Tip:
Highlight text to annotate it
X
Awak akan terlewat.
Zoey! Bangunlah! Sekarang dah lebih pukul 9.00 pagi.
Piper! Kenapa dengan kau nie?
Hello! Hari nie kan ada ujibakat!
Ujibakat.
Alamak!
Kemudian je terima kasih tu.
Semoga Berjaya.
Terima kasih Pips! Engkau memang terbaik.
Aku tahu. Aku sayang kau!
Aku pun sayang kau jugak.
-Bye! - Bye!
Ellison University, sebuah sekolah persendirian untuk golongan elit, popular,kaya dan yang berbakat besar.
Cukup terkenal antara yang terbaik dari yang terbaik.
Atau dalam kata lain kumpulan sukan terbaik, tukang masak terbaik,
pelukis terbaik, teknologi terbaik, pemuzik terbaik dan sudah tentu,
penari terbaik.
Bagi kebanyakan orang kemasukan ke sekolah ini adalah mustahil kerana hanya yang dijemput dapat menjadi pelajar
tetapi pada suatu hari dalam setahun,
mereka membuka permohonan kepada orang lain atau menurut mereka, "orang biasa"
"orang biasa" maksudnya orang seperti aku.
enam bulan kemudian...
dua bulan sebelumnya..
Bro, aku baru je beli Grand 405 yang terbaru
Kau nak tengok nanti ke macam mana?
Sudah tentu, nanti kita main game tu. tapi aku kena balik rumah aku dulu
Hari ini hari jadi Aliza
Kau singgahlah rumah aku nanti. Mak aku cakap dia dah lama tak tengok muka kau
Hari jadi adik kau rupanya..
Wow. Hei, ingat tak dulu kita bungkus ular, dan bagi dekat dia?
ingat tak?
tu bukan 5 tahun yang lepas ke?
Bro, semenjak tu, emak kau tak pernah jemput aku untuk apa2 majlis pun
aku pun tak faham kenapa dia macam gi..gil..
Chris rupanya
Apa kata aku ambil sesuatu untuk kau
jadi, apa yang awak nak buat?
tak tahu
aku pun tak tahu aku buat apa sampai diaorang marah sangat
Nak jumpa dekan tak?
Dekan boleh buat apa huh?
Aku rasa aku kena tahan je kena seksaan ni.
Maksud aku, aku tak boleh nak berhenti. Tahun ni tahun akhir
Aku pun tak tahu
Harap2 diaorang akan dapat mangsa lain
Ok, tapi aku akan sentiasa kat sini kalau kau perlukan aku
Aku tak akan ke mana-mana
Terima kasih
Yeah kau perlukan apa2?
batu ais?
Tak apa.
Baiklah.
Apa benda yang awak semua buat ni?
Jom
Aku ok je la Jom lah!
Cukuplah apa yang korang buat kat dia
Bukannya benda besar pun
bukannya dia sengaja nak melanggar korang
Korang ingat korang ni siapa?
macam budak kecil. Tak matang langsung
Fikir macam orang dewasa. Sudah sudah lah tu
Jadi sekarang kita sama-sama kena lah kan?
Tak
Sekarang mereka ada mangsa baru.
Jangan risau
Selamat menyertai kelab kami
Percaya cakap saya. Awak tak nak tolong dia.
Nanti F4 marahkan awak
Apa tadi? Siapa yang marah?
Shh! Mari sini
tunggu!
Saya tak percaya awak tak kenal siapa F4
Mereka adalah orang yang berkuasa kat sekolah ni
Noah McCalliser, Chase Carlton, Oliver Young dan ketua mereka, Liam Montgomery
Noah sangat kaya tapi tak ada siapa tahu kenapa dia kaya
Tapi ada ura-ura yang mengatakan keluarga dia ada kaitan dengan mafia
yang mungkin sahih memandangkan dia pandai berlawan
saya rasa dia menyertai UFC atau apa2 yang seumpamanya di waktu lapang
saya tak faham sepatah pun
Perlu ke nak faham?
dan Chase, tak kan awak tak kenal Chase Carlton
Dia satu-satunya artist no.1 sekarang
Umm. Tak. Tak pernah dengar pun.
oh..ok
Macam mana pun, album dia berada di no. 1 sekarang.
