Tip:
Highlight text to annotate it
X
Cara untuk menjadi Monarki British:
Dahulunya, takhta menjadi milik sesiapa yang mempunyai askar terbesar. Apabila
telah mati lazimnya anak sulung akan mengawal tentera dan takhta berpindah
kepadanya, namun mereka dengan askar lebih besar boleh mengubah lanskap politik
agak mudah.
Masa berlalu dan dunia kurang keganasan sehingga pada 1701 Parlimen membuat
senarai undang-undang untuk mengubah takhta kepada waris, diharapkan dengan kurang
kekacauan berbanding sebelumnya.
Jadi begini cara undang-undang 1701 berfungsi:
Pertama: Jangan menjadi Katolik
Monarki British juga ketua Gereja England dimana monarki akan
sertai jika belum. Jika anda Katolik, tidak boleh bertakhta.
Sejarah keluarga diraja dan bagaimana peraturan ini terpakai boleh diceritakan pada lain masa
tetapi cukup dikatakan askar yang besar dan diplomasi terlibat.
Dan anda tidak boleh mencari jalan lain dengan bertukar dari Katolik ke
sesuatu yang lain kemudian ke Gereja England. Di mata takhta, Katolik ialah transitif.
Kedua: Jangan jadi gampang
Kadangkala, memang hebat menjadi Raja, tetapi tidak hebat menjadi anak haram
kepada raja, yang tidak layak bertakhta langsung sejak persenyawaan lagi
Jika anda bersaudara dengan monarki tetapi seorang Katolik atau gampang atau keduanya, tahkta
dikatakan 'Naturally Dead'(Mati secara natural) kepada anda dan hak anda sebagai waris takhta
Ketiga: Pasangan tidak dikira
Selalunya raja dan permaisuri dianggap sepasang, tetapi tidak dalam hal ini.
Pasangan kepada pemegang takhta digelar 'Royal Consort'(Peneman Diraja). Mereka boleh dipanggil 'prince'(putera) atau 'queen'(permaisuri) namun
dalam hal takhta, mereka tidak layak memegang takhta, mereka hanya
pasangan 23 kromosom untuk menghasilkan waris takhta sebenar.
Keempat dan akhirnya: Waris anak lelaki sulung.
Ini algorithm perwarisan, apabila pemegang takhta mangkat atau meletak jawatan, tetapi lazimnya
mangkat, takhta beralih ke anak lelaki sulung yang tidak 'Naturally Dead'. Jika ada
anak perempuan lebih tua, malang, adik lelakinya yang mendapat takhta.
Nampak mudah, tetapi jika seorang raja ada dua anak lelaki, anak lelaki sulung
mangkat sebelum raja mangkat, jelas takhta beralih kepada adik yang muda(sekarang lebih tua).
Tetapi, bagaimana jika anak lelaki sulung memberi cucu lelaki kepada raja sebelum mangkat? Kemana takhta
akan beralih?
Takhta dasarnya menganggap semua kecuali 'Naturally Dead' hidup:
jadi apabila raja mangkat takhta beralih ke anak sulungnya yang sekarang menjadi
raja tetapi juga telah mangkat, jadi peraturan terpakai dan takhta beralih
kepada anaknya, bukan yang dianggap iaitu adiknya.
Tetapi menurut peraturan 1701 bermakna anak lelaki sulung mendapat takhta, bagaimana permaisuri boleh
wujud? Asasnya, anak perempuan ialah pilihan terakhir takhta, itu sebab mereka
amat sedikit.
Untuk mendapat takhta, anak perempuan perlu menjadi anak tunggal atau anak sulung
tanpa adik lelaki.
Jadi ibu mengandung akan menjadikan anak perempuan mereka yang menginginkan takhta kerisauan.
Kadangkala, satu keturunan keluarga mati disebabkan peperangan atau penyakit atau lain-lain
jadi pelan kebarangkalian takhta jika bertemu jalan buntu ialah beralih ke atas satu tahap
gunapakai peraturan untuk mencari pewaris. Jika tiada, berganjak
ke atas lagi, dan mengulanginya sehingga bertemu waris yang hidup.
Dan pewarisnya pasti ada. Raja England pertama adalah pada lebih seribu tahun
dahulu dan kiraan pembiakan manusia yang didasarkan pada bukti DNA menunjukkan bahawa hampir
setiap orang Eropah yang hidup bersaudara dengannya. Jadi akhirnya takhta akan berjumpa
pewarisnya juga.
Jadi daripada raja pertama hingga kurun terkini, pelbagai peraturan telah digunakan untuk memiliki takhta
walaupun dengan ketidakadilan jantina yang tiada siapa ambil peduli sehingga sekarang,
pada 2013 tanpa sebarang sebab, semua orang bersetuju untuk mengemas kini peraturan
sekarang juga.
Jadi, Palimen dan Monarki bersama-sama telah melakukan beberapa perubahan: dan tumpuan pada
bahagian lelaki (peraturan keempat)
Sejak 2013 dan seterusnya, takhta berhak diwarisi lelaki dan perempuan sama rata. Hanya yang membezakan
perwarisan ialah susunan keutamaan sulung.
Jadi sebelum 2013, lelaki dalam kandungan kembar tak seiras boleh rasa selesa
yakin takhta akan beralih kepadanya walau apa yang berlaku, tetapi kini
selepas 2013: dunia kesamarataan jantina, ialah perlumbaan untuk memenangi takhta dengan dilahirkan dahulu.