Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pernahkah anda tertanya bagaimana Bumi mengekalkan orbitnya mengelilingi matahari?
Maksud saya, tarikan graviti lebih kuat apabila mendekati matahari, dan oleh itu jika Bumi
teralih sedikit ke arah matahari (misalnya, kalau anda melompat), tarikan matahari
akan meningkat dan menarik Bumi lebih hampir, di mana
tarikan matahari akan meningkat sekali lagi,... dan Bumi akan terpusing-pusing ke
ajalnya.
Tetapi anda dan saya dan keju Swiss merupakan bukti konkrit bahawa Bumi belum lagi
menemui ajalnya - mengapa begitu? Apabila Bumi tertolak sedikit ke arah
matahari, tarikan matahari memecutkannya sedikit juga - oleh itu walaupun tarikan matahari
lebih kuat, Bumi akan bergerak begitu cepat sehingga terlajak
lebih jauh daripada matahari. Sudah tentu tarikan matahari memperlahankannya dalam proses itu...
di mana Bumi berpusing balik dan mengulangi kitaran tersebut lagi.
Yang luar biasa adalah bahawa kedua-dua kesan pemecutan dan tarikan graviti yang
lebih kuat menyeimbangi satu sama lain dengan sempurna - Bumi mengekalkan orbitnya sebagaimana sebiji guli
mengekalkan kedudukannya di bawah sebiji mangkuk walaupun digoyang-goyangkan sedikit.
Keseimbangan ini amat unik kerana bergantung sepenuhnya pada kekuatan tarikan
graviti dan bilangan dimensi yang kita diami, dan orbit stabil ini hanya
wujud dalam alam berdimensi tiga.
Butirannya amat halus, tetapi jika tarikan graviti lebih kuat walau sedikit pun, sebagaimana
jika kita mendiami alam berdimensi empat, kita tidak mungkin mampu mengelilingi matahari kerana kita akan tertarik
tanpa pemecutan yang mencukupi untuk melepaskan diri dan kita memang akan menemui ajal
kita. Dan jika alam kita mempunyai kurang daripada tiga dimensi dan oleh itu graviti lebih lemah, kita
juga tidak akan mengelilingi matahari, kerana semasa kita mendekatinya, kita tidak akan ditarik
secukupnya dan hanya akan melalui matahari dengan jalan kita terpesong sedikit.
Oleh itu, kita amatlah bernasib baik untuk mendiami alam berdimensi tiga di mana terdapat orbit
stabil yang membolehkan kewujjudan planet, sistem suria dan galaksi! Terima kasih, orbit
stabil, kerana tanpa kamu kehidupan, dan terutamanya keju, tidak akan wujud.
P.S. Satu contoh hebat orbit stabil ialah corong hiperbolik yang kerap dilihat di
muzium dan pusat beli-belah.: fizik yang membolehkan operasinya hampir sama dengan orbit
stabil planet, satelit dan bulan, dan sebab tunggal syiling dalam corong
(atau satelit yang mengelilingi Bumi) akhirnya menemui "ajal" mereka adalah disebabkan
kehilangan tenaga akibat geseran dan beralih ke orbit stabil yang berunsur-unsur rendah sehingga
orbit mereka bersamaan dengan tanah. Ini juga dikenali sebagai "terhempas".