Keluarga dia memiliki firma barang elektronik yang besar
dan mereka menderma banyak duit kepada sekolah ini setiap tahun
saya rasa Carlton music dinamakan sempena nama mereka?
Macam mana pun, hati-hati dengan dia. Dia buaya darat
Dan dia boleh hidu "daging segar" dari jauh
Yeah
Seorang lagi namanya Oliver Young Dia yang paling manis dalam kumpulan tu.
Dia seorang genius bermain alat musik
saya pernah dengar dia belajar bermain piano dalam masa 5 hari sahaja!
Keluarga dia adalah lagenda musik
Mereka memiliki 100 anugerah Grammy's, lebih kurang macam itu lah! (?)
Datuk dia membina pusat persembahan, dan
mereka menaja sekolah setiap tahun
Dan tidak lupa, ketua mereka, Liam Mantgomery.
Moyang dia yang bina sekolah ini, jadi sekolah ni memang dalam gengaman dia
hmm
dia memang HEBAT
berbakat, dan kaya, dan menawan
dia pemain harapan pasukan bola keranjang sekolah, dan
ada gosip yang cakap dia pernah ditawarkan untuk meyertai NBA. Tapi dia menolak.
Korang sedang berbual pasal F4 yang tak guna tu ke?
Kenapa mereka dipanggil begitu Apa maksud F4?
F4 bermaksud... Oh lihat ni, kita bersekolah sama dengan orang gelandangan sekarang Jijiknya
Saya suka yang sekolah kita sangat pemurah.
Betulkah awak baru tanya kenapa mereka dipanggil F4?
Awak ni bodoh ke?
Umm, mereka dipanggil F4 sebab..
mereka sangat bertuah sampaikan tuah ikut mereka ke mana pun diaorang pergi Duh
Oh, tuhan!
Itu adalah benda paling bodoh yang saya pernah dengar seumur hidup saya!
Awak baru je panggil F4 bodoh?
Ya ke?
Oh,tuhan
Ah! Diaorang dah sampai! Diaorang dah kat sini!
Biar betul?
Gunting.
F4 bodoh ni, apa benda yang mengarut sangat ni?
Mentang-mentang keluarga mereka bagi duit pada sekolah ni mereka fikir mereka boleh buli semua orang?
Aku tak percaya diaorang potong rambut budak lelaki tadi.
Budak Lame-im tu patut diajar.
Saya cakap je.
Betul cakap kau. Ini bukan urusan aku.
Tapi, aku tak tahan dengan budak Lame-im tu!
Aku tak faham kenapa orang boleh tutup mata dengan benda mengarut ni.
Ok. Nanti kita cakap lagi.
Korang patut ada dekat sana.
Rambut lelaki tu kena potong oleh budak-budak tu, dan
semua orang cuma tak dapat buat apa dan hanya mampu tengok saja memang kejam
dan ada perempuan2.. yang tak guna bertepuk tangan lepas dia gunting rambut orang tu...
seolah-olah mereka buat sesuatu yang hebat padahal dia dah buat sesuatu yang kejam, Chloe!
Jadi, awak ada mengadu dekat Dekan sekolah?
Sebab kalau tidak, awak patut biar diaorang sendiri uruskan.
Jangan terlibat, Zo.
Piper, Dekan tak akan buat apa-apa.
sebab F4, atau apa benda entah nama diaorang, adalah pemilik sekolah ini.
Ok, nak nasihat aku tak?
ok, aku pun memang nak bagitau kau macam mana pun.
Aku dah kenal kau selama 5 tahun, dan kau memang sentiasa mencari tujuan hidup
maksud aku, kau diterima masuk ke sekolah idaman semua orang
Jadi nak buat apa kalau tempat tu tak sempurna?
Maksud aku, ini buat urusan kau, OK?
Dengar ni.
Tinggal 9 bulan lagi kau di kolej.
Kau buat tak tahu je dan tak payah nak jaga tepi kain orang lain
dan menari dalam bilik tarian itu.
Baik Mak.
Apa-apalah. Sindirlah sepuas hati kau,
tapi kau tahu kan apa yang aku cakap memang betul.
Betul cakap dia, dan kau pun tahu.
