Tip:
Highlight text to annotate it
X
Wikipedia tidak membuat keuntungan, namun ia adalah laman web #5 terkenal di dunia. Semua rencana di Wikipedia ditulis oleh para sukarelawan.
Kami ingin memperkenalkan beberapa daripada mereka kepada anda...
Saya dari Nepal
Saya dari Iraq
Saya datang dari India
Saya dari Byram, New Jersey
Saya tinggal di Birmingham, England
Chicago, Illinois -- La Paz, Bolivia, -- Nairobi, Kenya
Kuala Lumpur, Malaysia -- Milan di Itali -- Afrika Utara
Poland -- Jepun -- Armenia
Brazil -- Rusia -- Botswana
Israel -- Mexico
Istanbul -- Mexico
Chattanooga, Tennessee
Pada permulaan saya menyertai Wikipedia pada tahun 2008, saya mencipta banyak rencana.
Salah satu daripadanya, saya rasa ia tentang seorang wanita bernama Mariam Nour.
Kami tidak mempunyai rencana tentangnya, lalu -- dan ini merupakan rencana pertama saya.
Jadi saya lupa tentangnya! Mungkin dua atau tiga tahun kemudian,
secara kebetulan saya membaca rencana itu. Saya terkejut.
Lebih daripada 100,000 orang membaca rencana tersebut.
Mereka gunakannya, maka mereka mendapat maklumat daripada rencana tersebut. Mereka terjumpa rencana tersebut,
dan anda rasa seperti anda memberi kesan dan pengaruh kepada lebih daripada 100,000 orang.
Saya sungguh takut apabila saya tekan butang 'sunting' untuk kali pertamanya.
Saya fikir, "Oh Tuhanku, saya akan merosakkan segala-galanya! Ia tidak akan menjadi! Saya tidak dapat lakukannya!"
Wikipedia adalah 'sumber terbuka' -- semua orang boleh menulis ideanya di sini
dan kemudian seseorang datang dan menambah baik idea tersebut menjadikan ia hebat.
Terdapat beribu-ribu orang bekerja setiap hari, setiap masa, setiap ketika di Wikipedia untuk menambah baiknya.
Kebanyakan mereka adalah sukarelawan dan ia satu cara unik untuk menjadinya.
Ia membawa bersama golongan profesional dan amatur yang mempunyai minat pada topik tertentu.
Orang yang pada awalnya mempunyai pandangan berbeza mula bekerjasama.
Pelbagai sangkaan yang mungkin anda sangkakan syarikat gergasi Internet
dikendalikan oleh sukarelawan seperti saya.
Anda tidak boleh kata, "Okey, saya betul, kamu salah, ini rencana versi saya!"
Jika ada isu berat sebelah,
mungkin seseorang telah tandakannya dan jika tidak, sekarang saya boleh tandakannya juga.
Anda mempunyai beratus dan ribuan orang melihatnya
dan membetulkannya.
Dan kemudian saya tekan butang itu dan
Boom - Perjalanan tersebut bermula dan ia sungguh hebat.
Pertamanya saya bermula dengan 'Kebarangkalian'.
Rencana pertama yang saya tulis adalah 'Kebarangkalian'.
Salah satu rencana utama yang telah saya tulis di Wikipedia adalah
rencana tentang luka tikaman.
Saya menulis tentang mempas,
Sejarah Montana, sejarah Taman Negara, Yellowstone.
Tanaman tidak digunakan sepenuhnya. Pemain catur. Biodiversiti.
Topik sejarah tentera. Sejarah Armenia. Sejarah Rom.
Hakim. Perhubungan. Biografi. Bola sepak.
Ireland. Pennsylvania. Kebanyakannya fotografi.
Pink Floyd. Memasak, kerana saya sukakannya.
Senjata nuklear dan keradioaktifan,
dan kayak air putih. 00:02:52,201,00:02:56.000 Terdapat pelbagai maklumat di luar sana yang berselerak
dan kami letakkan ia dalam satu tempat.
Kami tawarkan pengetahuan percuma untuk semua orang,
dalam bahasa mereka sendiri supaya mereka boleh gunakannya.
Semua orang mendapat manfaat sama ada mereka kaya ataupun miskin.
Untuk syarikat berasaskan keuntungan, mereka mempunyai motivasi berlainan dan keperluan berbeza.
Daripada Yayasan Wikimedia, saya tidak mengambil sebarang gaji dan saya juga tidak mengambil satupun perbelanjaan.
Saya fikir ia amat penting bahawa saya dapat katakan dengan jelas,
Lihat, apabila saya meminta anda duit, saya bukan meminta duit untuk diri saya sendiri --
Saya meminta anda duit untuk Yayasan iaitu pasukan yang membantu komuniti yang menakjubkan ini dan saya adalah salah seorang daripadanya.
Saya fikir Wikipedia memberi saya peluang untuk membuat perubahan besar di dunia ini.
Ia seperti satu pelaburan untuk masa hadapan anda dan anak-anak anda.
Terima kasih
Kandungan di dalam video ini disediakan di bawah lesen Creative Commons Attribution-ShareAlike v3.0 (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0) melainkan jika tidak dinyatakan. Kerja ini adalah hasil usaha: Victor Grigas, Yayasan Wikimedia. Pandangan dan ulasan yang diluahkan di dalam video ini adalah semata-mata mereka yang muncul di dalam video ini dan tidak semestinya mencerminkan dasar atau kedudukan mana-mana syarikat, organisasi atau institusi dimana individu itu mungkin terlibat. Tanda dagangan dan logo Yayasan Wikimedia dan mana-mana organisasi adalah tidak termasuk dalam lesen Creative Commons. Jenama dan logo Wikimedia, termasuk "Wikipedia" dan logo glob teka-teki didaftarkan di bawah tanda dagangan berdaftar Yayasan Wikimedia. Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman Dasar Tanda Dagangan kami, http://www.wikimediafoundation.org/wiki/Trademark_Policy atau hubungi trademarks@wikimedia.org.
Video ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons.
Seperti Wikipedia, ia bebas untuk disalin, diadun semula dan dikongsi. �