Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kanada dan Amerika Syarikat berkongsi sempadan yang paling panjang, lurus dan mungkin paling membosankan di
dunia. Tetapi lihat dengan teliti, dan terdapat banyak keunikan boleh ditemui.
Kerana negara adik-beradik ini hubungannya agak baik, mereka berdua mahu menjadikan perkara yang jelas
sebelah manakah yang menjadi milik siapa. Dan mereka lakukannya dengan menanda 20 kaki lebar
ruang sepanjang sempadan. Kesemua lima ribu lima ratus batu sempadan.
Dengan kekecualian bandar New England yang mendahului zaman sempadan negara atau
lapangan terbang pelik yang memerlukan pemanjangan, ruang ini ialah zon larangan antara negara
dan mereka benar-benar serius dalam memastikan ianya kosong. Tidak mengira walaupun zon larangan
melalui ratusan batu kawasan liar tidak dihuni manusia di Alaska/Yukon.
Pokok di sempadan tidak akan dapat berdiri.
Mungkin membuatkan anda terfikir ini merupakan kawasan tidak berpokok paling panjang dan lurus di
dunia tetapi tidak. Tidak berpokok, ya tetapi lurus? Langsung tidak.
Pasti sempadan kelihatan lurus pada peta dan perjanjian penetapan sempadan *mengatakan*
garisan lurus, namun dalam dunia sebenar, sempadan rasmi merupakan 900 garisan siku-sika daripada
mendatar sejauh beberapa ratus kaki.
Bagaimana hal ini terjadi? Bayangkan anda di Amerika Utara pada 1800-an,
latitud 49 (garisan mendatar pada glob) dijadikan
sempadan negara dan menjadi tugas anda untuk menjadikannya nyata. Anda diberi kompas dan segulung
tali dan diberitahu untuk menanda dua pertiga benua. Jangan hiraukan
kawasan liar: pastikan garisan lurus.
Ya.
Semoga berjaya.
Dengan itu.
Mereka yang mengukur tanah melakukan yang terbaik dan membina lebih 900 monumen. Mereka
melakukannya selurus yang anda sangka zaman sebelum GPS boleh lakukan, tetapi bukan
jenis persilangan bulatan/rata yang mengembirakan ahli matematik.
Walaubagaimanapun, monumen ini tetap menjadi penanda sempadan dan zon larangan bermain sambungkan titik
dengan mereka.
Oh, dan sementara terdapat lebih kurang 900 penanda sepanjang sempadan bahagian ini, terdapat
lebih kurang 8000 kesemuanya yang menetapkan bentuk negara tersebut.
Walaupun dengan projek besar ini, Kanada dan Amerika Syarikat masih mempunyai kawasan dipertikaikan.
Ada gugusan pulau di Atlantik yang dituntut Amerika Syarikat merupakan sebahagian
Maine dan tuntutan Kanada merupakan sebahagian daripada New Brunswick. Kanada menganggap pulau itu sebahagian daripadanya membina
rumah api di salah satunya, dan Amerika Syarikat menganggap pulau itu miliknya berpura-pura
rumah api itu tidak wujud.
Hal ini tidak menjadi masalah besar kerana perbalahan hanya melibatkan pelancong yang ingin melihat burung puffin
dan nelayan yang mahu menangkap udang, tetapi mari berharap perselisihan ini diselesaikan
sebelum sesiapa terjumpa minyak di bawah rumah api itu.
Malah, kawasan tidak dipertikaikan juga mempunyai beberapa tempat pelik: seperti juntaian
sempadan ke atas ke dalam Kanada. Zum ke dalam dan keadaan lebih pelik kerana sempadan tidak melalui
daratan tetapi menerusi tasik untuk memotong sedikit bahagian Kanada sebelum menjunam ke bawah
ke dalam Amerika Syarikat
Tempat ini menjadi kediaman kira-kira 100 orang Amerika dan menjadi contoh terbaik bagaimana ketidakteraturan sempadan
tercipta:
Pada tahun 1783 apabila Amerika yang menang berbincang dengan British yang menguasai
apa yang digelar Kanada nanti, mereka memerlukan peta, dan peta ini ialah peta terbaik
pada masa itu. Sementara Pesisir Timur nampak cantik, semakin ke barat, semakin kabur kelihatan.
Dalam perundingan dibincangkan penjuru yang digelar nanti Minnesota dan Manitoba. Malangnya,
kawasan tersebut terlindung dibawah sisipan peta, jadi Amerika dan British
buat-buat buta. Serius.
Mereka mengagak sempadan perlu bermula dari bahagian barat laut tasik ini dan
terus mendatar sehingga melintas Mississippi... di mana-mana.
Tetapi di mana-mana menjadi tidak di mana-mana kerana Mississippi berhenti sebelum
garisan itu, menjadikan sempadan kabur sehingga 35 tahun kemudian apabila perbincangan kali kedua
mewujudkan latitud 49 tersebut.
Tetapi masih ada masalah kerana tasik sebelum ini lebih tinggi dan kurang
berbentuk bulat daripada disangka awalnya, menjadikan titik barat lautnya di sini jadi sempadan asal perlu melompat
untuk bertemu dengannya dan terus ke bawah ke latitud 49, memotong dengan pelik sebahagian
Kanada, sebelum menghala ke barat untuk benua selebihnya.
Jadi anda tidak boleh melakar garis lurus unutk beratus-ratus batu tanpa menyebabkan
beberapa lagi masalah.
Satu yang bernasib baik ditemui ialah Pulau Vancouver yang latitud 49
merentasinya, tetapi kedua-dua pihak bersetuju ianya perkara bodoh jadi sempadan dielakkan dari
pulau itu.
Walaubagaimanapun, di sebelah Pulau Vancouver ialah Point Roberts yang tidak disedari masa itu jadi hari ini
sempadan merentasinya. Bandar yang bagus dan kecil, tempat kediaman lebih 1000 warga Amerika
tetapi hanya mempunyai sekolah rendah jadi remaja perlu melintas sempadan antarabangsa empat
kali sehari untuk ke sekolah di negeri sendiri.
Simetri yang menyenangkan, Pesisir Timur juga mempunyai situasi yang berbalik dengan pulau Kanada
yang hanya jalan daratnya ialah jambatan ke Amerika Syarikat.
Dan dua ini bukanlah hanya tempat dimana setiap negara mempunyai sebahagian daripada yang lain:
terdapat beberapa lagi, senang dilihat di gambar satelit menerusi zon larangan.
Tidak kira jika tanah dipertikaikan cuma kawasan tidak dihuni, di tengah tasik,
di tengah tempat tidak diketahui,sempadan negara adik beradik ini perlu kekal jelas ditanda.