Kau nak jadi pereka tari yang professional.
Jadi Ellison adalah tempat terbaik untuk kau.
Jangan biarkan sesuatu yang dah lama berlaku sebelum kewujudan kau di sana, merosakkan semuanya.
Ok, betul cakap korang. Aku pun tahu Piper,
tapi korang faham kan aku dapat nak tunggu dan lihat je orang dibuli depan mata aku.
Ya, aku faham! Dan sebab tu aku suka sikap kau tu.
Tapi kau kena ingat, dunia ini memang sentiasa ada orang yang menindas,
dan kau seorang tak akan dapat lawan mereka semua.
Tak apa kalau kau cuma fikirkan diri kau sendiri sekali sekala.
ok?
ok.
Jom balik
Makan ice cream. Hilangkan masalah dengan menari.
Aku tau kau memang suka menari dan aku pun suka ice cream.
Jom balik, Aku dah penat melipat baju ni.
Ok, baiklah. Jom!
Maaf, Chloe.
Hey, Papa!
Hey! Zoey-Poey Macam mana hari pertama kat kolej?
hari pertama..
Sebenarnya Ayah,kolej ini memang hebat tapi orangnya tak seberapa.
Diaorang semua buat saya jadi gila.
Ayah patut tengok apa yang diorang buat kat sekolah tu.
Baik Zoey. Ayah nak bagitau apa yang ayah selalu pesan.
Awak cuma belajar di situ dan habiskan pengajian diam-diam.
Bukannya ayah suruh kau merompak bank kan?
Nasihat yang bagus, Papa Brian! Saya rasa macam nak catat je dalam buku.
Chloe pun cakap benda yang sama
Sebab ada Chloe dan Piper kat sana jadi Ayah tak risau sangat.
Ayah rasa diaorang boleh jaga kau.
Yeah, mereka buat saya tenang sikit.
kalau rasa macam tak tenteram, tahu kan
awak sentiasa dialu-alukan untuk cakap dengan Ayah!
Terima kasih Ayah. Sayang ayah.
Pesan dekat dia cari suami yang kaya!
Ayah sayang awak jugak.
Mama gila Yeah.
Jom tidur!
Liam saya buatkan kek untuk awak Perisa french vanilla.
saya harap awak suka.
Anggap ini simbol cinta saya pada awak.
Awak ada apa-apa nak cakap dengan saya?
Tak Tak ada pun.
Wow kek ni sedaplah.
Membazir je, maksud saya lain kali buatkan kek untuk saya je.
atau saya, sekurang-kurangnya saya akan rasa dulu.
Dia fikir dia tu siapa?
Betul tu. Liam tak akan makan makanan yang bukan dari Rodeo Drive
Yelah, tak kan tu pun kau tak tahu.
Hebatlah tadi!
Bau kek tu sedap.
oh, kenapa dengan dia?
Langkah kanan.
Patut aku tumbuk je dia.
Lame-im? Oh, Liam tu? Dia buat apa pulak sekarang?
Dia memang tak guna.
Budak perempuan tu penat-penat buat kek untuk dia beranikan diri untuk bagi kek tu pada dia
melafazkan cinta dia, dan lelaki tu tolak kek tu kat muka dia.
Dia tak cakap apa-apa pun. Cuma tolak muka budak perempuan tu ke kek tu.
Apa?
Laki tak guna! Macam tak percaya!
Lepas tu, Chase lalu depan dia guna jari calit kek tu lepas tu kata, "Membazir je."
Aku macam tak percaya apa yang aku dengar ni.
Memang orang kurang ajar.
Kan aku dah cakap.
Jadi, kek tu sedap lah kan?
Maksud aku, tu kek apa? Piper, kau ni berpihak kat siapa sebenarnya?
Mestilah kek tu.
Chase pun setuju.
Kek tu tak buat salah pun dan sekurang-kurangnya ada orang patut makan kek tu.
Piper, boleh tak kau tumpukan perhatian sekejap.
ok.
Kau tahu kan aku pun kesian kat budak perempuan tu.
Tapi ini bukan masalah kau.
Betul cakap kau. Aku tak akan masuk campur.
Bagus, sekarang mari kita makan kek!
