Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pernahkah anda pulang dan mendapati ada nota yang menjadikan hidup lebih mudah sedikit?
Petua dari seseorang yang dipercayai yang membantu anda mencari sesuatu yang anda sukai.
Apabila anda mempunyai banyak pilihan di depan anda, anda mudah terdorong untuk mendapatkan
sedikit nasihat. Sebab itulah kami memperkenalkan +1 -- satu
cara untuk anda dan rakan anda saling membantu mencari sesuatu yang hebat dalam carian Google.
Apabila anda mengklik +1, anda memberitahu rakan, keluarga anda dan dunia umum: “ini
sesuatu yang anda patut lihat.” Memandangkan orang akan mendapati syor anda
tepat apabila mereka mencarinya, anda boleh +1 perkara yang anda mungkin tak menghantar e-mel
atau menyiarkan kemas kini mengenainya. Dan pada kali seterusnya anda mencari, anda
mungkin melihat +1 rakan dan kenalan anda, di carian Google dan iklan carian. Jadi memilih
pembuat kopi yang betul, artikel berita atau resipi biskut cip coklat menjadi semakin mudah.
Dan, tidak lama lagi anda boleh +1 lebih daripada cuma hasil carian. Anda juga akan mendapati
butang +1 pada tapak di seluruh web, memudahkan anda +1 halaman selepas anda
mengunjunginya. Web ialah satu tempat yang luas. Kadangkala memang
sungguh berguna apabila terdapat panduan lawatan. Oleh itu, jika anda fikir sesuatu perkara itu hebat, +1!