Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kadangkala apabila anda sedang mencari, mendapat maklumat
daripada orang yang anda kenali benar-benar boleh membantu.
Seperti apabila anda merancang perjalanan, alangkah hebatnya bila melihat
cadangan dan pandangan daripada
rakan dan kenalan anda.
Apabila melog masuk ke akaun Google anda dan anda membuat
carian, anda akan mula melihat hasil carian daripada orang yang
berhubung dengan anda di Blogger, Twitter, Flickr dan tapak yang
tersedia secara umum.
Di bahagian bawah hasil carian, anda akan nampak nama dan foto
profil orang yang berkongsi atau menerbitkan
maklumat ini.
Katakan saya merancang perjalanan akan datang dah saya sedang memikirkan
untuk pergi mengembara berjalan kaki.
Saya nampak tweet rakan saya, Matt mengenai pengembaraan
berjalan kakinya yang hebat di Yosemite.
Nampaknya seperti perjalanan yang tepat untuk saya.
Sekarang saya perlu memikirkan di mana saya akan tinggal.
Apabila saya mencari tapak perkhemahan, saya nampak album Flickr rakan saya, Jill
tentang perjalanannya ke Yosemite.
Pemandangan dari tapak perkhemahannya begitu menakjubkan, jadi saya akan cuba
tinggal di sana.
Melihat fotonya, mengingatkan saya yang saya perlu mendapatkan
kamera yang lebih bagus untuk perjalanan ini.
Apabila saya mencari kamera, saya lihat hasil carian blog daripada Ariana.
Berlegar-legar atas namanya, saya teringat yang dia adalah
jurugambar profesional yang saya ikuti di Twitter.
Saya akan klik ke blognya dan lihat apa yang dia cadangkan.
Cubalah sendiri.
Anda boleh mendapat idea dan cadangan daripada orang
yang anda percayai, dalam hasil carian anda sendiri.
Jika anda mahukan lebih banyak kandungan dan cadangan, anda boleh
memaut ke akaun Twitter, Flickr dan akaun yang lain.
Semuanya merupakan kebaikan yang memang anda harapkan daripada Google, serta
pandangan daripada rakan, keluarga anda dan orang lain di web,
tepat pada masa bila anda benar-benar memerlukannya.