Tadi saya nampak awak di kelas. Wow, awak memang hebat.
Jaga-jaga!
Minta maaf. Saya betul-betul minta maafOh wow.
Habislah awak kali ni.
Saya minta maaf. Saya akan hantar pergi dobi saya akan cakap dengan mak bapak saya. Saya boleh belikan yang baru. Saya tak..
Kalau minta maaf mencukupi, kita tak perlu ada polis kan?
Saya akan buat apa saja supaya awak maafkan saya.
Tak ada apa-apa yang awak mampu buat.
Ok, awak ni biar betul?
Dia dah minta maaf Apa masalah awak ni sebenarnya? Awak tahu kan dia tak sengaja.
Bukannya dia terhegeh-hengeh nak jatuh depan awak supaya dia boleh tumpahkan kopi dekat baju awak.
Zoey, dahlah tu.
Dia dah minta maaf jadi maafkan dia.
Wow.
Semangat setiakawan. Macam ni ke gaya orang miskin?
Mempertahankan kawan-kawan sendiri.
Aku ada idea.
Kau penari kan?
Aku akan maafkan korang berdua kalau kau menari untuk kami.
Yeah! Kami boleh bayar. Menari untuk setiap orang.
Kami tak ramai sekarang, tapi aku pasti kami boleh bayar beberapa ratus hanya untuk kau.
Dah, jom pergi. Kau cakap apa tadi?
Aku cakap kau adalah manusia tak guna yang paling teruk.
Apa yang bagus sangat pasal kau sampai kau fikir kau boleh layan orang macam ni?
Mak bapak kau yang bayar sewa apartment kau, dengan duit poket yang mereka bagi
dan cuba kita fikir. Kau tak pernah pun ada duit dari titik peluh sendiri,
dan kau membuli dan meyeksa orang lain untuk hiburan kau.
Kau memang menyedihkan.
Dan kat tempat kami, manusia macam kau dipanggil bongok.
Sekejap.
Aku ada banyak benda ni jadi...
Ambillah.
Sekarang kau boleh cakap yang kau ada nilai (ada harga?)
Jom Aubrey.
Tahniah. Kau bernilai 1 dollar.
Siapa tu tadi?
Dia tak tahu dia dah cari pasal dengan siapa.
Bagi aku gambaran dia tentang kau memang tepat.
Aku rasa dia satu-satunya perempuan yang tak jatuh cinta pada kau.
Betul, aku pun dah suka kat dia.
Sama lah. Sayang, dia mungkin akan tinggalkan kolej ini dalam masa seminggu.
Aku akan pastikan dia berambus.
Memang hebatlah tadi!
Memang hebat pun...
Jadi awak penari? Apa jenis tarian yang awak buat?
Uhmm.. saya menari hip hop, jazz dan tap sikit-sikit.
Dia memang hebat Ya, sebenarnya saya ada nampak awak pada hari pertama.
Awak memang betul-betul hebat.
Terima kasih. Saya pun ada menari jugak.
Ye ke? Tak ada la tapi..
Takdalah. Sebenarnya saya seorang model.
Okay, saya boleh nampak tu.
Terima kasih. Sama-sama.
berapa lama korang dah kenal?
Lama sangat Dari zaman kecil-kecil lagi.
COmelnya korang. Tahu tak, pasangan yang terbaik adalah kawan baik. Saya cakap je.
Tak,tak,tak. Kami berdua ni macam adik-beradik.
Tapi kan korang nampak comel sangat.
Mana ada. Tak ada kan?
Tak...
Kekoknya.
Apa ini?
Surprise.
Jumpa lagi. Tak lama lagi.
Yelah, esok pun jumpa lagi! Pelik.
Kenapa dengan minah-minah tu?
Ok tu apa? Aubrey benda apa tu?
Ini berita buruk.
Aku rasa aku dalam masalah lagi.
Ok, alihkan kaki kau dari meja aku.
Apa dah jadi?
Mesti dia mengamuk dan belasah orang lagi.
Diaorang tu patut dipukul ke? Aku tak pukul sesiapa.
Aku tolong kawan aku. Terima kasih.
Okay! Aku tak nampak ada masalah di situ. kat mana benda tu? Tunggu, kawan apa?