Tip:
Highlight text to annotate it
X
Dengan Hangouts anda dapat sentiasa berhubungan dengan keluarga dan rakan.
Dalam video ini, kami akan menunjukkan betapa mudahnya untuk menghantar dan menerima mesej teks
dengan telefon anda menggunakan Hangouts.
Anda turut boleh menghantar mesej multimedia untuk berkongsi foto,
video dan GIF beranimasi juga. Anda boleh menggunakan
ciri SMS dan MMS ini jika anda mempunyai aplikasi Hangouts pada Android 4.0 dan lebih tinggi.
Jangan lupa bahawa semua caj mesej teks melalui pembawa mudah alih anda masih dikenakan.
Mula-mula, semak peranti yang anda gunakan untuk Hangouts.
Jika anda menggunakanIf Nexus 5, Hangouts sudah dipasangkan sebagai aplikasi
pemesejan teks utama anda.
Jika anda tidak menggunakan Nexus 5
dan menggunakan Android 4.4 atau lebih tinggi,
anda perlu menjadikan Hangouts aplikasi pemesejan teks utama anda. Begini caranya:
Buka aplikasi Hangouts pada peranti Android anda
dan pergi ke "Tetapan". Buka bahagian "SMS"
dan sentuh "SMS dilumpuhkan". Ini akan menjadikan Hangouts aplikasi pemesejan teks utama anda
Jika anda menggunakan Android 4.3 atau lebih rendah
anda perlu menghidupkan mesej teks dalam Hangouts.
Mula-mula, buka aplikasi Hangouts pada peranti Android anda
dan pergi ke "Tetapan". Buka bahagian "SMS"
dan tandakan kotak di sebelah "Hidupkan SMS". Ini akan menjadikan Hangouts aplikasi
pemesejan teks utama anda.
Apabila anda menghidupkan SMS, semua mesej teks anda yang sedia ada
diimport ke dalam Hangouts. Anda hanya dapat mengakses mesej ini
pada telefon Android anda dan bukan dari sebarang Hangouts yang lain di web,
peranti iOS atau tablet anda. Jika selepas ini anda
tidak mahu menggunakan Hangouts sebagai aplikasi pemesejan teks anda, nyahtandakan kotak
di sebelah "Hidupkan SMS". Setelah anda menghidupkan mesej teks dalam Hangouts,
terdapat tiga cara untuk menambahkan kenalan untuk mesej teks itu.
Pilihan pertama anda adalah membuka halaman Hangouts yang baharu
kemudian taip nombor telefon terus ke dalam kotak carian. Cara kedua adalah mencari
nama dan nombor telefon kenalan dalam halaman Hangouts yang baharu. Kemudian pilih "Hantar SMS ke"
dan sentuh nombor kenalan yang hendak dihantarkan mesej.
Pilihan ketiga adalah memilih kenalan daripada senarai perbualan
Kemudian pilih "SMS" daripada item menu lungsur. Jika kenalan anda
tiada di Hangouts dan mempunyai nombor telefon,
anda dapat melihat ikon SMS dengan foto profil kenalan itu
Setelah anda memilih kenalan, taipkan apa yang ingin diperkatakan dalam ke dalam kotak mesej.
Anda turut dapat menghantar foto atau video melalui mesej teks.
Untuk menghantar foto atau video dengan mesej teks anda,
sentuh ikon kamera di sebelah kanan kotak mesej. Satu kotak akan dipaparkan
dan anda dapat memilih apa yang ingin dilakukan:
ambil foto, rakam video atau lampirkan foto yang sedia ada
Setelah anda membuat pilihan, sentuh ikon hantar untuk menghantar mesej.
Anda boleh menyesuaikan tetapan anda untuk mesej teks dan multimedia juga.
Anda boleh melaraskan pemberitahuan anda supaya bergetar atau berbunyi, memadamkan mesej lama
memaparkan paparan secara automatik dalam mesej dan bermacam-macam lagi.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun Hangouts, anda hanya boleh menggunakan satu akaun pada satu masa
untuk mesej teks.
Tetapan lain yang boleh anda urus adalah untuk makluman wayarles.
Ini membolehkan anda menentukan sama ada mahu menerima makluman kecemasan seperti
makluman AMBER atau ancaman cuaca melampau supaya anda mengetahui peristiwa penting
berdekatan dengan lokasi anda.
Sekarang, anda boleh mengetahui perkembangan semua ahli keluarga dan rakan di satu tempat
dengan menggunakan aplikasi Hangouts untuk menghantar dan menerima teks dalam mesej multimedia untuk nombor telefon anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menghantar dan menerima
mesej teks dan multimedia menggunakan Hangouts, pergi ke
Pusat Bantuan Hangouts di
support.google.com/hangouts.