Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kekaguman merupakan permulaan falsafah.
Seseorang membaca teg nama saya dan berkata:
"Hai, adakah awak orang yang menjumpai surat Descartes baru-baru ini?"
Ya, ya, sayalah orangnya. [ketawa]
Sudah tentu, maksud saya Descartes seorang ahli falsafah yang hebat dan dia memang
seorang yang sangat menarik dan ahli fikir.
Dia dianggap sebagai sejenis mesin yang tahu serba-serbi.
Tetapi pada pandangan saya, kita temui Descartes yang sebenar-benarnya melalui surat-menyuratnya.
Tetapi di sanalah kamu menjumpai Descartes, di sebalik karya yang diterbitkan.
Ini menunjukkan sisi lain bagi falsafah dan karya Descartes.
Dalam kajian kami, kami mencari jenis data tertentu, oleh itu kami perlu menyemak
beribu-ribu surat.
Ada ketikanya kami terjumpa perkara yang sebenarnya, mmm...
kami terjumpa emas.
Saya baru habis kerja, saya keseorangan di rumah, ada bir di sebelah komputer saya dan saya terfikir
sudah lama saya tidak membuat carian biasa untuk Descartes dan surat bertandatangan.
Kemudian saya nampak sepuluh padanan teratas dan saya terus perasan yang nombor sembilan ini item baru, kerana
selepas bertahun-tahun saya sudah hafal kesemua lima puluh padanan pertama.
Tiba-tiba skrin saya dipenuhi dengan tulisan tangan Descartes.
Pustakawan Kolej Haverford meletakkan fail koleksi pdf di Internet.
Surat itu telah hilang dan tiada siapa tahu mana perginya surat itu.
Ini penemuan yang hebat, ia bahan yang menarik. Pada masa dahulu jika anda ingin mengetahui lagi tentang
sains, tentang falsafah, anda tulis surat kepada Descartes.
Tetapi sekarang, nampaknya, tidak perlu lagi. Anda boleh taipkan sahaja soalan anda.