Tip:
Highlight text to annotate it
X
>> CUTTS: Hai, nama saya Matt Cutts. Saya seorang jurutera dalam kumpulan kualiti di Google dan hari ini, saya ingin
bercakap mengenai perkara yang berlaku apabila anda membuat carian web. Perkara pertama untuk difahami
ialah, apabila anda membuat carian Google, anda sebenarnya bukan mencari di web, anda mencari
dalam indeks web Google atau sekurang-kurangnya sebanyak mana web yang kami boleh dapatkan. Kami melakukannya
menggunakan program perisian dipanggil lelabah. Lelabah bermula dengan mengambil beberapa halaman web, kemudian
lelabah mengikut pautan pada halaman tersebut dan mengambil halaman yang ditunjukkan dan mengikut semua
pautan pada halaman tersebut dan mengambil halaman yang dikaitkan padanya dan seterusnya, sehingga kami telah
mengindeks sebahagian besar web--berbilion-bilion halaman yang disimpan merentasi beribu-ribu mesin.
Katakanlah saya ingin tahu betapa pantas seekor cheetah berlari. Saya taipkan carian saya, contohnya, kelajuan
cheetah berlari dan menekan masuk. Perisian kami mencari dalam indeks kami untuk mendapatkan setiap halaman yang
merangkumi istilah carian itu. Dalam kes ini, terdapat beratus ribu hasil carian yang mungkin.
Bagaimanakah Google memutuskan beberapa dokumen yang benar-benar saya mahukan? Dengan bertanyakan soalan--
lebih 200 soalan. Seperti, berapa kali halaman ini mengandungi kata kunci anda? Adakah perkataan ini
dipaparkan dalam tajuk, dalam URL, betul-betul bersebelahan? Adakah halaman ini merangkumi sinonim untuk
perkataan itu? Adakah halaman ini berasal dari tapak web yang berkualiti tinggi atau rendah, malah spam?
Apakah Kedudukan Halaman ini? Kedudukan Halaman ialah formula yang direka oleh pengasas kami, Larry Page dan Sergey
Brin, yang menarafkan kepentingan halaman web dengan melihat pada bilangan pautan luar yang menunjuk padanya
dan betapa penting pautan tersebut. Akhir sekali, kami satukan semua faktor itu untuk menghasilkan
skor keseluruhan setiap halaman dan menghantar kembali kepada anda hasil carian anda kira-kira setengah saat selepas
anda menyerahkan carian anda. Di Google, kami amat mengambil berat iltizam kami dalam menyampaikan
hasil carian yang berguna dan adil. Kami tidak sekali-kali menerima bayaran untuk menambahkan tapak pada indeks kami,
mengemas kini tapak itu lebih kerap atau meningkatkan kedudukannya. Mari lihat hasil carian saya. Setiap
masukan merangkumi tajuk, URL dan cebisan teks untuk membantu saya memutuskan sama ada halaman ini
ialah halaman yang saya cari. Saya juga nampak pautan ke halaman yang serupa, versi halaman itu
yang terbaharu disimpan oleh Google dan carian berkaitan seterusnya yang mungkin ingin saya cuba. Kadangkala
di sepanjang sisi kanan dan bahagian atas, saya akan lihat iklan. Kami juga amat mengambil berat tentang perniagaan
pengiklanan kami, kedua-dua iltizam kami untuk menyampaikan khalayak terbaik mungkin untuk pengiklan
dan untuk berusaha memaparkan kepada anda iklan yang benar-benar anda ingin lihat. Kami amat teliti dalam membezakan
iklan anda daripada hasil carian biasa dan kami tidak akan memaparkan kepada anda apa-apa iklan langsung jika kami
tidak dapat mencari iklan yang kami rasa akan membantu anda mendapatkan maklumat yang anda cari--yang,
dalam kes ini, kelajuan cheetah berlari paling tinggi ialah melebihi 60 batu sejam. Terima kasih kerana
menonton, saya harap video ini telah menjadikan Google mudah sedikit difahami.