidak tahu apa yang saya sampaikan.
Bagaimanakah anda mencari isyarat-isyarat itu?
Jawapannya: SLinto. Ia papan kekunci bahasa isyarat yang pertama di dunia.
Anda boleh menaip kekunci untuk jari-jari dan kedudukan tangan anda,
kemudian mencari perkataan itu dalam bahasa isyarat.
Akhirnya, anda akan mendapat maknanya dalam bahasa anda.
SLinto bukan hanya untuk orang Jepun dan Amerika,
ia boleh digunakan untuk semua jenis bahasa isyarat di dunia ini.
Kamus ini melibatkan usaha orang ramai,
jadi anda boleh menyertai kami untuk menghasilkan kamus ini.
Muat naik sajalah video bahasa isyarat, seperti di YouTube,
menyuntingnya, seperti di Wikipedia dan mengongsikannya, seperti di Facebook.
Hari ini merupakan hari pertama wujudnya kamus baru dalam sejarah.
Teknologi untuk orang pekak. Terima kasih.
(Tepukan)