Tip:
Highlight text to annotate it
X
Anda mungkin telah belajar di sekolah bahawa momentum ialah jisim didarab halaju, seperti saya! Namun,
untuk jasad yang hampir mencecah kelajuan cahaya, seperti zarah di dalam Pelanggar Hadron Besar
atau cahaya itu sendiri, persamaan ini tidak tepat. Sebaliknya, kita menggunakan persamaan
yang saya bincangkan dengan terperinci dalam video "E=mc^2 Tidak Lengkap".
Jika anda mengambil persamaan tersebut sebagai titik permulaan dan menyelesaikannya untuk momentum,
anda akan mendapati jasad berjisim memiliki momentum yang sama dengan jisim mendarab halajunya,
DIBAHAGIKAN dengan punca kuasa satu tolak halaju kuasa dua yang dibahagikan kelajuan cahaya kuasa dua.
Punca kuasa tersebut tidak berapa penting jika halaju itu kecil dibandingkan dengan kelajuan cahaya, kerana
v dibahagikan c tersangat kecil dan satu tolak sesuatu yang amat kecil umumnya boleh dianggap sebagai satu,
jadi momentum (p) ialah mv dibahagi satu, iaitu mv. Itulah sebabnya anda belajar di sekolah
bahawa momentum ialah jisim didarabkan halaju. Itu juga tanggapan ahli fizik sebelum tahun 1905,
tetapi sekarang mereka tahu bahawa tanggapan tersebut tidak benar... dan kamu juga sama!